Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#Spyshot: Toyota Corolla Cross Dikesan di Pelabuhan Klang
Roda4

#Spyshot: Toyota Corolla Cross Dikesan di Pelabuhan Klang

Han OthmanBy Han Othman18/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Corolla Cross dikesan selepas seorang pemilik Facebook yang enggan dikenali memuat naik foto intip model tersebut itu dalam akaun media sosialnya.

Berdasarkan kapsyen, model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu dikesan di Westport, Pelabuhan Klang yang memaparkan imej luaran dan ruang dalaman serta dipercayai dibawa masuk ke Malaysia sebagai unit import (CBU).

Di pasaran Asean, Corolla Cross sudah pun dilancarkan di Thailand pada Julai 2020 pada harga bermula 989,000 baht (RM132,260). Atas kertas, SUV kompak ini lebih besar sedikit daripada C-HR dan akan berentap dengan pesaing kelas sama seperti Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

BACA >>> Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand

Melihat foto intip itu, bahagian belakang tertera lencana Corolla Cross dan logo Toyota di tengah pintu but serta lencana ‘1.8 G’, iaitu kapasiti enjin 1.8L dan jenis varian G. Lampu belakang jenis kombi, manakala bampar menggunakan material plastik dengan kemasa dwi-tona.

Imej terbaharu itu menguatkan lagi desas-desus yang mengatakan wakil pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, UMW Toyota Motor akan melancarkan Corolla Cross pada suku kedua tahun ini.

Bahagian dalaman menunjukkan kemasan upholsteri kulit, unit infotainment skrin sentuh di tengah dan panel kawalan iklim digital serta stereng dengan punat multifungsi.

Trenkuasa dikatakan bakal menggunakan enjin sama seperti Corolla sedan, iaitu enjin aspirasi natural (NA) 1.8L berkuasa 138hp dan tork 177Nm yang dipadankan transmisi automatik Super CVT-i. Toyota juga dijangka turut memperkenalkan varian 1.8L Hybrid berkuasa 96hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,200rpm dengan transmisi e-CVT, sama seperti model Thailand.

Dalam famili sedan Corolla, ‘G’ biasanya adalah varian paling premium yang dilengkapkan pakej bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) seperti Sistem Pra Perlanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDA) dengan bantuan stereng, Bantuan Jejak Lorong (LTA), Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC) dan Pemantau Titik Buta (BSM).

BACA >>> Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand

Foto Intip Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Spyshot SUV SUV Segmen-C Toyota Toyota GR Yaris UMR Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

13/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Roda4

Volkswagen Tayron Dilancar di Malaysia – 7 Tempat Duduk, Harga Bermula RM189,890

By Shazwan Hisam13/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.