Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Proton Persona Dapat Lampu Belakang Baharu? Iriz Ala Crossover?
Auto Terkini

#Spyshot: Proton Persona Dapat Lampu Belakang Baharu? Iriz Ala Crossover?

Han OthmanBy Han Othman04/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON dikatakan sedang menguji Persona dan Iriz versi dipertingkat (facelift) yang dipercayai akan menjadi model 2021 berdasarkan foto intip kiriman pembaca kami, Anis Farhan.

Persona generasi kedua sudah berada di pasaran sejak 2016, manakala model facelift dilancarkan April tahun lalu dengan banyak pembaharuan diperkenalkan, seperti kemasan kulit, gril signatur Infinity Weave, unit infotainment, fungsi arahan suara ‘Hi Proton’, dan ciri keselamatan lengkap seperti 6 beg udara.

Proton Iriz (2019) Facelift

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Iriz pula ialah model pengganti Savvy dalam kelas hatchback subkompak dan sudah ada dipasaran sejak 2014. Versi facelift paling terkini adalah pada 2019, dilancarkan serentak dengan Persona facelift pada 23 April 2019.

Sama seperti Persona facelift, Iriz facelift turut memperkenalkan pembaharuan signifikan seperti gril signatur Infinity Weave dan Ethernal Bow, panel meter baharu, ciri keselamatan lengkap seperti 6 beg udara dan unit infotainment dengan fungsi ‘Hi Proton’.

BACA >>> 7 Perkara Patut Anda Tahu Tentang Proton Iriz (2019) Facelift – Harga Bermula RM36,700!


Namun, kehadiran foto intip terbaharu ini menandakan Proton masih mahu melanjutkan hayat Persona dan Iriz. Berdasarkan pelekat kamoflaj ditunjukkan, pengeluar nasional itu nampaknya akan memperbaharui bahagian bampar depan dan belakang dua model berkenaan.

Sebenarnya, gril model facelift sebelum ini boleh dikatakan sudah cukup menarik. Jadi, pasti ramai tertanya-tanya dan ternanti-nanti mengenai rupa baharu model facelift versi 2.0 ini.

Jika ditanya pembeli, ramai yang mahukan Proton mengubah rekabentuk bahagian belakang Persona, terutama lampu belakang yang dijadikan bahan lawak kerana mirip mata ikan emas. Mengenai Iriz pula tidak banyak kritikan diterima, cuma ada mengeluh mengenai bentuk badan hatchback itu yang dikatakan terlalu berkotak dan rata (boxy and flat). 

Namun, apa yang menarik perhatian ialah pelekat kamoflaj pada fender Iriz. Adakah Iriz facelift baharu nanti ialah model versi crossover supaya nampak lebih gemuk? Lihat pula belakang Persona, pun ditampal pelekat kamoflaj. Adakah Persona facelift baharu nanti akan muncul dengan lampu belakang baharu?

Mungkinkah kedua-dua model diberikan transmisi baharu jenis konvensional 4AT, dan bukan CVT seperti mana diperkenalkan pada Saga facelift?

Hmm… menarik juga…

BACA >>> #PanduUji: Proton Persona (2019) Standard Manual yang Riang Dipandu
BACA >>> #PanduUji: Video Bikin Panas, Perodua Myvi vs Proton Iriz (2019), Siapa Menang Drag?

Auto Terkini Foto Intip Proton Iriz proton iriz facelift Proton Persona proton persona facelift Roda4 Spyshot
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026

1 Comment

  1. MOKHTAR MOHAMED NOR on 04/09/2020 14:04

    Exora bila nak tukar gearbox

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.