Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: KTM 690 Enduro dan 690 SMC Bakal Kembali!
Auto Terkini

#Spyshot: KTM 690 Enduro dan 690 SMC Bakal Kembali!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN lalu pengguna di Eropah sedikit kecewa apabila KTM menarik keluar model 690 Enduro R dan 690 SMC dalam barisan produk mereka.  Penarikan tersebut khabarnya bagi mengelak persaingan sesama adiknya, Husqvarna 701 Enduro dan 701 Supermoto. Realitinya, model itu tidak dapat memenuhi peraturan emisi Euro4.

Menurut laporan terkini MCN, dua model itu dikesan sedang menjalani ujian enduran, sekali gus memberikan isyarat tentang kemunculan semula jentera tersebut di Eropah. Enjin baharu diperkenalkan KTM 690 Duke pada 2016 (yang turut digunakan Husky 701) juga akan dipakaikan kepada Enduro dan SMC.

ENJIN DIPERTINGKAT

Enjin baharu itu dikemas kini secara major, saiz gerek dibesarkan hingga 3mm dan saiz lejang dikurangkan. Sesaran masih sama, tetapi lebih mudah untuk rev. Bahagian kepala silinder dibentuk semula yang menyumbang kepada pertambahan kuasa 7 peratus kepada 72bhp, manakala tork meningkat 73.8Nm.

Mengambil kira berat jentera yang ringan, nampaknya tersedia kuasa yang banyak dalam pakej kecil. KTM turut melengkapkan jentera itu dengan pengimbang aci (shaft balancer). Enduro dan SMC turut dipadankan pengimbang besar, merangkumi penukar mangkin (catalytic converter) bagi melepasi Euro4.

BACA >>> KTM 790 Duke Lancar di Britain, Harga Saingi Kawasaki Z900! Malaysia Menyusul 2018?

Bahagian badan juga dibentuk semula sepenuhnya. Bahagian fairing Enduro dan SMC kini lebih tirus ke bawah, diubah daripada dua kepada satu kepingan fairing. Ini menjadikan bahagian hujung depan lebih ramping yang membantu posisi duduk lebih rapat di bahagian depan motor untuk pengendalian terbaik.

KEUPAYAAN OFF-ROAD

Pelana juga direka semula supaya lebih selesa, termasuk tangki minyak 12 liter yang masih berkapasiti sama. Suspensi model  Enduro juga berbeza, menggunakan fork WP Xplor 48 daripada 500 EXC-F dengan travel 300mm yang membuatkan tunggangan off-road jadi lebih mantap dengan padanan bersama penyerap hentak belakang. Bagaimanapun, suspensi SMC tidak berubah.

Persamaan lain, kedua-dua model dipasangkan lampu depan LED. Dua model itu dijangka diperkenalkan sempenan Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 di Itali, November nanti bersama model 790 Adventure. Semua barisan model baharu itu dijadualkan dijual di pasaran dunia bermula 2019.

Auto Terkini Euro4 Husqvarna 701 KTM KTM 690 Enduro KTM 690 Supermoto ktm malaysia roda2 Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.