Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Kia Sorento (2020) Serba Baharu Dikesan
Auto Terkini

#Spyshot: Kia Sorento (2020) Serba Baharu Dikesan

Han OthmanBy Han Othman04/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KIA Sorento (2020) serba baharu dikesan tanpa sebarang samaran menjelang debut di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2020, dipercayai sedang menjalani sesi penggambaran rasmi.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dijadualkan didedahkan pada 3 Mac nanti sebelum melakukan debut umum sempena GIMS 2020.

BACA >>> Kia Telluride (2020) – Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

Sorento generasi keempat itu masih mengekalkan rekabentuk gril ‘hidung harimau’, tetapi kali ini dengan dimensi lebih bersegi, dan set lampu belakang vertikal yang disatukan dalam satu unit, mirip model SUV pasaran Amerika, Telluride. Juga ada sepasang unit lampu depan baharu, rak bumbung lebih tajam dan lampu belakang direka semula.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CocheSpias (@cochespias) on Jan 28, 2020 at 8:07am PST

Foto intip sebelum ini mendedahkan imej penuh ruang dalaman Sorento dengan kemasan krom dan plastik hitam piano-black, upholsteri kulit baharu, pencahayaan ambien LED dan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci baharu yang diambil daripada model Soul EV.

Kia juga akan mengemaskini barisan enjin Sorento dengan menambah trenkuasa hibrid plug-in (PHV) buat kali pertama. Trenkuasa tersebut terdiri daripada enjin petrol 4-silinder yang dipadankan transmisi automatik dan motor elektrik. Seperti model lain di pasaran, opsyen enjin diesel juga ditawarkan dalam pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.

Sebagai SUV 7-kerusi, Sorento (2020) serba baharu bakal menjadi SUV perdana Kia di Britain. Di pasaran negara Eropah itu juga, Sorento akan berentap dengan pesaing seperti Hyundai Santa Fe, Skoda Kodiaq dan Land Rover Discovery Sport.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia kia sorento Kia Sorento (2020) Kia Sorento Serba Baharu Kia Telluride Kia UK Roda4 Spyshot SUV SUV Kelas Pertengahan SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.