• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Telluride (2020) – Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

Kia Telluride (2020) - Crossover 8 Penumpang Gaya Amerika di Detroit

January 16, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


KIA akhirnya mengeluarkan kenderaan paling besar pernah dihasilkannya, dipanggil Telluride, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover 8-kerusi yang dibina berasaskan cita rasa Amerika!

SUV boxy itu terdiri daripada tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan lapan penumpang, termasuk pemandu pada satu-satu masa. Malah kelebihan kapasiti penumpang itu membolehkan SUV itu berada sebaris dengan lawan lain seperti Dodge Durango, Subaru Ascent, Honda Pilot dan VW Atlas.

BACA >>> SUV Premium Kia Telluride Bakal Guna Platform RWD K900?

SUV BESAR YANG LEBIH MEWAH

2020 Telluride
2020 Telluride
2020 Telluride

Kia sebenarnya sudah pun ada SUV tiga baris tempat duduk, iaitu Sorento, dan minivan mesra famili, Sedona. Namun Telluride memberikan lebih kemewahan kepada mereka yang berjiwa lasak.

Rekabentuk luaran nampak begitu maskular, tetapi apabil menjengah ruang kabin, segalanya berbeza dengan pelbagai sentuhan premium dan mewah. Ada pilihan kemasan kulit Nappa dengan sulaman ganda, atau logam gilap dan kayu kemasan kusam.

Telluride turut menawarkan banyak ciri yang sesuai untuk keselesaan keluarga seperti pemanas udara di tempat duduk baris kedua dan kerusi dengan pengudaraan, kerusi baris ketiga boleh lipat dan enam palam USB. Kesenyapan kabin membolehkan suara pemandu dapat didengar hingga kerusi paling belakang. Ada juga pengingat kerusi belakang yang menggunakan sensor ultrasonik untuk mengesan kehadiran orang di belakang supaya tiada penumpang teringgal.

BACA >>> Kia Forte5 (2020) Debut Sebagai Hatchback Kacak

Ciri lain ialah skrin sentuh berwarna 10.25 inci dan sistem audio Harman/Kardon dengan 10 pembesar suara 630 watt, serta tidak dilupakan sistem konektiviti Android Auto dan Apple CarPlay, dan pengecas wayarles.

TEKNOLOGI TERMAJU

Mengenai ciri bantuan pemandu tidak hanya setakat Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Pantauan Titik Buta (BSM) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA), tetapi ditambah ciri baharu uni seperti Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA) yang menggunakan sistem LiDAR dan radar untuk mengecam tanda jalan yang membolehkan kenderaan mengawal stereng, memecut dan membrek secara automatik untuk menjarakkan kereta yang dipandu dengan kenderaan depan.

Telluride juga dilengkapkan dengan teknologi keselamatan tinggi untuk memastikan penumpang kekal selamat, termasuk juga pengguna jalan raya lain.

BACA >>> Trak Pikap Pertama Hyundai Sudah Siap, Akan Muncul Secepat Mungkin!

Di bawah bonet ialah enjin 3.8L V6 berkuasa 291hp dan tork 355Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia boleh dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan tetapan kunci untuk mengasingkan kuasa antara roda depan dan roda belakang secara sama rata.

SUV agam ini juga mampu menunda mana-mana kenderaan hingga seberat 2,267kg, setanding dengan lawan lain. Aspek memandu juga sepatutnya selesa kerana kenderaan ini dilengkapkan suspensi belakang laras sendiri. Bagaimanapun, harga masih belum didedahkan, tetapi ada empat varian bakal ditawarkan dan dijangka di pasaran tahun depan.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia, Kia Telluride, Kia Telluride (2020), Roda4, SUV, USA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my