Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Bocor Model SUV Ferrari Pertama di Kilang?
Auto Terkini

#Spyshot: Bocor Model SUV Ferrari Pertama di Kilang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


USAHA Ferrari merahsiakan imej produk kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama jenama itu terdedah sebelum hari pelancaran berikutan tular beberapa foto model Purosangue di Internet.

Foto tersebut dipercayai dirakamkan di kilang yang terlibat dalam pembuatan model tersebut. Nampaknya SUV pertama Ferrari memiliki kombinasi rekabentuk SF90 Stradale, Roma dan 296 GTB.

BACA >>> Enjin V6 Baharu Ferrari: Hanya 2.9L Tapi Kuasa 654hp!


Tiga tahun lalu, Ferrari mengejutkan ramai apabila mengumumkan rancangan meneroka segmen SUV dengan model prototaip yang diuji disorokkan di sebalik seragam kamoflaj.

Dua foto tular itu jelas memberikan gambaran hampir menyeluruh rekabentuk Purosangue. Berikut apa dapat diulas:

  • Ruang depan memiliki gaya SF90 Stradale dengan lampu utama terpisah, manakala gril diposisikan bawah bampar depan.
  • Badan Purosangue menggabungkan sudut garis lembut dan tajam. Bagaimanapun, rekaan gerbang roda nampak semacam tidak kena. Rim lima jejari juga menjadi perbualan ramai. Bagaimanapun, model itu dikatakan bukan produk akhir dan masih ada masa perubahan dilakukan.
  • Rekabentuk belakang Purosangue diilhamkan daripada model baharu Ferrari dengan lampu belakang kembar. Sistem ekzos dan bampar belakang pula ada banyak persamaan dengan model GT Roma.

BACA >>> Ferrari Mula Teroka Bisnes Jual Pakaian, Bakal Buka Restoran

  • Ada beberapa ramalan mengenai trenkuasa Purosangue yang mungkin dipacu enjin hibrid V6 daripada model 296 GTB atau enjin aspirasi natural (NA) 6.5L V12 daripada 812 Superfast.
  • Enjin 296 GTB menawarkan kuasa 819hp dan tork 740Nm. Sebaliknya, jika dipasangkan enjin 2.9L V6 Twin Turbo, ia mampu mengekstrak 654hp, lebih tinggi daripada Lamborghini Urus (650hp).
  • SF90 Stradale dengan enjin hibrid menawarkan kuasa hampir 1,000hp. Jika hanya berasakan enjin 4.0L V8 Turbo berkembar, Purosangue mampu meledakkan kuasa sekurang-kurangnya 769hp.
  • Berdasarkan maklumat, Ferrari mungkin menghasilkan SUV itu tahun ini dan dilancarkan awal 2023. Di pasaran, Purosangue akan bersaing dengan Lamborghini Urus dan Maserati Levante.

BACA >>> Inilah Cara Ferrari Testarossa Bawa TV Samsung UHD 48 Inci
BACA >>> Salah Guna Pinjaman Bantuan Covid-19 Buat Beli Ferrari
BACA >>> Selepas SUV, Ferrari Uji Pula Hypercar Hibrid Terbaharu

SUMBER: Zingnews

Ferrari Ferrari Purosangue Foto Intip Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 Spyshot SUV Ferrari SUV Pertama Ferrari
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.