• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Salah Guna Pinjaman Bantuan Covid-19 Buat Beli Ferrari

Salah Guna Pinjaman Bantuan Covid-19 Buat Beli Ferrari

May 31, 2021 By Arif Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan salah guna duit pinjaman bantuan Covid-19 berjumlah AS$5 juta (RM20.6 juta) untuk bercuti dan membeli kereta mewah seperti Ferrari, Bentley dan Lamborghini.

Mustafa Qadiri, 38, dari California ditahan minggu lalu kerana disyaki menyalahgunakan Program Perlindungan Gaji yang diperkenalkan Kerajaan tahun lalu bagi membantu perniagaan kecil supaya dapat terus bertahan menghadapi pandemik Covid-19.

Menurut Pejabat Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Mustafa mengaku tidak bersalah Jumaat lalu atas beberapa dakwaan melibatkan pemalsuan bank, curi identiti dan penggubahan wang haram. Peguamnya, Bilal A Essayli enggan memberi sebarang komen.

BACA >>> Ferrari' Versione Speciale' - Versi 812 Superfast Baharu yang Paling Berkuasa, 819hp

Antara kereta mewah milik Mustafa yang dirampas.

Pendakwa raya berkata, Mustafa memohon pinjaman PPP palsu kepada tiga bank dengan menggunakan empat nama syarikat yang tidak wujud. Permohonan itu melibatkan perubahan rekod bank, pemalsuan pulangan cukai dan penipuan maklumat pekerja.

Mustafa turut menggunakan nama, nombor Perlindungan Sosial dan tanda tangan individu lain untuk memohon salah satu pinjaman.

Susulan penahanan tersebut, polis merampas kereta mewah  jenis Ferrari, Bentley dan Lamborghini yang dibeli suspek, termasuk amaun AS$2 juta (RM8.2 juta) daripada akaun bank miliknya.

Hakim AS, Josephine L Staton menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh perbicaraan juri. Suspek ini dibebaskan dengan ikat jamin AS$100,000 (RM413,750).

BACA >>> Covid-19: Pekerja India Mogok Desak Renault, Nissan dan Hyundai Tutup Kilang
BACA >>> Kena Tipu Scammer Nombor Plat Atas Talian, Mangsa Rugi RM15k

Federal agents have seized three luxury sports cars allegedly purchased by Mustafa Qadiri, 38, of Irvine, with fraudulently obtained COVID-19 Payment Protection Program (PPP) loans. pic.twitter.com/MIdkjFeZx2

— US Attorney L.A. (@USAO_LosAngeles) May 7, 2021

SUMBER: Autoblog.com

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Amerika Syarikat (AS), antarabangsa, Auto Terkini, Bentley, berita global, California, Coronavirus, Covid-19, Ferrari, Lamborghini, pandemik, Salah Guna Bantuan Covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my