• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari 'Versione Speciale' - Versi 812 Superfast Baharu yang Paling Berkuasa, 819hp

Ferrari 'Versione Speciale' - Versi 812 Superfast Baharu yang Paling Berkuasa, 819hp

April 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI mendedahkan supercar gaya agresif yang dibangunkan berasaskan 812 Superfast. Sehingga kini, nama sebenar model kelabu jalur kuning itu belum diumumkan dan cuma digelar sebagai 'Versione Speciale' yang bermaksud 'versi spesial' dalam Bahasa Itali.

Nama rasmi dan spesifikasi model tersebut hanya akan diumumkan pada 5 Mei ini.

Berikut maklumat dan spekulasi mengenai Versione Speciale:

  • Dikatakan menggunakan enjin aspirasi natural (NA) V12 berkuasa 819hp @ 9,500rpm, paling tinggi dalam semua model Ferrari (petrol) atas.
  • Ada kemungkinan Ferrari meningkatkan kapasiti enjin, berbeza daripada trenkuasa 6.5L pada model standard 812 Superfast. Apa yang pasti, ada mekanisme pemasaan injap, sistem ekzos baharu dan ligatan rev lebih tinggi.
  • Casis dan pengendalian pacuan semua roda (AWD ditambah baik dan dilengkapkan teknologi Kawalan Gelincir Sisi (Side Slip Control 7.0). Ciri tersebut akan menilai sudut gelincir dan membandingkan dengan nilai sasaran berdasarkan tahap kelajuan, traksi dan lain-lain. Kemudian, agihan tork akan diimbangkan untuk memastikan kereta mudah dikawal mengikut kondisi semasa.
  • Berat kereta dikurangkan menerusi penggunaan komponen gentian karbon pada badan dan dalam kabin. Bahagian depan dan belakang dipertingkat dengan rekaan rasia, difuser belakang dan skrin cermin belakang dengan generator vorteks baharu.
  • Hanya sebahagian ruang kabin didedahkan. Ada panel pintu dan tombol gear baharu dalam kabin. Ada desas-desus mengatakan supercar ini akan memakai lencana GTO.
  • Pengenalan varian istimewa itu mungkin sebagai tanda ucapan selamat tinggal kepada varian 812 Superfast. Sebelum ini, pengeluar Itali itu pernah melancarkan F12 TDF pada saat akhir kitaran hayat F12 Berlinetta.

SUMBER: MotorAuthority

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari 812 Superfast, Ferrari GTO Baharu, Ferrari Special Model, Ferrari Versione Speciale, Roda4, Supercar, versione speciale

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev