Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Bocor Foto Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sedang Ditunggang Uji
Auto Terkini

#Spyshot: Bocor Foto Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sedang Ditunggang Uji

AryonBy Aryon22/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APRILIA RS660 dikesan sedang ditunggang uji dengan rekabentuk versi pengeluaran. Model supersport itu dijangka debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, Itali pada November nanti.

Beberapa bulan lalu, imej paten RS660 (foto bawah kanan) bocor di media sosial yang mendedahkan kita tentang bagaimanakah rupa model berkenaan. Jika dilihat gambar di atas, memang kedua-duanya ada persamaan.

BACA >>> Paten Rekabentuk Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Bocor

Bagaimanapun, seksyen belakang nampak berbeza berbanding imej paten bocor yang menunjukkan rekaan pelana tunggal dengan seksyen ekor tajam, sama seperti RSV4. Bagaimanapun, pelana pembonceng dalam foto intip lebih mirip kepada Tuono V4 1100.

BACA >>> Model Konsep Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Akan Ditayangkan di EICMA 2019

Rupa depan mendapat lampu utama LED penuh dan cermin sisi dengan signal belok. Fairing penuh mendedahkan sedikit bahagian frem dan bawah enjin. Jika dilihat lebih dekat RS660 versi pengeluaran ini, bar hendal motosikal nampak sedikit tinggi dan agresif berbanding model konsep (foto atas kiri) yang ditayangkan di EICMA 2018.

RS660 dijangka didatangkan dalam dua varian, iaitu versi spesifikasi tinggi  yang akan dipasangkan suspensi Öhlins, manakala versi standard menggunakan komponen Sachs.Ini bermakna kedua-dua model itu akan menggunakan kaliper brek berbeza.

Walaupun tiada perincian spesifikasi didedahkan, RS660 dijangka dikuasakan enjin 660cc V-Twin berasaskan trenkuasa V4 RSV4 1100. Ciri elektronik dilengkapkan dengan sut mod tunggangan, sistem kawalan traksi (TCS), terotel ride-by-wire dan lain-lain.

Di Malaysia, model Aprilia biasanya dibawah masuk pengedar rasmi jenama itu, Didi Resources Sdn Bhd. Pada Julai lalu, pengedar itu baru saja memperkenalkan RSV4 1100 Factory ke pasaran tempatan pada harga RM159,900.

Aprilia Aprilia RS660 Auto Terkini EICMA 2019 Foto Intip Imej Intip Middleweight Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2 sportbike Spyshot supersport
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.