Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#Spyshot: ‘Baby Harley’ Dikesan di Pulau Pinang, Lancar Tahun Ini?
Roda2

#Spyshot: ‘Baby Harley’ Dikesan di Pulau Pinang, Lancar Tahun Ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH street cruiser baharu dikesan sedang menjalani tunggang uji di kawasan perindustrian di Pulau Pinang. Motosikal jingga hitam itu dipercayai berasal daripada jenama QJMotor. Inikah ‘Baby Harley’?

Rakaman video itu dikongsikan saudara ڤڠمبارا قرضيل di Facebook dan YouTube yang mendakwa motosikal itu dikesan sedang diuji sekitar Kawasan Perindustrian Valdor menghala Kawasan Perindustrian Batu Kawan.

BACA >>> Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc ‘Baby Harley‘
BACA >>> Rupa Sebenar ‘Baby Harley’ Didedahkan, Guna Platform Benelli 302S

Berdasarkan penelitian, motosikal itu dipercayai model QJ 300-12, juga dipanggil NTX300 atau SRv300. Di Malaysia, wakil pengeluar yang ada kaitan dengan QJMotor ialah MForce Bike Holdings.

Ini mungkin petanda awal MForce bakal meluaskan tawaran produk jenama QJ. Setakat ini, ada dua model menggunakan lencana QJ di Malaysia, SRK 600 dan SRT 800. Bagaimanapun, belum ada pengesahan sama ada model berkenaan diletakkan bawah rangkaian QJ atau menggunakan lencana lain di bawah MForce.

Maklumat awal diperoleh kami, motosikal tersebut mungkin tidak ditawarkan mengikut kapasiti asal 296cc, tetapi dalam julat 250cc yang sesuai dengan syarat lesen B2.

BACA >>> Bocor Imej Cruiser Terkecil Harley-Davidson 300cc, Enjin V-Twin, 30hp

Berdasarkan klip video dan pandangan awal, motosikal itu mengekalkan hampir semua komponen seperti model luar negara. Apa yang pasti, enjin V-Twin akan dikecilkan kapasiti. Berikut perincian QJMotor 300 pasaran luar:

  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap V-Twin (2-silinder) 296cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 30.7hp @ 9,000rpm dan tork 26Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan, manakala sistem penghidup jenis elektrik.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 110mm di depan dan absorber kembar di belakang.

  • Sistem brek cakera 300mm (depan) dan 260mm (belakang) yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim aloi 16 inci depan menggunakan tayar 120/80, manakala rim belakang 15 inci dengan tayar 150/80.
  • Dimensi panjang 2,110mm, lebar 850mm, dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,400mm dan tinggi pelana 700mm.
  • Kapasiti tangki minyak 13.5 liter dan berat keseluruhan 163kg.

BACA >>> Cruiser QJ SRV500, Naked Bike SRK400 Bakal Lancar untuk Pasaran Global
BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Ini?
BACA >>> WMoto V16 – Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!

SUMBER: Facebook | QJMotor | Facebook

Baby Harley Foto Intip MForce Bike Holding Sdn Bhd QJ Motor 300 QJ Motor SRV 300 roda2 Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.