• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / WMoto V16 – Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!

WMoto V16 - Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!

November 13, 2020 By AI 2 Comments

265
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WMOTO, jenama di bawah MForce Bike Holdings memperkenalkan cruiser V16 (2020) ke pasaran tempatan pada harga mampu milik, iaitu RM15,988.

WMoto sebelum ini melancarkan dua model kapcai VE110 dan WM110, serta model gaya klasik, Cub Classic. Kini pengeluar tersebut mengambil langkah besar dengan mengeluarkan model jenis cruiser bagi memenuhi cita rasa peminat motosikal klasik gaya Amerika.

Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 249cc silinder V 60º berkuasa 19hp @ 8,000rpm dan tork 19Nm @ 6,000 rpm yang menghasilkan deruman garangl serta pada masa sama menawarkan kecekapan bahan api lebih baik.  Model cruiser ini memiliki kapasiti tangki minyak 14 liter yang menawarkan tunggangan lebih 300km dengan sekali isian petrol penuh.

WMoto V16_2
WMoto V16_4

Antara ciri istimewa V16 (2020) ialah:

  • Ekzos jenis dwi-paip lurus kemasan krom yang menonjolkan rekabentuk ekslusif V16 bersama silenser.
  • Berbeza cruiser lain yang seberat 400kg, V16 cuma seberat 165kg.
  • V16 dilengkapi absorber belakang boleh laras ikut tetapan pilihan.
  • Ketinggian pelana 700mm dengan material lembut.
  • Dilengkapi lampu utama LED dan lampu siang (DRL).

V16 (2020) gaya Amerika ini dijual pada harga mampu milik, cuma RM15,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) sehaja dan kini sudahpun berada di pusat jualan.  Model itu ditawarkan dengan waranti dua tahun atau jarak perjalanan
20,000km (mana satu tiba dahulu) dan pembelian alat ganti tulen atas talian daripada MForce Bike.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Ciptaan Penting Dunia Motosikal yang Perlu Anda Tahu (Siri 2)
BACA >>> Benelli Imperiale 400 Kini di Pusat Jualan Seluruh Negara, Harga RM15k

SPESIFIKASI

WMOTO V16 (2020)

Enjin: 4-lejang, penyejukan udara, silinder V-Kembar
Gerek & Lejang: 49mm x 66mm
Sesaran: 249cc
Kuasa Maksimum: 19hp @ 8,000rpm
Tork Maksimum: 19Nm @ 6,000rpm
Nisbah Mampatan: 10:1
Kotak Gear: 5-kelajuan
Jenis Klac: Cakera basah berganda
Sistem Bahan Api: Suntikan bahan api elektronik, Bosch
Suspensi: Teleskopik (depan); Absorber boleh laras (belakang)
Brek: Cakera tunggal 320mm (depan); Cakera tunggal 280mm (belakang)
Tayar Depan: 90/90 18 (depan); 130/90 15 (belakang)
Jarak Roda: 1,520mm
Kelegaan Tanah: 160mm
Berat: 165kg
Saiz Tangki Minyak: 14 Liter
Bateri: 12V10Ah

WMoto V16_3
WMoto V16_1
WMoto V16_2
WMoto V16_4
WMoto V16_5
WMoto V16_6
WMoto V16_7
WMoto V16_8
WMoto V16_1
WMoto V16_2
WMoto V16_3
WMoto V16_4
WMoto V16_5
WMoto V16_6
WMoto V16_7
WMoto V16_8
265
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, cruiser, Kruiser, MForce Bike Holding Sdn Bhd, motosikal kruiser, roda2, WMoto V16

Comments

  1. Ishak Bin Mahani says

    November 30, 2020 at 5:00 PM

    Moto ni buatan mana bos

    Reply
  2. JERRY TAN says

    January 15, 2021 at 2:30 PM

    CHECK OUT CHINA LIFAN V16

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my