Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SPRM Buru 100 Kereta Mewah Keluar Langkawi, Terima Pengurangan Duti Tidak Sah 
Auto Terkini

SPRM Buru 100 Kereta Mewah Keluar Langkawi, Terima Pengurangan Duti Tidak Sah 

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize25/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memburu 100 kenderaan mewah, termasuk McLaren dan Ferrari yang dibawa keluar dari Langkawi, Kedah.

Kenderaan mewah itu dicari dalam operasi khas SPRM selepas pemiliknya dipercayai bersekongkol dengan sindiket untuk membawa keluar kereta dari Langkawi menerusi pengurangan duti kereta mewah secara tidak sah hingga Kerajaan terpaksa menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

Menurut sumber Harian Metro, siasatan SPRM mendapati ada 100 kenderaan mewah berada atas jalan seluruh negara selepas dibawa keluar sindiket tersebut dari Langkawi.

Kenderaan ini ada yang dibeli pada 2015 lagi dan ada yang sudah bertukar pemilik asal hingga pemilik ketiga,” katanya.

Sumber berkata, SPRM akan mengesan individu bersubahat dengan sindiket berkenaan. Dokumen berkaitan kereta terbabit juga sudah dikumpul bagi mengesan kenderaan itu dan membantu siasatan.

Siasatan akan diteruskan bagi membawa pulang kembali ketirisan wang cukai Kerajaan,” katanya.

SPRM juga akan mengadakan fasa kedua operasi khas untuk diambil tindakan.

Menurut sumber, dalam fasa pertama operasi khas yang dijalankan di utara negara pada 13 Julai lalu, SPRM menyita 20 kereta mewah.

Hasil operasi itu, SPRM menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang menyebabkan ketirisan cukai Kerajaan hingga RM33 juta.

Dalam operasi itu juga, tujuh individu ditahan di Kedah dan dikesan sebagai ejen agensi Kerajaan yang bersubahat dengan mengemuka maklumat palsu.

Siasatan SPRM mendedahkan suspek itu bersubahat bersama pemilik kereta dengan mengemuka dokumen maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

BACA >>> Opai Bukan Pemilik Nombor Plat ‘QPA1’ McLaren?
BACA >>> Ferrari Enzo Milik Juara F1 Dibida Lebih RM27.6 Juta!

SUMBER: HMetro

duti duti kenderaan mewah Ferrari kereta mewah Langkawi Sindiket Supercar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.