Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sportbike 2-Lejang 250cc Vins Duecinquanta Bakal Masuk UK (75hp, 45Nm)
Roda2

Sportbike 2-Lejang 250cc Vins Duecinquanta Bakal Masuk UK (75hp, 45Nm)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosikal dari Itali, Vins melancarkan dua model sportbike 2-lejang yang akan memasuki pasaran Britain dalam masa terdekat ini.

Pendekatan Vins nyata menongkah arus apabila memilih membangunkan jentera 2-lejang ketika industri motosikal sudah beralih kepada produk 4-lejang.

Dikenali sebagai Duecinquanta, yang bermaksud 250 dalam bahasa Itali, model itu dipacukan enjin 249.5cc V-Twin  dengan teknologi suntikan bahan api dengan transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Vins Duecinquanta – Superbike 2-Lejang Gentian Karbon Ciptaan Jurutera Ferrari

Ada dua varian Vins ditawarkan, iaitu Strada untuk model versi jalanan dan Competizione untuk versi trek.

Enjin Duecinquanta Strada dan Competizione mampu menjana kuasa 75hp @ 11,700rpm dengan tork 45Nm @ 11,700rpm dengan klac jenis basah binaan kustom, manakala frem jenis monokok daripada material gentian karbon, termasuk fork, dan swingarm yang turut menggunakan bahan sama.

Fairing depan direka bersama skup untuk menyalurkan udara ke radiator di bawah tangki minyak yang membantu mengeluarkan udara panas dari enjin. Motosikal ini menggunakan dwi ekzos, dengan konfigurasi satu di sebelah kanan dan satu lagi disorokkan bawah pelana. Hmm… pelik juga.

BACA >>> Saintis AS Temui Cara Hasilkan Gentian Karbon Guna Tumbuhan

Sistem brek menggunakan khidmat dwi cakera 300mm untuk roda depan dan cakera tunggal 220mm di belakang. Saiz tayar pula 120/70-17 di depan dan 150/60-17 di belakang. Jarak roda kedua-dua varian juga sama, iaitu 1,380mm.

Bagaimanapun, ada perbezaan berat, iaitu Strada seberat 105kg, manakala Competizione lebih ringan 3kg (102kg). Perbezaan berat tersebut membantu Competizione mendapatkan kelajuan lebih pantas iaitu 230kmj. Sebaliknya, kelajuan maksimum Strada cuma 210kmj. Competizione juga menggunakan set fairing lumba untuk mendapatkan efek aerodinamik.

Bagaimanapun, harga rasmi kedua-dua motosikal 2-lejang ini masih belum didedahkan, tetapi dijangka mencecah ratusan ribu ringgit.

Vins terletak di Maranello, berhampiran kilang Ferrari dan ditubuhkan dua mantan jurutera Ferrari. Motosikal 2-lejang itu seakan mengimbas semula detik kegemilangan Aprilia RS250 yang dihentikan pengeluaran pada 2005, dan beberapa model 250cc lain seperti Suzuki RGV250, Kawasaki KR1-S dan Yamaha TZR250.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Minyak 2T dan Motosikal 2-Lejang yang Perlu Anda Tahu

GALERI
DUECINQUANTA COMPETIZIONE
DUECINQUANTA STRADA

SUMBER: MCN | Vins | RideApart 

2 lejang 250cc Auto Terkini motosikal 2-lejang roda2 sportbike Vins Vins Duecinquanta
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.