• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saintis AS Temui Cara Hasilkan Gentian Karbon Guna Tumbuhan

Saintis AS Temui Cara Hasilkan Gentian Karbon Guna Tumbuhan

January 26, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


MEMILIKI aksesori, komponen atau alat ganti daripada gentian karbon (carbon fibre) sentiasa jadi idaman ramai pemilik kereta. Malah, populariti dikecapi material Superman itu mencetuskan trend baru tentang gaya kemasan pada rupa luaran atau dalaman sesebuah model kereta. Bukan saja material asli, tetapi turut berjangkit kepada kemasan artifisial berupa pelekat, teknik cat dan plastik. Asalkan rupanya seperti gentian karbon.

Gentian karbon adalah material pembuatan struktur seperti logam, tetapi lima kali lebih kuat, ringan dan berpenampilan eksotik. Namun, penggunaan material itu jarang digunakan pada kenderaan penumpang biasa disebabkan kos pengeluaran yang mahal.  Kebiasaanya gentian karbon banyak digunakan model-model supercar yang berharga jutaan ringgit atau jentera lumba yang juga nilainya mencecah 7 angka, termasuk dijadikan material pembuatan raket tenis, kayu golf, bilah turbin pesawat dan kereta lumba Formula Satu (F1).

PETROLEUM BUATKAN MAHAL


Gentian karbon dibuat daripada bahan kimia dipanggil akrilonitril, terhasil daripada campuran petroleum, ammonia, oksigen dan pemangkin yang berharga mahal. Bahan berupa minyak mentah (petroleum) dalam proses pembuatan adalah antara sebab kenapa harga gentian karbon begitu mahal. Malah berubah-ubah mengikut turun naik harga minyak sedunia. Bukan harga minyak di stesen minyak saja yang tahu naik dan turun.

BACA >>> Vins Duecinquanta - Superbike 2-Lejang Gentian Karbon Ciptaan Jurutera Ferrari

Cukup dulu penjelasan ringkas mengenai gentian karbon. Ini ada berita teknologi terbaharu tentang material tersebut. Sepasukan saintis di Amerika Syarikat (AS) kini sedang melakukan kajian untuk menghasilkan gentian karbon menerusi proses akrilonitril berasaskan sumber tumbuhan.

TUMBUHAN GANTI MINYAK

nrel-usa-gentian-karbon
jerami-gandum
jagung-masak

Menurut saintis Makmal Tenaga Boleh Diperbaharui Kebangsaan (NREL) AS, kajian terbaru itu dilakukan bagi meminimumkan kos pembuatan gentian karbon selain mengurangkan penjanaan panas lampau dan menghilangkan sisa buangan toksik.

Jadi proses baru dibangunkan untuk menghasilkan sebatian akrilonitril menggunakan tumbuhan, khususnya bahagian yang tidak dimakan seperti tangkai jagung, dan jerami gandum. Bahan itu kemudian dipecahkan menjadi gula sebelum diubah menjadi asid dan digabungkan dengan pemangkin yang lebih murah untuk menghasilkan akrilonitril.

BACA >>> Aksesori Motosikal Inventzo - Nama Semacam Itali, Rupanya 'Made In Indonesia'!

Saintis NREL percaya proses itu, yang menjadikan tumbuhan sebagai bahan utama, dapat ditambah baik dan digunakan dalam industri pembuatan sebagai bahan mentah baharu untuk menghasilkan akrilonitril yang penting dalam pengeluaran gentian karbon lebih murah.

NREL mengatakan akan bekerjasama dengan beberapa pengeluar untuk menghasilkan sejumlah besar akrilonitril yang akan diubah menjadi gentian karbon dan diuji untuk kegunaan kenderaan. Bagaimanapun, kajian mendalam dan terperinci masih diperlukan.

SUMBER: Popular Science

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Roda4 Tagged With: auto terkini, autotainment, besi, carbon fibre, gentian karbon, material, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
    Yamaha NVX (2020) Perkenal Warna Baharu, Harga Kekal RM10,888
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
    KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my