Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)
Roda4

Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

Han OthmanBy Han Othman15/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI dikecohkan minggu lalu menerusi video acah disiarkan, Nissan Almera baharu akhirnya dilancarkan di Thailand dengan menampilkan rekabentuk serba baharu yang lebih sporty dan menarik dipandang mata.

Menampilkan konsep rekabentuk unik dinamakan ‘Nissan Giving’, rekabentuk luaran Almera baharu kali ini lebih slik dengan garis luaran badan lebih jelas. Paling menonjol sudah tentu gril signatur V-Motion yang diapit sepasang lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED.

Ruang kabin pula lebih moden dan beremosi yang setanding pesaing sedan lain dalam kelas sama yang bukan saja luas, tetapi juga selesa untuk keperluan seisi keluarga. Almera baharu ini turut dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan sistem NissanConnect yang menyokong fungsi navigasi, pengecaman suara dan antaramuka Apple CarPlay.

BACA >>> ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

Pemandu turut diberikan kluster instrumen TFT 7 inci untuk paparan maklumat kereta seperti spidometer, penggunaan baha api, suhu enjin semasa, dan sistem pemanduan. Ruang but mampu memuatkan 4 beg golf dan 3 bagasi besar.

Trenkuasa menampilkan enjin baharu 1.0L Turbo DOHC HRAO dengan motor elektrik pintar (DC Motor) yang membantu mengawal mampatan turbo. Kuasa dihasilkan 100hp @ 5,000rpm, manakala tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm. Kotak gear menggunakan transmisi Xtronic CVT dengan teknologi D-Step Logic (hidraulik + mekanikal) untuk hantaran kuasa lebih lancar dan halus dengan pecutan dipertingkat dan penggunaan bahan api lebih jimat.

BACA >>> Makoto Uchida Dilantik CEO Baharu Nissan

Tidak dilupakan teknologi pintar yang dipakejkan bersama sedan subkompak ini menerusi Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada:

  • Pemantau Pandangan Keliling Pintar (IAVM) – varian V dan VL sahaja
  • Pengesan Objek Bergerak (MOD) dengan 4 kamera sekeliling kereta – varian V dan VL sahaja
  • Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) – EL, V dan VL sahaja
  • Brek Kecemasan Pintar (IEB) – EL, V dan VL sahaja
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – varian premium VL sahaja
  • Amaran Titik Buta (BSW) – varian premium VL sahaja
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) – standard semua varian
  • Bantuan Mula Daki (HSA) – standard semua varian

Cir keselamatan asas pula dilengkapkan beg udara SRS untuk (6 beg udara untuk varian VL), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), imobiliser, tali keledar pra-tegang dengan pengehad beban, tali keledar ELR 3-poin, dan ISOFIX.

Almera spesifikasi Thailand ditawarkan dalam lima varian, iaitu S, E, EL, V dan VL dengan enam pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Red Radiant Red (merah)
  • Monarch Orange (jingga)
  • Storm White (putih)
  • Black Star (hitam)
  • Metallic Gray Color (kelabu)
  • Brilliant Silver (perak)
GALERI
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Nissan Nissan Almera Nissan Almera (2020) Nissan Thailand Nissan Versa Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.