Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Mazda2 (2021) Facelift Thailand, Harga Mula RM73k
Roda4

Spesifikasi Mazda2 (2021) Facelift Thailand, Harga Mula RM73k

Han OthmanBy Han Othman15/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA Thailand melancarkan Mazda2 (2021) yang didatangkan dengan ciri tambahan, tetapi dijual pada harga sama seperti model terdahulu, iaitu bermula 546,000 baht (RM73,840) hingga 799,000 baht (RM108,060).

Mazda2 (2021) ini ialah versi dipertingkat (facelift) dan sudah dibuka tempahan seawal penghujung 2019 untuk pasaran Jepun dengan dilengkapkan pelbagai teknologi moden dan terkini. Di Malaysia, model ini akan berentap dengan pesaing segmen-B lain seperti Toyota Yaris, Vios, Honda City dan City Hatchback (akan masuk).

BACA >>> Mazda2 (2020) Facelift dengan Gaya Ala Mazda6 Kini Buka Tempahan di Jepun

Apa yang baharu mengenai Mazda2 (2021) spesifikasi Thailand ini?

  • Penampilan tidak berubah, cuma kemasan dalaman dinaik taraf berserta ciri standard seperti pedal syif, paparan  dongak (HUD) Active Driving Display (ADD) dan sistem kawalan berpusat Center Commander.
  • Sistem hiburan terdiri daripada unit infotainment skrin sentuh 7 inci dengan sokongan konektiviti Mazda Connect yang serasi Apple CarPlay dan Android Auto. Semua varian kini dipasangkan kamera undur.

  • Dilengkapkan ciri keselamatan  i-Activsense yang terdiri daripada Pemantau Titik Buta Termaju (ABSM), Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Signal Henti Kecemasan (ESS), kamera pandang keliling 360º  dan beg udara.
  • Ada tambahan sistem pemvektoran tork GVC Plus Torque, sistem henti lahu i-Stop dan sistem jana semula kuasa  i-ELOOP yang akan mengecas semula bateri ketika membrek.
  • Trenkuasa dijana dua opsyen enjin, iaitu diesel dan petrol yang mana kedua-dua patuh Euro5:
    • 1.5L SkyActiv-D (diesel) berkuasa 105hp dan tork 250Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan berserta mod manual. Penggunaan bahan api  3.8 liter per 100km.
    • 1.3L SkyActiv-G (petrol) berkuasa 93hp dan tork 122.5Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan berserta mod manual. Penggunaan bahan api 4.3 liters per 100km.
  • Datang dalam dua gaya badan, sedan dan hatchback dengan lapan pilihan warna: Red, Machine Gray, Polymetal Gray, White, Brown, Black, Ceramic White dan Silver.
  • Harga varian standard 1.3E and 1.3E Sport bermula 546,000 baht (RM73,840), manakala varian paling premium ialah XDL dan XDL Sport, berharga 799,000 baht (RM108,060).

BACA >>> Toyota GR Yaris Lancar di Malaysia, Dijual 200 Unit Sahaja, Harga RM299k!
BACA >>> 10 Perkara Menarik Honda City Hatchback (2021)! Lancar di Thailand, Harga Mula RM80k

hatchback segmen-B mazda Mazda Thailand Mazda2 Mazda2 (2021) sedan subkompak Segmen B Segmen Subkompak Thailand
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.