• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Jenama / Mazda2 (2020) Facelift dengan Gaya Ala Mazda6 Kini Buka Tempahan di Jepun

Mazda2 (2020) Facelift dengan Gaya Ala Mazda6 Kini Buka Tempahan di Jepun

July 23, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MAZDA2
yang anda lihat atas jalan hari ini bukan model tempelan sebagai pelengkap barisan produk Mazda. Sejak generasi ketiga, kehebatan hatchback ini begitu menyerlah apabila menerima Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Dunia (WCOTY) 2008.

Mazda2 generasi keempat pula memasuki pasaran pada 2014 dan menerima Anugerah Kereta Terbaik Jepun (2014-2015). Di Malaysia, Mazda2 mempunyai kelompok peminat tersendiri dan berjaya membuktikan nilai prestij tersendiri ketika berdepan cabaran daripada jenama Jepun popular lain.

Harga ketika dilancarkan di pasaran tempatan pada 2015 ialah sekitar RM88,000 (kini RM75,000-RM93,000), iaitu harga premium berdasarkan saiz dan spesifikasi. Namun, apa yang membuatkan Mazda2 istimewa, model ini mempunyai ruang dalaman ala kereta sport untuk menyerlahkan aura model itu.

BACA >>> Brosur Mazda2 Facelift Bocor Sebelum Rasmi Dilancarkan di Jepun

TEMPAHAN DIBUKA DI JEPUN

Memasuki tahun kelima di pasaran, Mazda masih menaruh kepercayaan kepada model generasi keempat. Pada 18 Julai lalu, pengeluar itu mula membuka pra-tempahan untuk model versi dipertingkat (facelift).

Luaran Mazda2 (2020) facelift tampak kemas dan segar walaupun menampilkan perubahan minimum. Rupa depan Mazda2 nampak ala 'abang besar' Mazda6 dengan lampu tirus dan kemasan krom horinzontal di bawah bampar baharu. Dari sisi, semua sama seperti model terdahulu, kecuali rim aloi 16 inci paten menegak yang membuatkan hatchback segmen B ini nampak lebih besar.

Rupa belakang berubah pada bahagian corak lampu. Bawah bampar yang dulu membujur, tetapi kini melintang dengan kemasan krom dan tampak harmoni dengan bampar depan.

BACA >>> Mazda2 Remuk Teruk, Tetapi Pemandu Hanya Luka Kecil

Perubahan Mazda2 (2019) Facelift Spesifikasi Jepun

  • Ada 2 jenis pacuan: roda depan (2WD) dan semua roda (AWD).
  • Ada 2 varian enjin: SkyActiv-G 1.5 dan SkyActiv-D 1.8.
  • Ada dua jenis transmisi: SkyActiv-Drive (6EC-AT) dan SkyActiv-Drive (6EC-MT).
  • Suspensi ditala baharu untuk keselesaan pemanduan.
  • Kerusi depan direka baharu untuk menambah baik ergonomik dalam kereta dan membantu mengekalkan posisi pemandu.
  • Kawalan Pemvektoran-G Plus (G-Vectoring Control Plus, GVC Plus) untuk kestabilan pengendalian pada halaju tinggi
  • Ruang kabin lebih senyap.
  • Sistem multimedia Mazda Connect dengan fungsi konektiviti  Apple CarPlay and Android Auto.
  • Sistem brek regeneratif i-Eloop untuk menambah baik penjimatan bahan api petrol dan diesel.
  • Kawalan jelajah pinta, Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi henti-mula Stop & Go untuk varian automatik.
  • Sistem Kekal Lorong (Lane-Keep Assist System, LAS).
  • Lampu Adaptif LED (Adaptive LED Headlamp, ALH) dengan 20 blok LED untuk membantu pemanduan malam.

Mazda2 (2020) facelift akan mula dijual di Jepun pada 12 September ini pada harga bermula 1,544,400 yen (RM58,900) untuk varian asas 15S 2WD (FF) SkyActiv-Drive (6EC-AT), hingga 2,619,000 yen (RM99,917) untuk varian paling premium XD L Package AWD SkyActiv-Drive (6EC-AT).

Berdasarkan pelancaran tersebut, Mazda2 (2020) facelift dijangka mula dipasarkan di Malaysia pada tahun depan.

BACA >>> Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Jenama, Roda4 Tagged With: hatchback, hatchback segmen-B, hatchback subkompak, mazda, Mazda Japan, Mazda2, Roda4, skyactiv, SkyActiv-D, Skyactiv-Drive, SKYACTIV-G

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my