Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Hyundai Stargazer (2022) yang Baru Lancar di Indonesia
Roda4

Spesifikasi Hyundai Stargazer (2022) yang Baru Lancar di Indonesia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HYUNDAI Stargazer (2022) ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang menjadi tumpuan pengunjung sepanjang Pameran Motor Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2022 hingga dipilih sebagai MPV pilihan ramai dalam acara permotoran itu.

MPV itu disebut sebagai mobiliti keluarga inovatif kerana menawarkan kualiti pemanduan dan menyediakan perlindungan keselamatan buat penumpang. Berikut perincian Stargazer (2022):

BACA >>> Hyundai Stargazer Jadi MPV Pilihan Sepanjang GIIAS 2022 di Indonesia
BACA >>> Chery Kembali ke Indonesia! Lancar Dua Model SUV, 7-Kerusi Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro

VARIAN

Ada empat varian ditawarkan dalam transmisi berbeza:

Active
Trend
Style
Prime
  • Active – manual 6-kelajuan dan automatik IVT (transmisi variabel pintar)
  • Trend – manual dan automatik IVT
  • Style – automatik IVT
  • Prime – automatik IVT
Active
Trend
Style
Prime

WARNA

Ada enam warna standard dengan tiga warna dwi-tona untuk varian tertinggi.

  • Active, Trend dan Style: Magnetic Silver Metallic (perak), Creamy White Pearl (putih), Mangrove Brown Pearl (coklat), Midnight Black Pearl (hitam), Titan Gray Metallic (kelabu) dan Dragon Red Pearl (merah).
  • Prime: Enam warna sama dan ada tambahan tiga warna dwi-tona iaitu perak+bumbung hitam, merah+bumbung hitam, putih+bumbung hitam.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!

REKABENTUK

  • Rekaan futuristik dengan konsep satu garis lengkung.
  • Lampu utama LED, lampu siang (DRL) horizontal.
  • Lampu utama halogen (Active dan Trend).
  • Kombinasi lampu belakang LED bentuk ‘H’.
  • Lampu brek ketiga dipasang dalam spoiler.
  • Cermin sisi disepadukan lampu signal belok.
  • Butang kunci pintar pada pintu depan (Style dan Prime)
  • Rim sport aloi 16 inci (Prime dan Style), rim aloi 16 inci (Trend) dan rim besi 15 inci (Active).

BACA >>> ‘Alza Indonesia’ Terpakai Tahun 2015 Dapat Dibeli Serendah RM29k

KABIN

  • Dua konfigurasi tempat duduk sama ada 6- atau 7-kerusi
  • Kabin warna Obsidian Black (hitam).
  • Kluster instrumen digital penuh TFT 4.2 inci.
  • Penyaman udara auto-klimat.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci dengan konektiviti telefon pintar.
  • Pengecas wayarles.
  • Lampu ambien (Prime) dalam kabin.
  • Panel tingkap kuasa dengan cermin sisi boleh lipat (Style dan Prime).
  • Stereng boleh laras ke dalam atau ditarik keluar (Trend, Style dan Prime).
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) (Style dan Prime)
  • Soket 12V dan port USB multimedia
  • Pautan ISOFIX (tidak termasuk kerusi kanak-kanak).
  • Lebih 30 ruang simpanan barang
  • Tray tersembunyi di papan pemuka
  • Perehat lengan di konsol tengah
  • Meja mini di belakang kerusi baris pertama.
  • Konsol letak telefon pintar dengan port USB (untuk penumpang belakang)

TRENKUASA

  • Enjin petrol 4-silinder 16-injap Smartstream G 1.5L MPI 1,497cc berkuasa 113hp @ 6,300rpm dan tork 143.8Nm @ 4,500rpm.
  • Empat mod pemanduan: Comfort, Eco, Sport danSmart (anjakan gear berubah mengikut gaya pemanduan).
  • Kapasiti tangki minyak 40 liter.
  • Dimensi panjang 4,460mm, lebar 1,780mm, dan tinggi 1,690mm. Jarak roda 2,780mm (Trend, Style dan Prime 1,695mm tinggi)
  • Berat kasar:
    • Automatik IVT – 1,830kg
    • Manual – 1,780kg

  • Kapasiti but 200 liter dan boleh dipertingkat kepada 585 liter dengan merebahkan tempat duduk baris ketiga.

KESELAMATAN

Hadir dengan pakej Hyundai Smart Sense yang terdiri daripada ciri keselamatan termaju seperti:

  • Bantuan Cegah Rempuhan Depan (FCA)
  • Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Bantuan Cegah Rempuhan Titik Buta (BCA) – untuk parkir selari
  • Bantuan Cegah Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA) – ketika undur
  • Monitor Pandang Belakang (RVM)
  • 6 beg udara

GIIAS 2022 Hyundai Stargazer Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Pameran Motor Antarabangsa Indonesia Gaikindo (GIIAS) 2022 Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.