Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Chery Tiggo 7 Pro (2021): Lancar di Filipina, Harga Mula RM106k
Roda4

Spesifikasi Chery Tiggo 7 Pro (2021): Lancar di Filipina, Harga Mula RM106k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lama tidak mendengar khabar mengenai jenama automotif China, Chery yang suatu masa dulu pernah mewarnai jalan raya negara kita. Terbaharu, Chery memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Tiggo 7 Pro (2021) sebagai pembuka tirai 2021 untuk pasaran Filipina.

Tiggo 7 Pro (2021) dilancarkan secara digital menerusi laman Facebook Chery selepas melakukan debut di Filipina sempena Pameran Auti Antarabangsa Manila (MIAS), juga secara maya.

Rekabentuk Tiggo 7 Pro mendapat sentuhan Ketua Pereka Global, juga Naib Presiden Chery, Kevin Rice yang sebelum ini pernah merekabentuk produk Mazda seperti MX-5 (1999-2005) dan BMW untuk model 1, 3 dan 4 Series.

Penampilan SUV kompak ini juga menggunakan bahasa rekabentuk baharu yang dapat dikenal pasti menerusi rekaan gril tersendiri dan rupa depan seragam . Berikut ciri Tiggo 7 Pro (2021) serba baharu:

  • Menampilkan gril besar dengan ciri LED penuh pada lampu depan, lampu kabus dan lampu siang (DRL).
  • Bahagian frem tingkap dihitamkan untuk memberikan efek bumbung apung dan disempurnakan dengan rim aloi 18 inci yang dibalut tayar 225/60 R18.
  • Lampu belakang dipadankan reflektor horizontal yang melintang sepanjang pintu but, mirip jenama mewah lain. Juga kelihatan dwi-ekzos krom dan spoiler lebih sporty. Rupa belakang kini nampak lebih slik dan elegan.
  • Ada ciri but automatik. Cuma perlu berdiri tiga saat di belakang dan but akan terbuka sendiri, tidak perlu gunakan tangan atau kaki.

  • Ruang kabin dalam tona serba hitam dengan menggunakan kemasan material kulit sulaman ganda. Kerusi depan jenis buket dengan fungsi boleh laras elektrik 6-tetapan. Papan pemuka dihidangkan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci dengan enam pembesar suara berserta konektiviti Bluetooth, Mirror Link, Android Auto dan Apple CarPlay.
  • Penyaman udara diakses menggunakan panel kawalan sentuh 8 inci. Ciri lain ialah kunci pintar untuk menghidupkan enjin dan penyaman udara, termasuk membuka but dan tingkap. Juga disediakan pengecas telefon wayarles dan tiga palam USB.
  • Juga disematkan ciri premium seperti bumbung panoramik, lampu ambien 7 warna, kamera 360º definisi tinggi (HD), brek parkir elektrik (EPB) dengan fungsi pegun Auto Hold, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), kamera belakang dengan sensor depan dan belakang, kluster instrumen digital 7 inci dan mod Eco.
  • Memiliki dimensi panjang 4,500mm, lebar 1,824mm dan tinggi 1,746mm, manakala jarak roda 2,670mm dan berat 1,465kg
  • Kabin udara dipasangkan penapis N95 untuk menghalang 95 peratus partikel halus untuk udara lebih segar dan bersih.

  • Trenkuasa menggunakan enjin patuh Euro5 4-silinder 16-injap 1.5 TCI Turbo berkuasa 145hp @ 5,500rpm dan tork 210Nm @ 1,750-4,000rpm dengan transmisi automatik CVT Bosch 9-kelajuan dengan pedal syif.
  • Sistem suspensi jenis strut independen MacPherson di depan dan multilink di belakang.
  • Kapasiti tangki ialah 51 liter, manakala luas kargo 475-1,500 liter mengikut konfigurasi digunakan.
  • Ciri keselamatan dilengkapkan dengan 6 beg udara, pengingat beg udara untuk semua baris tempat duduk, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Program Stabiliti Elektronik (ESP), Bantuan Brek Elektronik (EBA) dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Kawalan Bantu Bukit (HAC), Bantuan Turun Bukit (HDC), Kawalan Jelajah dan ISOFIX.
  • Di pasaran Filipina, SUV kompak ini dijual pada harga bermula Peso 1.198 (RM100,610) dengan waranti enjin 10 tahun (atau 1 juta kilometer) dan waranti kilang 5 tahun (atau 150,000km).

BACA >>> Geely Coolray – SUV Paling Laris di Filipina Sepanjang 2020
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

SUMBER: Carmudi

Chery Chery PH Chery Tiggo 7 Pro Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kevin Rice Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.