• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Coolray - SUV Paling Laris di Filipina Sepanjang 2020

Geely Coolray - SUV Paling Laris di Filipina Sepanjang 2020

February 15, 2021 By AO Leave a Comment

382
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar kenderaan Geely di Filipina mendudukan jualan tertinggi dalam kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak 5-kerusi sepanjang 2020 walaupun berdepan cabaran ekonomi global berikutan krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Berdasarkan rekod daripada Dewan Pengeluar Automotif Filipina (CAMPI), Sojitz G Auto Philippines (SGAP) mengakhiri 2020 dengan pencapaian membanggakan dengan jualan 2,158 unit kenderaan sepanjang tahun lalu.

Daripada rekod itu, Disember 2020 mencatatkan jumlah jualan tertinggi, iaitu 24 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan, iaitu 520 unit sejak SGAP menjadi wakil pengedar rasmi Geely di Filipina.

Menariknya, daripada keluruhan jualan pula, model Coolray (Malaysia: X50) terjual sebanyak 1,787 unit, sekali gus menjadi SUV paling laris sepanjang tahun lalu. Disember juga bulan keempat sepanjang 2020 yang mana Coolray menjadi model terlaris dalam kategorinya, iaitu SUV subkompak 5-kerusi dengan jualan Jun 2020 (154 unit) dan Julai 2020 (263 unit), sebelum disusuli Oktober dan Disember tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SGAP, Mikihisa Takayama menyatakan rasa bangga atad kejayaan jualan berkenaan yang dicapai tahun lalu walaupun mengalami pelbagai halangan dan cabaran.

BACA >>> Filipina Jadi Negara Asean Pertama Lancar Geely Coolray (Binyue), Harga Mula RM79k
BACA >>> Perbandingan: Geely Coolray Filipina vs Proton X50, Apa yang Berbeza?

382
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely Coolray, Geely PH, Geely Philippines, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mikihisa Takayama, Roda4, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my