Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Asas Range Rover Velar Versi Malaysia Didedah Menjelang Debut Rasmi
Roda4

Spesifikasi Asas Range Rover Velar Versi Malaysia Didedah Menjelang Debut Rasmi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAGUAR Land Rover Malaysia sebelum ini ada mendedahkan spesifikasi dan ciri menarik model Range Rover Velar untuk pasaran tempatan. Ini pula antara maklumat terkini mengenai model tersebut menjelang perincian penuh pada majlis pelancaran sekitar bulan ini.

Velar menawarkan prestasi terbaik menerusi enjin Ingenium P250 yang dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan ZF dalam sistem pacuan semua roda (AWD) dengan teknologi Intelligent Driveline Dynamics yang bakal menawarkan pengalaman pemanduan mengujakan dan kehalusan prestasi dalam sebarang kondisi rupa bumi.

CIRI PREMIUM TERBAIK

Velar versi Malaysia bakal tampil dengan ciri lampu depan LED penuh, hendal pintu rata trendy dan rim 21-inci penuh bergaya. Ruang kabin Velar dihidangkan sistem infotainment Touch Pro Duo dengan skrin sentuh 10-inci definisi tinggi (HD) bersama antaramuka futuristik, elegan dan intuitif.

Bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, kenderaan utilitik sukan (SUV) saiz pertengahan premium itu dilengkapkan paparan dongak (HUD), kluster instrumen virtual TFT, kamera keliling 360°, bukaan pintu but menggunakan isyarat fizikal, dan Bantuan Suluh Tinggi Pintar (HBA-i). Kekuatan casis dipertingkat menerusi penggunaan platform monokok intensif aluminium daripada Arkitektur Aluminium Ringan Jaguar Land Rover.

Selain berat badan ringan, material digunakan juga dipadankan sistem suspensi wishbone berganda di depan dan Integral Link di belakang. Demi ketenangan minda, Velar menawar segudang ciri keselamatan yang terdiri daripada 6 beg udara dan teknologi terkini sistem bantuan pemanduan seperti teknologi pandu arah satelit Pro Navigation System dan Pengehad Kelajuan Kawalan Jelajah (Cruise Control Speed Limited – CCSL).

Jaguar Land Rover Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Range Rover Range Rover Velar Roda4 SUV SUV kompak premium
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.