Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#SMS2020: Subaru Forester GT Edition dengan Kit Aero Sporty Sentuhan Pereka Legenda
Roda4

#SMS2020: Subaru Forester GT Edition dengan Kit Aero Sporty Sentuhan Pereka Legenda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBARU melancarkan Forester GT Edition di Pameran Motor Singapura (SMS) 2020, yang juga model GT Edition kedua selepas XV GT Edition di negara Asean itu, dan dibangunkan dengan kolaborasi bersama syarikat kejuruteraan, Giken Co Ltd dan Masahiko ‘Jack’ Kobayashi. Siapa Kobayashi?

Kobayashi ialah mantan Ketua Pereka (Ketua Studio Rekabentuk Termaju Global) di Subaru Corporation, dan bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luaran lebih 12 model pengeluaran Subaru, termasuk WRX STI.

BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Forester GT Edition didatangkan dengan kit aero istimewa dengan penampilan lasak dan diperhalusi, terdiri daripada:

  • Tambahan lip bampar depan
  • Skirt sisi
  • Spoiler bumbung
  • Tambahan lip bampar belakang

Semua penampilan itu dilengkapkan dengan set rim aloi 18 inci rekaan khas. Kerusi menerima kemasan kulit diilhamkan daripada kabin grand tourer prestasi tinggi buatan Jerman dan Britain. Juga ada pakej Sistem Audio Paparan (DAS) 8 inci baharu dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto serta Monitor Pandangan Keliling (AVM) 360°.

Forester GT Edition dilengkapi dengan empat ciri utama teknologi Subaru iaitu:

  • Symmetrical All-Wheel Drive (pacuan semua roda simetri)
  • enjin Boxer
  • Platform Global Subaru
  • Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight

Dengan gabungan pengetahuan Motor Image dalam memahami kehendak pasaran, kepakaran Kobayashi dan pengalaman Giken, Forester GT Edition djangka mampu menjadi pengubah situasi Subaru di Asia.

BACA >>> Subaru XV GT Edition Lancar di Malaysia, Harga RM130,788

Kobayashi bersama Subaru XV GT Edition pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, tahun lalu.

Kobayashi asalnya dilatih sebagai pereka fesyen di Tokyo sebelum menamatkan pengajian dalam ijazah Rekabentuk Pengangkutan. Sepanjang 25 tahun bersama Subaru, beliau terkenal sebagai ‘hit maker’ selepas menghasilkan banyak model sukses seperti Outback (juga wagon utiliti sukan pertama dunia), beberapa generasi Legacy dan Impreza, WRX terkini dan sedan sport WRX STI, sport tourer Levorg dan generasi pertama Subaru XV. Beliau kini menjadi pereka bebas.

Giken pula ialah syarikat kejuruteraan yang diasaskan pada 1964 dan memiliki banyak paten di Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Syarikat ini cukup terkenal sebagai peneraju industri dalam rekabentuk, dan pembuatan teknologi dan sistem pengedanlian material.

Gike juga ialah pembekal global untuk alat ganti aero dan komponen kereta penumpang untuk Subaru dan pengeluar Jepun utama lain.

BACA >>> Lexus LC Limited Edition – Sedan GT Mewah Edisi Khas Tunjuk Muka Sebelum ke Paris

GALERI
Auto Terkini Giken Co Ltd Masahiko 'Jack' Kobayashi Masahiko Kobayashi Pameran Auto Pameran Motor Singapuran (SMS) 2019 Pameran Motor Singapuran (SMS) 2020 Roda4 Singapore Motorshow 2020 SMS 2020 Subaru Subaru Forester Subaru Forester GT Edition Subaru Forester GT Edition (2020) SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.