Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SmartTAG Lagi Laju daripada RFID!
Auto Terkini

SmartTAG Lagi Laju daripada RFID!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/12/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BENARKAH sistem pembayaran Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) terbukti sebagai medium pembayaran yang jauh lebih baik di plaza tol untuk akses lebuh raya?

Persoalan ini timbul berikutan dakwaan menyatakan kaedah pembayaran RFID lebih baik berbanding penggunaan kad Touch ‘n Go (TnG) atau SmartTAG.


Penyedia teknologi Austria untuk sistem kutipan tol inframerah (IR), EFKON Asia Sdn Bhd (Efkon Asia) tampil memberi penjelasan mengenai isu ‘panas’ kaedah bayaran tersebut.

Firma itu mendakwa sistem berasaskan teknologi IR sudah terbukti dan mampu membantu mempercepatkan pelaksanaan Sistem Aliran Bebas Trafik  Pelbagai Lorong (MLFF) dan membantu mengurangkan kesesakan di plaza tol.


Pengarah EFKON Asia, Helmuth Blasch dalam kenyataan media menyatakan, sistem IR yang  menggunakan kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG memiliki sekitar 5 juta pengguna dengan jumlah penggunaan semakin bertambah.

Menurutnya;

Dengan usaha naik taraf produk secara berterusan yang menambah baik reliabiliti sistem dan pengalaman pengguna, sistem itu menjadi titik persediaan ideal dan jauh lebih maju untuk mencapai objektif lebuh raya bebas kesesakan seperti dalam Pelan Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS)  berbanding sistem bayaran RFID yang masih baharu.”

Blasch berkata, kira-kira 75 peratus daripada 270,000 unit kereta penumpang dan kenderaan komersial baharu di Semenanjung  Malaysia (setakat September 2021) dipasangkan pembaca tol terbina dalaman, atau peranti mudah alih mesra Smart Tag sudah diserahkan kepada pelanggan.

Ini petunjuk jelas sistem IR terus menikmati keyakinan pengeluar, penjual dan pemilik kenderaan dan sudah membuktikan nilai sebagai sistem kutipan tol  tanpa tunai yang cekap, mudah dan kos efektif.”

Berdasarkan respons awam terhadap pengumuman Kementerian Kerja Raya (KKM), kebanyakan pengguna lebuh raya lebih menggemari sistem IR kerana:

  • Kemudahan unggul
  • Reliabiliti yang jelas terbukti
  • Pengalaman pengguna lebih baik

Tahukah anda, sistem IR sudah digunakan di Malaysia sejak 2005?

Blasch juga yakin pihak berkuasa dan syarikat konsesi lebuh raya seharusnya melihat kepada usaha penambahan dan bukan mengurangkan lorong SmartTAG jika mensasarkan objektif mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Beliau berkata;

Di Jerman, Sistem Tol Trak Seluruh Negara yang dipasangkan di semua lebuh raya MLFF sudah terbukti sangat berkesan dengan menampung keperluan lebih dua juta trak yang bergerak hingga kelajuan 100kmj.

“Ia menggunakan teknologi  IR seperti Malaysia untuk mengesahkan pembayaran. Kami juga sudah  berjaya mengulangi ujian itu di Malaysia.

“Unit SmartTAG kami bersesuaian dan mematuhi piawaian  DSRC (Dedicated Short-Range Communication) dan diperakui ECE R10.

“Ia  beroperasi dalam gelombang 400THz dan dapat memindahkan data 10,000 kali lebih pantas berbanding RFID. Disebabkan menggunakan kuasa bateri, setiap unit aktif dengan masa bangun hanya dua milisaat berbanding RFID pasif 45 milisaat.”

BACA >>> PLUS Jelas Kekeliruan, Mana Ada 15 Januari 2022 Tak Ada Lagi TnG, SmartTAG!
BACA >>> TnG, SmartTag Mungkin Dihentikan Penghujung 2023

EFKON Asia sudah bekerjasama dengan pengeluar peranti tempatan serasi SmartTAG untuk terus memperkenalkan peningkatan dan menambah baik pengalaman pengguna.

Blasch berkata lagi;

Untuk pengguna, pembaca tol terbina dalam serasi SmartTAG dikuasakan secara langsung menggunakan bateri kereta. Unit mudah alih seperti MaxTAG didatangkan dengan bateri 1000mAh boleh dicas semula dan tahan lama serta ada port USB untuk pengecasan mudah dalam kereta.

“Untuk syarikat konsesi lebuh raya, kami kini menawarkan antena sisi lorong baharu pada kos subsidi untuk menaik taraf prestasi lorong SmartTAG bagi memastikan aliran trafik lebih lancar.

“Pada suku pertama 2022, kami akan bergerak ke arah pendigitalan dengan membolehkan konektiviti Bluetooth antara peranti dan telefon pintar serta sistem media kereta.

“Sambungan dengan e-wallet untuk memudahkan tambah nilai juga boleh dilakukan.”

BACA >>> RFID Bermula, Touch n Go, SmartTAG Henti Berperingkat Menjelang 15 Januari 2022
BACA >>> Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
BACA >>> Mana Boleh 'Free', Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol – Netizen

EFKON Asia Helmuth Blasch Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Kementerian Kerja Raya Sistem Aliran Bebas Trafik  Pelbagai Lorong (MLFF) SmartTag Touch 'n Go (TNG)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026

    1 Comment

    1. zarilan on 31/12/2021 14:40

      Memangla, bukan nak kata, tapi kalau kroni dah laburkan duit juta-juta dalam Rfid, tak orang nak beli. Mesti rugi juta-juta. Nak tak nak, paksa rakyat marhain supaya papa kedana. Ada 5 biji kereta. 5 Rfid nilah kena beli. Merepek. Zalim, kejam.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.