Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mana Boleh ‘Free’, Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol – Netizen
Auto Terkini

Mana Boleh ‘Free’, Mangsa Banjir Pun Kena Bayar Tol – Netizen

FarahBy Farah28/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMANGAT rakyat Malaysia turun pandang untuk bersama membantu mangsa banjir sama ada dari segi kewangan atau tenaga kudrat memang layak dipuji.

Namun, itu bukan alasan untuk kita dikecualikan daripada membayar tol. Terbaharu, kecoh isu satu kumpulan sukarelawan bertengkar dengan dua pekerja plaza tol kerana enggan membayar tol.

@andy8836 Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?#fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryou ♬ original sound – Andy 🔹

Video tersebut dimuat naik pemilik akaun TikTok @andy8836 dengan kapsyen;

Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar tol. Pendapat anda?”

Dalam video itu, pasukan sukarelawan tersebut dikatakan sedang dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta dikecualikan membayar tol.

Bagaimanapun, pekerja tol menjelaskan hanya agensi dan jabatan Kerajaan tertentu seperti Bomba saja yang dikecualikan membayar tol. Malah jabatan beruniform seperti jabatan penjara dan polis bantuan juga perlu membayar tol jika menggunakan lebuh raya.

Menyedari pertengkaran mereka dirakamkan, dua pekerja wanita itu masuk semula ke pondok sambil salah seorang menyatakan akan memanggil polis.

“Kita mari sini, tolong orang saja, allamak,” balas salah seorang sukarelawan.

Berdasarkan video itu, rakaman berkenaan semacam direkodkan pasukan sukarelawan itu sendiri. Entahlah apa yang mereka mahu buktikan kerana ‘sudah terang lagi bersuluh’ mereka di pihak salah. Jika sewenang-wenang tol percuma diberikan atas dasar bantuan sukarelawan, tindakan itu sebenarnya membuka ruang kepada penyelewengan.

Reaksi netizen pula seakan tidak percaya situasi berkenaan berlaku di Malaysia kerana pengguna jalan raya sepatutnya sudah biasa dengan akses lebuh raya bertol, terutama warga Lembah Klang.

Niat hendak membantu mangsa banjir sudah cukup murni, tetapi kalau bergaduh dengan pekerja tol pasal tidak mahu bayar tol, nampak macam tidak manis. Bak kata netizen, ‘mangsa banjir pun bayar tol’. Hehehe.. ye tak ye jugakan?

BACA >>> Tolak Hadiah Trak Pikap, Abang Viva Bimbang Tak Mampu Jaga ‘Maintenance’
BACA >> Myvi Terjunam Masuk Sungai, Anak 4 Tahun Maut, Seorang Lagi Koma

mangsa banjir sukarelawan tak nak bayar tol TikTok tol video viral tiktok
Farah

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.