Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘Smart Tag Cap Ayam’: Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila
Auto Terkini

‘Smart Tag Cap Ayam’: Touch n Go Beri 2 Penyelesaian, Produk Baharu Akan Keluar Tetapi Entah Bila

Han OthmanBy Han Othman11/12/20165 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

respon-touchngo
MASIH ingat lagi isu ‘Smart Tag Cap Ayam’ yang pernah viral pada 19 Mei lalu mengenai peranti Smart Tag yang mudah rosak dan tiada kualiti walaupun berharga ratusan ringgit? Buat pengetahuan pembaca, kami sebenarnya sudah dihubungi oleh seorang pihak atasan Touch n Go sehari selepas itu (20 Mei) menerusi e-mel yang mahu menghubungi penulis status Facebook berkenaan. Anda boleh lihat dan baca gambar keratan e-mel di bawah.

smart-tag-cikai-respon-i
Mari imbas semula status viral ‘Smart Tag Cap Ayam’. Anda boleh baca semula tulisan tersebut di SINI. Di bawah ini pula ialah gambar screenshot status berkenaan.

 

Jadi, kami telah menghantar semula e-mel dan menghubungi pihak Touch n Go lalu meminta ditetapkan masa dan tarikh pertemuan. Berikut ialah dua penyelesaian diberikan Touch n Go berhubung isu ‘Smart Tag Cap Ayam’:

1. TUKAR 1 DENGAN 1

Bagi peranti Smart Tag rosak dalam tempoh waranti, pihak Touch n Go memberi jaminan akan menggantikan peranti itu dengan peranti baru secara satu dengan satu. Proses penukaran boleh dibuat di ibu pejabat Touch n Go di Bangsar South.

2. TIDAK PERLU SAMPUL KOSONG

Bagi pengguna Smart Tag di luar Lembah Klang, anda masih perlu mengirim peranti anda berserta kad atau resit waranti. Namun, kiriman kali ini tidak lagi memerlukan anda memasukkan sampul surat kosong seperti disyaratkan sebelum ini, manakala proses penukaran mengambil masa lebih kurang seminggu.

smart-tag-cikai-respon-vi
Diingatkan, dua penyelesaian di atas cuma dikhaskan kepada pengguna Smart Tag di bawah tempoh jaminan. Namun, bagi pemilik Smart Tag di luar tempoh waranti, anda tiada cara lain melainkan bayar kos baik pulih, RM53 dan tunggu sehingga barang elok (siap dalam 4 minggu atau entah bila), atau beli saja baru, atau redha saja kerana sekurang-kurangnya Malaysia masih aman.

VERSI UPGRED, RUPA LAMA

smart-tag-cikai-respon-vii
Apabila ditanya kenapa Touch n Go tidak mengeluarkan notis panggil balik (recall) untuk menggantikan peranti Smart Tag rosak, jawapan diberikan ialah ketiadaan nombor siri khas menyukarkan proses recall dibuat kerana tidak dapat mengenal pasti kumpulan produk yang rosak.

Namun, Touch n Go mendakwa sudah menjual produk versi upgred bermula penghujung tahun lalu (2015), tetapi masih mengekalkan rekabentuk sama. Jadi, sukar mengenal pasti sama ada peranti yang anda beli itu ialah versi upgred atau tidak. Sebabnya, sama seperti di atas, iaitu tiada nombor siri khas.

PRODUK BAHARU MASA TERDEKAT?

Touch n Go juga memaklumkan akan mengeluarkan peranti Smart Tag baharu dalam masa terdekat untuk menggantikan produk sedia ada. Tetapi mereka tidak pula memberitahu tarikh sebenar bila produk itu dikeluarkan. Mungkinkah yang dimaksud masa terdekat itu ialah tahun 2020 atau 2050? Entahlah.

Isunya, mana-mana pengguna pun sedia maklum bahawa apa saja produk tidak kalis kerosakan. Tetapi pengguna juga tahu tentang kualiti. Apakah peranti Smart Tag yang berharga ratusan ringgit itu menepati kualiti diberikan? Sebab itulah kami berikan contoh jam Casio yang juga berharga sama, tapi cukup lasak. Peranti Smart Tag pula dijual dengan kualiti ‘sayur’ yang lembik dan murah.

Walhal jam tangan dipakai sepanjang hari dan terdedah kepada cuaca dan kegunaan ekstrem. Sebaliknya, Smart Tag cuma digunakan untuk melihat baki kredit dan akses tol. Anda menjual produk tanpa maruah dan tiada harga diri!

Ya, nampaknya, kita kena terima sajalah kerana tiada pilihan dan teruskan berdoa. Semoga Allah membalas kerja ‘ikhlas’ mereka.

BACA >>> #SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

Smart Tag Smart Tag cap ayam Smart Tag cikai Smart Tag rosak Touch N Go
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026

5 Comments

  1. Abe on 22/05/2017 15:16

    Sembang je produk baru la barua la…akhirnya produk sama je dijual…geng2 tu mana reti kualiti…reti nak kaya cepat.je..

    Reply
  2. Mohd shafie on 23/05/2017 07:31

    Seperti tidak ikhlas apabila produk dicipta untuk cepat rosak supaya pengguna beli yang baru untuk menjana keuntungan berlipatganda.

    Reply
  3. Nura Medina on 19/11/2017 23:15

    macam macam hal daaa

    Reply
  4. Khai on 28/02/2018 23:08

    Rasa nya smart tag yg old version dlu lagi tahan & elok…
    Yg gatai g buat yg model baru cm tah apa2 ni apehal laaaa….

    Reply
    • Jamalludin on 01/06/2019 08:11

      Setuju! Yg versi lama yg tebal tu tahan lasak, sampai skrg ok lagi…baki pun boleh dibaca…yg skrg, rupa aje cantik, tapi kualitinya hampaih!

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.