Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»SM Sport 110R Buatan Malaysia – Harga RM3,788 Seunit
Roda2

SM Sport 110R Buatan Malaysia – Harga RM3,788 Seunit

Abang GYLBy Abang GYL23/07/201721 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SM Sport 110RMFORCE Bike Holdings hari ini memperkenalkan jenama baharu dalam rangkaian perniagaannya menerusi pelancaran SM Sport 110R.

Dalam erti lain, SM Sport ialah jenama baharu buatan Malaysia yang dihasilkan sendiri oleh Mforce Bike Holdings. Penghasilan model kapcai ini turut menerima kerjasama dengan Benelli, Zongshen dan lain-lain. Paling menarik, ia dijual pada harga mampu milik.

HARGA

  • SM Sport 110R – RM3,788

* Harga tidak termasuk GST, insurans dan cukai jalan.

JAMINAN

  • 2 tahun atau 20,000km

SERVIS INTERVAL

  • 2,500km
Harga SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R

ENJIN 110CC

SM Sport 110R dipadankan dengan enjin bersesaran 109cc SOHC dan mengikuti piawaian EURO 3. Hasil bantuan kotak gear 4-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 6.4hp pada 7,500rpm bersama tork 7Nm (5,000rpm).

Menurut Mforce, model kapcai ini mampu memecut sehingga 115kmj. Manakala penggunaan bahan api membolehkan SM Sport 110R bergerak sehingga 180km dengan isian tangki penuh (4L).

Selain kapcai, jenama SM Sport turut merancang memperkenalkan model skuter dan moped dalam tempoh dua tahun. Model SM Sport Moped dijangka membuat kemunculan tahun depan.

BACA >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 – Harga RM3,890

SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R

APA YANG MENARIK

Berikut ialah beberapa ciri menarik yang ditawarkan pada SM Sport 110R;

  • Lampu utama nyalaan siang LED
  • Signal hadapan dan belakang LED
  • Sistem suspensi belakang KAYABA (KYB)
  • Ruang simpan barang luas (10L)
  • Suis anti-kecurian
  • Rim aloi 17-inci bersama tayar tanpa tiub
  • Port USB 5V
  • Brek cakera hadapan
  • Fuel Saving Switch (mampu menjimatkan minyak sehingga 10 peratus)

BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R – Harga Bermula RM6,988

BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i

brosur SM Sport 110R
brosur SM Sport 110R

3 WARNA MENARIK

  • Kuning Bumblebee
  • Biru Ocean
  • Merah Ruby

Tambah Mforce lagi, SM Sport 110R akan berada di kesemua pengedar SYM dan Benelli mulai esok. Macam mana, menarik?

GALERI

Harga SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
brosur SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
brosur SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
Harga SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
SM Sport 110R
Harga SM Sport 110R kapcai SM Sport MForce Bike Holdings moped SM Sport SM Sport 110R Sm Sport 110R Malaysia SM Sport Moped
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Hanway BOB250 bakal lancar hujung Februari 2026
Roda2

Hanway BOB250 Bakal Lancar Februari 2026, Harga Anggaran Bawah RM19,000

31/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

30/01/2026
Roda2

Honda Monkey 125 2026 Eropah Dengan Pilihan Warna Baharu

28/01/2026
Auto Terkini

Triumph Speed Twin 1200 Cafe Racer Edition, 800 Untuk Dunia, Masuk ke Malaysia?

27/01/2026

21 Comments

  1. mohamad arbiin b bahari on 24/07/2017 15:14

    ada despoti ke berapa harga motor modenas mr2 colour kuning

    Reply
  2. Wai mun on 26/09/2017 00:01

    Sangat terus I baru beli 1 hari baru pansy 3 km Sudah ada masalah ! Repair 2 Kali pun ada lagi ini masalah

    Reply
  3. Yaakub on 06/12/2017 13:19

    Saya rasa motor ni ada problem enjin. Saya baru pakai sebulan…dah kasar bunyi enjinnya.

    Reply
  4. Shafiqs on 03/04/2018 11:44

    Moto ni baru beli sbln dh mcm2 masah dh dua kali sy hntar kat kedai dia sbb kerja sentap2 ja.. Dia punya enjin pon bunyi2 dia punya exzos xsesuai kerana lubang angin terlalu sempit.. So pikir2 sapa yg nk beli moto mcm ni.. Baik moto kriss lagi alok sy rasa dari moto ni.. Maaf.. Dari sy..

    Reply
    • Ingin tahu on 27/12/2018 00:07

      Betul ka MTO sm110 ni xda spare part n byk msalh???tgk design mcm menarik??kalau nk bndingkn dgn Kris’s mr2 MNA lg baik??tlg BG pndgn PD Siapa yg dh beli sm110 ni..

      Reply
  5. kecewa on 09/12/2018 12:26

    bukan nak mengata tetapi moto ni xde spare part ke? dahla servis spare part sume jaoh aku kt sini bila tnye tauke ni moto baru mana ada spare! pui nyesal beli!

    Reply
  6. SRIDHAR letchumanan on 07/01/2019 15:12

    baru 3 bulan motor ini byk masalah 2 kali tukar bahagian engine clutch and auto gear masih tak boleh bawa motor …berhenti tepi jln

    Reply
    • Zayed on 09/07/2019 11:18

      Sama problem saya pe alma bro jumpa dengan along dia juga kasi settle prob saya. Clutch dah ok

      Reply
  7. Wan Motor on 13/03/2019 07:52

    wau, byk masalah ker, tokey kedai ckp spare part murah lah, servis free setahun, warranty 2 tahun. ada sapa2 yg beli takder masalah ker?

    Reply
  8. Pian on 12/09/2019 12:30

    Salam .. Setakat ni.. Sm sport 110r ni Aku pakai dh setahun.. Xde pulak masalah yg aku alami ngan moto ni.. Ok je.. Sehari aku jalan dalam 100km je la tapi.. 6 hari seminggu.. Max kelajuan hanya 100km/j.. Beban muatan 176minimum (aku ni obes, haha)..

    Reply
  9. Pian on 12/09/2019 12:32

    Salam .. Setakat ni.. Sm sport 110r ni Aku pakai dh setahun.. Xde pulak masalah yg aku alami ngan moto ni.. Ok je.. Sehari aku jalan dalam 100km je la tapi.. 6 hari seminggu.. Max kelajuan hanya 100km/j.. Beban muatan 176 kg minimum (aku ni obes, haha)..

    Reply
  10. rehan kadir on 19/09/2019 10:55

    motor SM sport 110r baru pakai x smpi seminggu mcm2 mslh, beli baru nak bagi senang tp tmbh masalah lg ada la, motor x boleh start enjin jd semput2, minyak petrol keluar dr kaburetor. bawa kedai servis buka kaburetor ada serpih besi katanya punca motor problem…dh servis jadi lagi x boleh start…jadi semput2…beli 10/09/2019 dh 2kali repair….

    Reply
  11. Aji on 24/09/2019 17:52

    Beli juga moto ni bln lepas.. br pakai 2 mngu cdi problem.. tuka kt kdai yg beli.. so far ok.. enjin ada bunyi kasar, xtau la enjin ke gearbox. Yg pasti kalau gear 4 speed 20 – 30 km/j pulas abis akan ada rs gegar kt tapak pijak kaki.. kene atas 50km/j br ok.. pulas skit2 xpe.. kalau moto dulu2 gear 4 20km/j pulass abis xde bunyi enjin kasar. Bunyi ekzos mengerang jer..

    Tp moto ni body not bad design dia..

    Reply
  12. Amirul on 12/12/2019 10:30

    Moto ni spoket mmg ssh nk cri…nk yg saiz 30 cmne ni

    Reply
  13. Wan on 25/12/2019 23:07

    Mmg mslh lau nk tukar barang rosak sbb xdak yg loker…semua kna original..aku punya coil magnet api da rosak..kna oder xsmpai2 ag..jgn la pakai sm..sparepat susah

    Reply
  14. Wan on 25/12/2019 23:10

    Mmg mslh lau nk tukar barang rosak sbb xdak yg loker…semua kna original..aku punya coil magnet api da rosak..kna oder xsmpai2 ag..jgn la pakai sm..sparepat susah

    Reply
  15. zahari on 20/02/2020 07:30

    di ipoh…mana kedai boleh saya lawati …nak lihat model ini

    Reply
  16. karina on 22/02/2020 19:53

    jangan la beli wehh.. menyesal aku.. baru pki 2 mggu tetiba minyak hbis je..tengok2 tiub minyak tu bocor.. hantu betul.. 3x wehh.. sadiss

    Reply
  17. Harith on 05/07/2020 05:05

    Aku baru beli moto ni 2minggu lepas,hari kedua aku pakai moto ni timing gile kejap tinggi kejap takde lansung aku panas hati aku terus ajar kasar lah moto ni..tadi tukar sprocket dengan minyak hitam baru rase sedap moto ni tapi harge sprocket moto ni size 34 yang belakang sahaja rm40.enjin bunyi kasar dah sikit nanti try tukar cluth ex5,cam wave dash,cdi shogun brand TAD,gearbox wave125 & adjust valve longgar sikit tengok enjin tahan tak

    Reply
  18. zaira on 04/09/2020 21:44

    I pakai ok je,cuma mula2 keluar mtr timing tinggi,nak masuk gear ketat,sy rasa masalah timing,tp sepanjang perjalanan ok je xda masalah..spare part byk je kat shopee.beli kat shopee je..design mcm kembar y suki hahahha..mtr ni utk pg kje berbaloi la,jimat minyak.

    Reply
  19. mohd ridzuan on 11/09/2020 21:34

    dari dulu sampai sekarang nie saya mmpercayai modenas.. Padu…

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.