Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R – Harga Bermula RM6,988
Roda2

Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R – Harga Bermula RM6,988

Abang GYLBy Abang GYL04/09/201733 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

benelli rsf 150iMODEL yang dinanti-nantikan kini tiba apabila MForce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan Benelli RFS 150i, moped pertama keluaran jenama dari Itali itu.

Lebih menarik, Malaysia ialah negara pertama di dunia yang memperkenalkan Benelli RFS 150i.

Hadir dalam dua varian iaitu standard dan edisi khas (SE), Benelli RFS 150i dijual pada harga bermula RM6,988 hingga RM7,338.

Sebagai makluman, perbezaan antara versi standard dan SE adalah kehadiran aksesori dan bodykit tambahan.

benelli rsf 150iHARGA

  • Benelli RFS 150i Standard – RM6,988
  • Benelli RFS 150i SE – RM7,338

* Harga tidak termasuk GST dan insurans.

PESAING

  • Yamaha Y15ZR – 15hp, 13.8Nm, 5-kelajuan, 115kg, RM7,999
  • Honda RS150R – 15.4hp, 13.5Nm, 6-kelajuan, 123kg, RM8,213
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i

4 PILIHAN WARNA

  • Kuning
  • Merah
  • Biru
  • Kelabu (SE sahaja)

benelli rsf 150iENJIN 150CC

Model moped Benelli itu dipadankan dengan enjin 4-lejang bersesaran 149.8cc SOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 15.5hp pada 8,500rpm dan tork puncak 13Nm (7,000rpm). Manakala kelajuan maksimum adalah sekitar 140 hingga 150kmj.

Biarpun hanya dikenali sebagai model moped, ia  turut mematuhi tahap piawaian “EURO STANDARD” selain dilengkapi ciri-ciri utama seperti suntikan bahan api dan sistem penyejukan air.

Ruangan roda pula didatangkan dengan rim aloi bersaiz 17-inci. Tayar hadapan dipadankan dengan tayar bersaiz 70/90 manakala 110/70 pada bahagian belakang.

BACA >>>Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

MAMPUKAH CABAR Y15ZR ATAU RS150R

Yang pasti, kehadiran Benelli RFS 150i ini bakal memberi saingan hebat kepada Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang kini banyak mengusai segmen moped di Malaysia.

Jika diberikan pilihan, mana satu model moped yang anda akan pilih? Mahu jenama Jepun atau Itali? Tepuk dada tanya selera!

GALERI

benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i
benelli rfs 150i benelli rsf150i Honda RS150R king moped Moped Yamaha Y15ZR
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    TPM Rasmi Route 77 Harley-Davidson KL Dengan Barisan Touring, Cruiser 2026

    25/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    23/04/2026
    Roda2

    Yamaha TMAX Tech Max Kini Dalam Crystal Graphite – Maxi Scooter Premium Dari RM75,888

    23/04/2026
    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026
    Roda2

    KTM 1390 Super Duke RR Track 2026 Ini Dijual 100 Unit Sahaja, Harga Hampir RM180k!

    22/04/2026

    33 Comments

    1. Imran on 02/04/2017 16:25

      Rsr ke rfs

      Reply
      • Imran on 02/04/2017 16:26

        Rsf*

        Reply
      • ABG GYL on 02/04/2017 16:29

        Benelli RFS 150i, maaf kami telah perbetulkan.

        Reply
        • Ari on 12/04/2017 00:39

          Salam abg gyl Motor baru nie , clutch je ye , yg tkde clutch ada?

          Reply
          • ABG GYL on 12/04/2017 01:23

            Tak ada. Semua hanya lkac sahaja

            Reply
        • Amir on 17/04/2018 08:36

          Kat shah alam mne eh nak dpat moto ni?

          Reply
    2. faizal on 02/04/2017 17:05

      memang nak upgrade motor cub..kt mana boleh dpt model ni..nak tukar moto ni

      Reply
    3. Rin on 02/04/2017 17:26

      Saiz tyr blakang sama la tu saiz dgn y15 120

      Reply
    4. yon on 03/04/2017 02:28

      benelli rfs 150i italy moped mesti laju ni…dh lama wait untuk try other moped selain japanase..

      Reply
    5. Syarizan on 03/04/2017 04:40

      Must have 1..

      Reply
    6. zombiezomba on 03/04/2017 08:19

      kat kuamtan kedai mana blh dpt moto niii….sy nk upgrade moto…cantikkkk laaa lg pun murah…

      Reply
      • Mat esang on 24/04/2017 21:07

        YS motor kt simpang galing kem dekat dgn semambu ada jual

        Reply
    7. Khas on 03/04/2017 09:09

      Import dari Itali..spare part payah ni dan mahal

      Reply
      • Anonymous on 03/04/2017 15:26

        Jenama Italy.. Bukan buatan Italy.. Kalau buatan Italy x dapat harga tu

        Reply
        • ABG GYL on 03/04/2017 19:32

          Jenama dari Itali, tapi sekarang pemilik Benelli adalah China. Moped ini dipasang CKD di Pulau Pinang

          Reply
    8. Yon on 08/04/2017 21:02

      Trio spark plug pkai 3 plug mesti pick up melambong lambing….trade in plak y15zr..

      Reply
      • Zizan on 21/03/2018 01:42

        Kalau antara yzr150,RsHonda and rfs150….yg mna pikup lgi cpt and lju ..blh leps lc 135

        Reply
    9. zaid on 08/04/2017 22:28

      Harap Modenas 150 menjadi kenyataan..Harap2 single arm

      Reply
    10. momot on 09/04/2017 10:56

      ada yg bagi tahu motor nie dh keluar 3 tahun lepas betul ke?

      Reply
    11. Amir on 10/04/2017 00:23

      Boleh sesiapa beri pendapat sama ada yamaha y15zr, honda rs150 atau benelli rfs150 yg mana terbaik dari segi maintenance dan spare part? Kalau harga memang benelli. Dan setahu saya accesories ataupun spare part benelli ni payah sikit nk cari.

      Reply
    12. J.amirthan on 10/04/2017 10:02

      Pm benelli pls

      Reply
    13. Razif.edi on 24/05/2017 19:29

      Cantek dan menarik..motor idaman

      Reply
    14. khai on 30/05/2017 07:29

      Sy nk cari mtr yg lasak & sesuai utk travel jln jauh. Hari2 160km-180km. cadangkan pada sy motor apa yg sesuai. Harga bawah 10k..x kesah brand apa,yg penting lasak & yakin ia jentera yg sesuai d gunakan utk long distance hari2. Senaraikan juga pilihan utk kategori 110cc-125cc serta 150cc-200cc.

      Reply
      • Tansri on 21/08/2017 22:55

        Ni instruction ke mintak tolong..lawak2

        Reply
    15. Jiemylian on 15/06/2017 14:14

      Huwah

      Reply
    16. edniza on 14/07/2017 08:48

      Boleh ubah. Selera, asyik guna moped jepun jer.. Janji alat ganti senang diperolehi dgn harga berpatutan..

      Reply
    17. Mohamed Hata Muda on 25/09/2017 20:25

      Sy nk booking mcm mana.? Tengok model mengagumkan.

      Reply
    18. jack on 14/10/2017 23:00

      2 tu motor “panas”….
      yg ni mybe sejuk ckit.hehehe…

      Reply
    19. Nizar on 04/11/2017 10:05

      Anak buah baru beli,
      Memang cantik,hari2 pakai kerje,dia memang kaki moto hujung minggu pakai yamaha R1

      Reply
    20. Fauzan on 11/01/2018 00:21

      Enjin dia injection ke???

      Reply
    21. Glory on 20/02/2018 07:03

      Kalau nk pm , ke Sandakan Sabah boleh tk ? sbb kat sandakan blm ada lgi.

      Reply
    22. Zamri on 20/08/2019 15:59

      Sila jawab….spare part senang atau susah untuk dptkan dan mmcmana pula harganya…?

      Reply
    23. Sundaresan on 18/11/2019 20:53

      Bro su gunakan rfs150I bike.. Bola dah panas mula semput.. Kenape? Boleh bantu tak?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.