Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Sport Italjet Dragster 200 Tak Laku di Jerman
Auto Terkini

Skuter Sport Italjet Dragster 200 Tak Laku di Jerman

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ITALJET Dragster pernah menjadi topik perbualan hangat peminat dua roda sejak pengeluar Itali itu mengesahkan menghasilkan semula skuter tersebut bermula Mei 2020.

Malah, 499 unit Dragster Edisi Pertama menjadi rebutan pelanggan di lebih 20 negara.

Dua varian skuter, versi 125cc dan 200cc pun turut menjengah pasaran Malaysia sejak Oktober lalu. Ramai tahu industri motosikal Malaysia didominasi produk kapcai, berbeza Indonesia yang lebih menumpukan skuter.

Bagaimana pula Jerman? Menurut laporan, negara Eropah itu menyaksikan kenaikan pendaftaran motosikal 33.6 peratus pada Januari 2023 jika dibandingkan tempoh sama tahun terdahulu. Berikut statistik pendaftaran skuter yang dibahagi kepada dua kategori:

1. SKUTER KELAS BAWAH 125cc

Sebanyak 820 unit skuter didaftarkan di Jerman pada Januari 2023, meningkat kira-kira 26 peratus berbanding Januari 2022 (651 unit). Jerman mencatat pendaftaran cuma 175 unit skuter pada Januari 2021.

Vespa GTS 125 Super menjadi model skuter paling banyak didaftarkan awal tahun ini, iaitu 195 unit, dan disusuli Honda Forza 125 dan Vespa Primavera masing-masing 99 unit.

2. SKUTER KELAS ATAS 125cc

Sebanyak 628 skuter 125cc ke atas didaftarkan di Jerman pada Januari 2023 (naik 42.08 peratus). Jika dibandingkan statistik dua tahun lalu, hanya 442 unit direkodkan pada Januari 2022 dan 174 unit (Januari 2021).

Vespa GTS 300 Super mendahului senarai pendaftaran dengan 239 unit diikuti skuter elektrik BMW CE 04 (42 unit) dan skuter tiga roda Piaggio MP3 500 LT.

Italjet Dragster 200 pula hanya mampu memasuki senarai di tempat ke-19 dengan jualan 7 unit sahaja!

SENARAI PENDAFTARAN 20 SKUTER POPULAR 125CC

  • Vespa GTS 125 Super: 195 unit
  • Honda Forza 125: 99 unit
  • Vespa Primavera: 99 unit
  • Piaggio Medley 125: 59 unit
  • Honda SH125: 56 unit
  • Piaggio Liberty 125: 45 unit
  • Aprilia SR GT 125: 26 unit
  • Yamaha N Max 125: 24 unit
  • Peugeot tweet 125: 16 unit
  • Kymco Agility City+ 125: 13 unit
  • Peugeot Pulse 125: 13 unit
  • Scutum Seat Mo: 13 unit
  • Scutum (pelbagai skuter elektrik): 13 unit
  • Honda PCX 125: 10 unit
  • Yamaha X Max 125: 10 unit
  • Kymco Like II 125: 9 unit
  • Vespa Sprint 125 9 unit
  • Peugeot Django 125: 8 unit
  • Sym Fiddle 125: 8 unit
  • Lambretta V125 Special: 8 unit

SENARAI PENDAFTARAN 20 SKUTER POPULAR ATAS 125CC

  • Vespa GTS 300 Super: 239 unit
  • BMW CE 04: 42 unit
  • Piaggio MP3 500LT: 41 unit
  • Honda Forza 350: 31 unit
  • Honda X-ADV: 29 unit
  • Honda SH150: 24 unit
  • Honda SH350: 23 unit
  • Piaggio MP3 300: 19 unit
  • Aprilia SR GT 200: 18 unit
  • Honda ADV350: 15 unit
  • Piaggio Beverly 400 HPE: 12 unit
  • BMW C 400 X: 10 unit
  • Yamaha T Max 560: 10 unit
  • Suzuki Burgman 400: 9 unit
  • BMW C 400 GT: 9 unit
  • Sym Joymax: 8 unit
  • Kymco XCiting 400i: 8 unit
  • Yamaha X Max 300: 8 unit
  • Italjet Dragster 200: 7 unit
  • Kymco DT X360: 7 unit

BACA >>> Dovizioso Jalin Kerjasama dengan Italjet, Bangunkan Skuter Dragster
BACA >>> Skuter Italjet Dragster Dilabel ‘New Urban Superbike’, Ini Penjelasan Wakil Itali
BACA >>> Skuter Italjet Dragster Harga ‘Kayangan’, Ini Penjelasan Untuk Anda…

SUMBER: Motorrad

autoterkini Italjet Dragster roda2 Statistik Jualan Motosikal Jerman
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Roda4

    Proton X90 2026 Facelift Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    By Syafie15/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.