Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Elektrik Stilride SUS1 Guna Teknik Lipatan Kertas Origami
Auto Terkini

Skuter Elektrik Stilride SUS1 Guna Teknik Lipatan Kertas Origami

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT pemula (start-up) motosikal dari Sweden, Stilride mempamerkan skuter SUS1 yang dikatakan meminjam teknik binaan daripada seni lipatan kertas Jepun, origami.

Skuter itu akan dipacu seunit motor elektrik dengan pek bateri litium-ion 6kWh berkuasa 14.8hp, manakala bateri boleh cas semula ketika membrek, menggunakan brek regeneratif.

BACA >>> Yamaha Bangunkan Skuter TMAX Hibrid?

Tiada data dikongsi mengenai tork atau berat skuter futuristik tersebut. Apa didedahkan ialah kelajuan maksimum 100kmj dan boleh ditunggang hingga jarak 120km dalam bandar. SUS1 juga menggunakan rim 13 inci yang dibalut tayar 130/70, dan dipasangkan fork terbalik (USD) boleh laras, serta ada mod tunggang.

BACA >>> Skuter Elektrik Ovaobike CT-X (2022) dengan Tork 279Nm!

Menurut Stilride, SUS bermaksud Skuter Utiliti Sukan (Sports Utility Scooter). Rekabentuk SUS1 lebih menumpukan aspek mapan yang menjadi sebab syarikat itu memilih teknik origami. Malah kaedah itu juga dikatakan menjimatkan kos buruh.

Stilride menggunakan bantuan teknologi robot Stilfold untuk membentuk keluli menjadi bentuk dimahukan. Teknologi dan teknik berasaskan origami membolehkan berat skuter dikurangkan 40 peratus, termasuk mengurangan kos pembuatan 20 peratus, komponen (hingga 70 peratus) dan kos buruh (25 peratus).

Malah teknik tersebut juga menghasilkan kekuatan casis yang jauh lebih baik berasaskan teknologi Stilfold, dan meningkatkan potensi kitar semula.

BACA >>> BSH Umum Senarai Harga Terkini Motosikal, Skuter Honda Bawah 150cc
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Kajian: Benarkah Wanita Lebih Teruk Parkir Kereta Berbanding Lelaki?

SUMBER: Stilride | VisorDown

roda2 skuter elektrik Skuter EV Skuter Sweeden StilFold StilRide SUS1
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Roda2

    #Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.