Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter Elektrik E01 Muncul di Karnival Yamaha GenBlu 2022
Auto Terkini

Skuter Elektrik E01 Muncul di Karnival Yamaha GenBlu 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

YAMAHA Jepun pernah menyatakan Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara yang akan menjadi medan ujian skuter elektrik E01 dan model itu membuat kemunculan di Karnival Yamaha Gen Blue 2022 di Teluk Batik, Perak.

Berdasarkan sumber, skuter elektrik itu tidak dijual kepada orang ramai tetapi akan berada di Malaysia selama tiga tahun untuk tujuan ujian dan pengumpulan maklumat.

BACA >>> Skuter Elektrik Yamaha E01 Lakukan Ujian Enduran di Malaysia, Tapi Bukan untuk Dijual?
BACA >>> Jepun Perkenal Yamaha E01 dengan Jarak Tunggang 104km, Pemilikan Menerusi Skim Pajakan

PERINCIAN

  • Didaftarkan sebagai produk kenderaan kompak kategori 125cc.
  • Dimensi panjang 1,930mm, lebar 740mm dan tinggi 1,230mm
  • Jarak roda: 1,380mm, tinggi pelana 755mm, jarak lega bumi 140mm
  • Radius pusingan mimumum 2.1m, berat termasuk bateri 158kg
  • Setiap caj membolehkan tunggangan sehingga 104km
Unit motor segerak AC
Bateri Litium Ion
  • Menggunakan unit motor elektrik segerak AC, menawarkan kuasa 8.1kW (10.8hp) @ 5,000rpm dan tork 30.2Nm @ 1,950rpm.
  • Unit motor dipasangkan di belakang bateri litium-ion pada badan skuter. Bateri digunakan jenis tidak boleh tanggal, berkapasiti 4.9 kWh.
  • Sistem pacuan roda belakang jenis tali sawat.
  • Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda.
  • Rim aloi 13 inci dengan tayar 110/70 (depan), 130/70 (belakang).

  • Frem jenis backbone dengan sistem suspensi membabitkan fork teleskopik, sistem absober.
  • Sistem pencahayaan jenis LED termasuk lampu signal membelok dan brek. Lampu utama jenis terpisah mirip R1.
  • Kelajuan maksimum 100kmj.
  • Postur tunggangan seperti NMAX yang sesuai untuk tunggangan ke sekolah atau tempat kerja.
  • Data ujian dikumpul melalui talian 3G/LTE.
  • Menggunakan sistem tanpa kekunci (keyless).
  • Ada ruang simpanan barang bersaiz kecil di kiri dan kanan tombol kunci keyless.
  • Ruang simpanan helmet bawah pelana, seluas 23 liter. Alat pengecas bateri mudah alih turut disediakan di bawah pelana.
  • Menggunakan sistem penyejukan udara dan magnet kekal dalam unit motor elektrik.

TIGA CARA PENGECASAN BATERI

Pengecasan Pantas
  • Masa diperlukan hampir sejam untuk mengecas 0-90 peratus.
  • Pengecasan akan henti pada kadar 90 peratus untuk melindungi pek bateri.
  • Penggunaan utama: Dipasangkan di premis pengedar dan syarikat.
Pengecasan Biasa
  • Masa diperlukan hampir 5 jam untuk mengecas 0-100 peratus.
  • Menggunakan sumber kuasa 200-240V.
  • Penggunaan utama: Dipasangkan di rumah, kediaman atau premis.
Pengecasan Mudah Alih
  • Masa diperlukan hampir 14 jam untuk mengecas 0-100 peratus.
  • Menggunakan sumber kuasa 100-240v.
  • Penggunaan utama: Bawa dan cas di rumah, pejabat atau premis.

BACA >>> Yamaha Hasilkan Skuter Elektrik E01 Sama Kuasa Enjin 125cc Tahun Ini?
BACA >>> Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular
BACA >>> Yamaha YZF-R7 (2023) Serba Putih Lancar di AS, Kini Lebih Mahal, Harga RM40.8k!

Hong Leon Yamaha Motor (HLYM) Karnival Yamaha Gen Blue 2022 roda2 skuter elektrik Yamaha Yamaha E01 Yamaha Gen Blue 2022
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.