Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia
Roda4

Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

Abang HirataBy Abang Hirata24/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SETIAP pengeluar ada model laku keras dan nostalgik, misalnya Toyota dengan Corolla, Honda dengan Civic, BMW dengan 3 Series atau Perodua dengan Myvi dan Proton dengan Saga. Semua nama itu biasa kita dengar, bagaimankaha pula dengan jenama yang asing di telinga rakyat tempatan seperti Škoda?

Sebenarnya, jenama itu tidaklah asing sangat kerana Škoda pernah dipasarkan di negara kita. Bagi jenama automotif berasal daripada Republik Czech itu, model ternama ialah Octavia.

Octavia juga model paling berjaya untuk Škoda di Britain dan sudah terjual berjuta-juta unit serata dunia. Tahun ini genap usianya 60 tahun dan masih lagi kekal dikeluarkan. Awalnya, Octavia direka sebagai model mampu milik dan berkualiti tinggi yang mampu dimiliki ramai pengguna. Kiranya sebagai kereta rakyat.

BACA >>> Lelaki Tangkap Anak Panah Bergerak dalam Skoda Octavia RS 245 yang Dipecut Laju

Octavia mendapat sambutan hangat seluruh dunia dan amat digemari warga Britain hingga 500,000 unit terjual sejak memasuki pasaran negara itu pada 1959. Kini selepas enam dekad berlalu, Octavia kekal sebagai model Škoda paling laris.

Berikut Garis Masa ŠKODA Octavia:

  • 1959-1971: Generasi Pertama – Model ke-8 selepas perang yang direka dan dikeluarkan di Mladá Boleslav (ibu pejabat Škoda). Octavia berasal daripada perkataan Latin, bermaksud ‘lapan’ atau ‘octo’. Pengeluaran bermula pada 1959 dan turut dieksport ke pasaran global termasuk Britain. Sebanyak 360,000 unit Octavia dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan.
  • 1996-2004: Generasi Baharu Octavia Mk1 – Model ini dikeluarkan selepas diambil alih Volkswagen Group pada 1991. Ini model penting yang menandakan kepulangan Škoda sebagai pengeluar kenderaan massa. Jenama ini mendapat sambutan hangat hinga model pemanduan kanan (RHD) untuk pasaran Britain hanya dapat dikeluarkan pada 2006. Pada tahun sama-2006-Octavia dipasarkan dengan varian vRS yang juga model pertama Škoda.
  • 2004 -2013: Octavia Mk2 – Hadir dengan rekabentuk lebih mengancam, kabin luas dan teknologi canggih, tetapi pada harga mampu milik. Menggunakan enjin suntikan terus, transmisi 6-kelajuan dan dua-klac  DSG.
  • Pada 2005, Octavia dikeluarkan di India, diduduli China, dua tahun kemudian. Kilang baharu turut dibina di Rusia pada 2009. Menjelang 2011, hampir 38 peratus jualan global Oktavia disumbangkan negara di luar Eropah.
  • 2013-Sekarang: Octavia Mk3 – Sehingga kini lebih 2.5 juta unit Octavia sudah dikeluarkan. Model facelift dikeluarkan pada 2017 dan mempunyai pelbagai varian seperti Scout 4×4, varian mewah, L&K dan varian prestasi vRS.
  • Walaupun sudah 60 tahun, Oktavia kekal dengan DNA asal, iaitu kualiti dan nilai untuk wang.

Kepada yang tertanya, selepas beberapa ketika tidak aktif, AutoPraha Sdn Bhd selaku pengedar ŠKODA untuk pasaran tempatan melancarkan Octavia RS Mk2 pada 2011 bersama Superb. Škoda Oktavia RS dijual pada harga RM188,888 manakala Superb berharga RM199,999. Hmm… bukan lagi harga mampu milik di Malaysia.

BACA >>> Škoda Octavia vRS 245 – Siri Paling Berkuasa dalam Sejarahnya!

ŠKODA Octavia 1959
ŠKODA Octavia 1996
ŠKODA Octavia Combi 1961
ŠKODA Octavia Combi 1961
ŠKODA Octavia hatch 2019
ŠKODA Octavia vRS
Roda4 ŠKODA Skoda Octavia Skoda Oktavia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.