Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Škoda Kodiaq vRS – SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK
Roda4

Škoda Kodiaq vRS – SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

Abang HirataBy Abang Hirata01/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN digunakan polis memang seronok dilihat, lebih-lebih lagi jenis berkuasa tinggi. Tidak kurang yang menggagumi kerjaya polis disebabkan barisan kenderaan menarik. Lihat saja kenderaan dimiliki pasukan polis Qatar atau ‘helang lebuh raya’ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan peronda kerap dikaitkan dengan model prestasi tinggi sama ada motosikal atau kereta yang biasanya diperlukan untuk bergegas ke lokasi segera atau memintas kes profil tinggi.

BACA >>> Skoda Karoq Scout – Varian Baru Crossover Urban dengan Imej Off-Road

Selain motosikal dan kereta, kenderaan penguatkuasa turut melibatkan penggunaan kenderaan utiliti sukan (SUV). Rasa janggal? Tidak, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan Honda CR-V, manakala peronda lebuh raya menggunakan Mitsubisihi Outlander.

Khas buat pihak berkuasa yang mahukan jenis kenderaan lebih berkuasa, Škoda Kodiaq vRS versi ubah suai mungkin model paling sesuai untuk dibikin sebagai kereta kejar (pursuit car).

Model milik polis Britain ini bukan biasa-biasa, Kodiaq vRS ialah model paling berkuasa pernah dihasilkan Škoda. SUV ini dibekalkan enjin 2.oL Twin-Turbo TDI dengan sistem pacuan empat roda (4WD) dan transmisi dual-klac DSG  7-kelajuan. Pecutan 0-100 kmj dapat dibuat sepantas 7 saat, manakala kelajuan maksimum ialah 219kmj.

Identiti utama kereta polis ialah lampu yang banyak dipasang seperti skrin depan, gril, pintu but dan plat nombor yang dipadankan dengan siren tiga tona 100amp.

Karakter sporty Kodiaq vRS terserlah pada bahagian dalam dengan kerusi sport y balutan Alcantara. Dari segi pengendalian, ia dilengkapi Kawalan Casis Dinamik (DCC) dan Stereng Progresif.

Unit infotainment juga canggih dengan skrin digital Virtual Cockpit 10.25 inci dan ciri konektiviti SmartLink+ untuk telefon pintar. Škoda turut merancang membolehkan kawalan lampu biru dan sistem komunikasi kecemasan disepadukan dengan skrin papan pemuka.

Walaupun Kodiaq vRS ialah SUV tanpa bentuk agresif, penampilan luaran mampu memberikan bayangan kuasa dimiliki seperti dua ekzos, kaliper brek merah, rim aloi 2o inci Xtreme dan bampar sport VRS. Škoda sebenarnya bukan pemain baharu dalam bidang kenderaan pihak berkuasa dan kecemasan. Sebelum ini Skoda ada menghasilkan kenderaan berperisai dan ambulans.

BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 ŠKODA ŠKODA Kodiaq vRS SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.