• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Škoda Kodiaq vRS - SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

Škoda Kodiaq vRS - SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

July 1, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN digunakan polis memang seronok dilihat, lebih-lebih lagi jenis berkuasa tinggi. Tidak kurang yang menggagumi kerjaya polis disebabkan barisan kenderaan menarik. Lihat saja kenderaan dimiliki pasukan polis Qatar atau 'helang lebuh raya' milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan peronda kerap dikaitkan dengan model prestasi tinggi sama ada motosikal atau kereta yang biasanya diperlukan untuk bergegas ke lokasi segera atau memintas kes profil tinggi.

BACA >>> Skoda Karoq Scout - Varian Baru Crossover Urban dengan Imej Off-Road

skoda-kodiaq-2019-3
skoda-kodiaq-2019-2
skoda-kodiaq-2019-4

Selain motosikal dan kereta, kenderaan penguatkuasa turut melibatkan penggunaan kenderaan utiliti sukan (SUV). Rasa janggal? Tidak, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan Honda CR-V, manakala peronda lebuh raya menggunakan Mitsubisihi Outlander.

Khas buat pihak berkuasa yang mahukan jenis kenderaan lebih berkuasa, Škoda Kodiaq vRS versi ubah suai mungkin model paling sesuai untuk dibikin sebagai kereta kejar (pursuit car).

Model milik polis Britain ini bukan biasa-biasa, Kodiaq vRS ialah model paling berkuasa pernah dihasilkan Škoda. SUV ini dibekalkan enjin 2.oL Twin-Turbo TDI dengan sistem pacuan empat roda (4WD) dan transmisi dual-klac DSG  7-kelajuan. Pecutan 0-100 kmj dapat dibuat sepantas 7 saat, manakala kelajuan maksimum ialah 219kmj.

Identiti utama kereta polis ialah lampu yang banyak dipasang seperti skrin depan, gril, pintu but dan plat nombor yang dipadankan dengan siren tiga tona 100amp.

Karakter sporty Kodiaq vRS terserlah pada bahagian dalam dengan kerusi sport y balutan Alcantara. Dari segi pengendalian, ia dilengkapi Kawalan Casis Dinamik (DCC) dan Stereng Progresif.

Unit infotainment juga canggih dengan skrin digital Virtual Cockpit 10.25 inci dan ciri konektiviti SmartLink+ untuk telefon pintar. Škoda turut merancang membolehkan kawalan lampu biru dan sistem komunikasi kecemasan disepadukan dengan skrin papan pemuka.

Walaupun Kodiaq vRS ialah SUV tanpa bentuk agresif, penampilan luaran mampu memberikan bayangan kuasa dimiliki seperti dua ekzos, kaliper brek merah, rim aloi 2o inci Xtreme dan bampar sport VRS. Škoda sebenarnya bukan pemain baharu dalam bidang kenderaan pihak berkuasa dan kecemasan. Sebelum ini Skoda ada menghasilkan kenderaan berperisai dan ambulans.

BACA >>> Škoda Octavia - Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

GALERI
Skoda Kodiaq vRS
Karoq ambulance 01
Karoq ambulance
Kodiaq Fire and rescue 005
Skoda_emergency services_
Skoda_emergency services_.jpg 2
Skoda_emergency services_.jpg 3
skoda-kodiaq-2019-1
skoda-kodiaq-2019-2
skoda-kodiaq-2019-3
skoda-kodiaq-2019-4
289
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, ŠKODA, ŠKODA Kodiaq vRS, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
  • Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
    Yamaha YZF-R15M (2022) Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM14.9k!
  • Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
    Pejalan Kaki OKU Maut Dilanggar Honda Stream Dipandu Remaja
  • Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular
    Tidak Lepas Piawai Emisi, 4 Gergasi Motosikal Jepun Bakal Hentikan 20 Model Popular

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my