• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Skoda Karoq Scout - Varian Baru Crossover Urban dengan Imej Off-Road

Skoda Karoq Scout - Varian Baru Crossover Urban dengan Imej Off-Road

August 2, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


SESETENGAH kenderaan utiliti sukan (SUV) hampir sama dengan trak, sesetengah lagi kereta. Sebagai crossover unibodi, Skoda Karoq lebih ditumpukan untuk pemanduan atas jalan biasa berbanding off-road. Tetapi terkini, Skoda menghasilkan versi lebih lasak menerusi pelancaran Karoq Scout baru.

Sama seperti barisan Subaru XV/Outback , Volvo Cross Country (XC), atau Audi Allroad, varian Karoq Scout ini diberikan beberapa penambahan ciri outdoor bagi mempelbagaikan pilihan pengguna.

BACA >>> Selepas Kodiaq, Skoda Pilih Karoq Sebagai Nama SUV Baharu, Debut 18 Mei Ini

Seperti Octavia Scout yang rendah dan Kodiaq Scout yang besar, Karoq Scout baru ini secara visual dapat dibezakan menerusi lapisan badan bawah berwarna kontras, trim perak dan krom, gerbang roda gemuk dan set rim unik 18 inci (atau 19 inci). Semua ciri baru itu secara langsung menyerlahkan personaliti lasak crossover tersebut.

Ia juga didatangkan dengan cermin gelap, lencana khas (dalam dan luar) dan rupa dalaman yang disuntik gaya off-road. Kemasan kabin  dipadankan upholsteri hitam-coklat dengan sulaman kontras, pedal keluli tahan karat, lampu ambien LED dan banyak lagi.

Dek penampilan lasak itu, Karoq Scout ialah satu-satunya yang didatangkan eksklusif dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang juga ada pada varian lain. Namun, pembeli di pasaran SUV yang lebih terbuka, boleh memilih antara varian enjin empat sebaris 1.5L petrol berkuasa 150hp, atau 2.0L turbodiesel (190hp).

BACA >>> #RetroAuto: Mohor Kaum Asli Amerika Jadi Sumber Ilham Logo Škoda

Jika transmisi terdahulu ialah kotak gear manual 6-kelajuan, tetapi kini dipasangkan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan diberikan sebagai standard.

SUMBER: CarScoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Republik Czech, Roda4, ŠKODA, ŠKODA Karoq, Skoda Karoq Scout, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my