Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Skoda Fabia RS Rally2 Kini Lebih Mantap dengan Packet 25!
Roda4

Skoda Fabia RS Rally2 Kini Lebih Mantap dengan Packet 25!

Abang HirataBy Abang Hirata07/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA dalam kelas utama Kejuaraan Rali Dunia (WRC), jentera Toyota, Hyundai, dan Ford saling bersaing sengit merebut podium, manakala dalam kategori WRC2, Skoda Fabia RS Rally2 pula muncul sebagai bintang utama dengan rekod cemerlang sejak tiga musim lalu.

Dengan lebih 600 podium dan ratusan unit terjual seluruh dunia, jentera Rally2 dari Mladá Boleslav ini terus menjadi pencabar utama dalam WRC2, Kejuaraan Rali Eropah FIA, da  pelbagai kejuaraan benua dan kebangsaan.

Bukan saja kereta jalanan, jentera lumba turut diberi perhatian untuk terus dipertingkat.

Kini, satu pakej lengkap peningkatan prestasi, dikenali sebagai Packet 25 menerima homologasi Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan akan tersedia untuk pembeli baharu serta pemilik Fabia RS Rally2 sedia ada.

Sejak pengenalan kategori Rally2, yang sebelum ini dikenali sebagai R5, Skoda Motorsport sudah mendominasi kelas ini dalam WRC.

Rekod kejayaan tersebut menjadikan Fabia RS Rally2 sebagai pilihan utama pasukan rali, dengan lebih 150 unit terjual sejak 2022.

Pemandu dan pemandu arah yang menggunakan Fabia RS Rally2 sudah meraih kejuaraan peringkat dunia dan dalam pelbagai siri serantau dan kebangsaan, sekli gus membuktikan keunggulan jentera ini di medan perlumbaan.

Sejak menerima homologasi pada 1 September 2022, Skoda Motorsport terus mempertingkat Fabia RS Rally2 bagi memastikan jentera ini kekal kompetitif.

Program naik taraf Packet 25 menumpukan kepada peningkatan prestasi, ketahanan, dan keselesaan pasangan pelumba serta pemandu arah.

Skoda Motorsport bukan saja menggunakan pengalaman sendiri, tetapi juga mengambil kira maklum balas daripada 12 pelumba rali, yang sudah menguji komponen baharu ini sejauh lebih 4,000km dalam situasi mencabar.

Skoda Fabia RS Rally2 dengan Packet 25:

1. Peningkatan Komponen Enjin
  • Direka untuk meningkatkan ciri termodinamik trenkuasa.
  • Sistem ekzos dipertingkat untuk mengoptimum aliran gas ekzos, meningkatkan penyediaan campuran bahan api dan pembakaran.
  • Manifold ekzos baharu yang dioptimum mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk pertukaran gas dalam silinder sebanyak 27 peratus.
  • Pengubahsuaian lain pada sistem ekzos membantu mengurangkan berat.
  • Digabungkan dengan perisian pengurusan enjin (EMS) baharu bagi meningkatkan hantaran kuasa ke roda dan menghasilkan bunyi enjin lebih garang.
2. Sistem Suspensi dan Ketahanan
  • Absorber gravel baharu untuk menahan beban lebih tinggi dan meningkatkan ketahanan dalam rali mencabar.
  • Pengubahsuaian pada takungan absorber (reservoir) dan komponen dalaman, termasuk pengedap (seal), tanpa menambah berat.
  • Perlindungan bahagian belakang dipertingkat bagi memanjangkan jangka hayat:
    • Sarung aci pacu (driveshaft)
    • Kaliper brek
    • Hos penyejuk brek
  • Pengedap uniball suspensi baharu memanjangkan jangka hayat uniball dan mengurangkan kos penyelenggaraan.
3. Peningkatan Keselesaan & Ergonomik
  • Lubang bumbung (roof vent) direka semula untuk meningkatkan aliran udara ke dalam kabin, menambah baik penapisan udara, dan menghalang kemasukan air ke dalam kokpit.
  • Kerusi lumba baharu yang lebih ringan kira-kira 2kg setiap satu membantu merendahkan pusat graviti (CoG) kereta.

Peningkatan dalam Packet 25 menjadikan Skoda Fabia RS Rally2 lebih berprestasi tinggi, tahan lasak, dan selesa untuk pasukan rali bertanding di peringkat tertinggi.

Packet 25 Skoda Motorsport
Skoda Fabia RS Rally2
Roda4 ŠKODA Skoda Fabia Škoda Fabia RS Škoda Fabia RS Rally2 Škoda Fabia RS Rally2 - Packet 25 WRC2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.