Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SIC Sukar Penuhi Permintaan, Pedrosa Mungkin Bersara?
Auto Terkini

SIC Sukar Penuhi Permintaan, Pedrosa Mungkin Bersara?

AryonBy Aryon06/07/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUMBER daripada portal permotoran MCN mendakwa pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa mungkin mengumumkan persaraannya dalam kancah Kejuaraan MotoGP pada GP Jerman, minggu depan seandainya rundingan dengan pasukan baharu dari Malaysia, Yamaha SIC menemui jalan buntu.

Pedrosa menjadi tumpuan ramai apabila disebut sebagai pelumba sasaran Yamaha SIC selepas Jorge Lorenzo (juga dikaitkan dengan pasukan sama) memilih menandatangani kontrak dengan pasukan Repsol Honda. Itu bermakna Pedrosa terpaksa melepaskan pelananya kepada pelumba senegara itu untuk menjadi rakan sepasukan kepada juara bertahan, adinda Marc Marquez.

BACA >>> SIC Sah Tubuh Pasukan Baharu MotoGP 2019, Yamaha YZR-M1 Jadi Jentera Taruhan

Sumber juga menyatakan, Pedrosa seakan sukar memenuhi terma diletakkan pasukan Malaysia itu. Malah, kem Pedrosa dikatakan mendesak SIC menyediakan mesin yang menyamai jentera tunggangan Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Namun, SIC nampaknya seperti payah menunaikan permintaan ‘bajet star’ itu meskipun dikatakan bakal ditaja Petronas yang terkenal sebagai gergasi minyak dunia.

TIDAK PERNAH JADI JUARA MOTOGP

Pedrosa pernah jadi juara GP 250cc pada 2005.
Sejak berlumba MotoGP (2006), Pedrosa tidak pernah jadi juara.

Tahun ini, usia Pedrosa mencecah 32 tahun dan boleh dikategorikan antara veteran MotoGP yang masih berlumba selain kekanda tercinta, Valentino Rossi.

Mula berlumba seawal 2001 dalam kelas 125cc, Pedrosa sebenarnya tidak pernah menamatkan saingan kelas premier MotoGP sebagai juara keseluruhan. Pencapaian terbaik yang pernah direkodkan beliau ialah kedudukan kedua pada musim 2007, 2010 dan paling akhir 2012.

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Selepas itu prestasi Pedrosa agak merosot, tetapi masih konsisten dalam 6 pelumba atasan terbaik. Namun, musim ini ramai menjangka prestasi Pedrosa akan lebih merosot dengan kemunculan ramai bintang muda dan jentera berkuasa.

Sekarang, segalanya terpulang kepada SIC sama ada mereka cari saja bintang baru yang nampak menyinar seperti dilakukan Suzuki, ataupun masih tetap berminat dengan Pedrosa yang ‘bajet star’.

SUMBER: MCN

Dani Pedrosa Jorge Lorenzo Litar Antarabangsa Sepang (SIC) MotoGP Repsol Honda Roda4 SIC Valentino Rossi Yamaha Yamaha SIC
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026

    2 Comments

    1. Musang on 07/07/2018 12:31

      Ambik jer bintang baru..jual mahal toksah beli…lain klu vr46 atau mm93..mahal pon ada value

      Reply
    2. Alson P on 08/07/2018 14:20

      Pasukan baru nak tubuh sememangnya patut mengambil pelumba star dan veteran.. Bukan bajet star.. Atau boleh pilih star muda atau pelumba juara Dari moto3 Dan moto2 dinaikkan sebagai rookie motogp

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.