Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Shell Helix Power dan Shell Helix Protect – Minyak Enjin untuk Gaya Pemanduan Berbeza
Aksesori

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect – Minyak Enjin untuk Gaya Pemanduan Berbeza

Han OthmanBy Han Othman16/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baharu yang dirumus kahs untuk dua situasi pemanduan berbeza, iaitu:

  • Shell Helix Power – Pemanduan di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa dan daya pecutan lebih.
  • Shell Helix Protect – Pemanduan di lalu lintas sesak henti-henti di bandar yang menyebabkan stres tinggi ke atas enjin dan memerlukan ekstras perlindungan.

Dua minyak enjin baharu ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia dan memenuhi spesifikasi 0W, 5W ataupun 10W.

INOVASI TERKINI SHELL

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu ialah minyak enjin inovasi terkini Shell menggunakan Teknologi PurePlus, iaitu minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.

Faktanya, minyak enjin ialah produk ‘berpenglibatan rendah‘. Namun, majoriti pemilik Malaysia masih menyerahkan kerja servis kereta mereka kepada bengkel atau pusat servis, terutama proses penukaran minyak kerana sering terkeliru dengan istilah teknikal.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew (foto atas kanan) berkata, Shell Helix Power dan Shell Helix bermatlamatkan mengembalikan proses pilihan minyak enjin kepada pemilik kereta.

“Sebagaimana tertera pada label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa, manakala produk satu lagi menawarkan lebih perlindungan. Anda hanya perlu memilih produk paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan anda,” katanya.

Shell Helix Power dirumus khas untuk aspek prestasi yang memaksimumkan kuasa enjin dan memberikan pecutan lebih pantas untuk pemanduan lebih lancar di lebuh raya, kawasan berbukit dan jalan terbuka. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM280.

Shell Helix Protect pula dirumus untuk aspek perlindungan yang mampu membersihkan komponen enjin untuk memanjangkan jangkat hayat enjin kereta yang dipandu dalam situasi trafik sesak di bandar. Harga runcit bagi pek 4 liter ialah RM240.

Kedua-dua produk ini adalah jenis minyak enjin sintetik penuh (fully synthetic) dengan kelikatan rendah yang memberikan aliran lebih pantas untuk menyaluti dan melindungi komponen penting ketika enjin dihidupkan. Ini dapat mengurangkan kehausan enjin yang sejuk sebelum dihidupkan, mengurangkan penggunaan bahan api, dan mengurangkan kadar pelepasan karbon, termasuk menjimatkan kos servis.

“Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu adalah pilihan lebih pintar dan mampan. Produk baharu ini mencerminkan komitmen Shell untuk membawakan lebih penyelesaian tenaga yang lebih bersih dengan cara lebih bertanggungjawab,” kata Nyon lagi.

PROMOSI MENARIK – REPLIKA SCUDERIA FERRARI

Pada masa sama, Shell Malaysia turut mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk tersebut. Setiap pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari bengkel mengambil bahagian, pelanggan akan dapat hadiah percuma berupa replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.

Selain itu, Shell Malaysia juga menjalankan inisiatif #BecauseWeCare sempena pelancaran dengan mengedarkan minyak enjin baharu itu dan Pek Perlindungan Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab.

Maklumat lanjut mengenai Shell Helix Power 0W 30 dan Shell Helix Protect 0W 40 baharu boleh layari www.shell.com.my/helix.

aksesori minyak enjin minyak hitam Nyon Kam Yew Shell Shell Helix Power Shell Helix Protect Shell Malaysia Trading Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

29/05/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

By Syafie25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.