Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir
Auto Terkini

Senyum dalam Hiba, Bezza Baru Beli 3 Bulan Guna KWSP Musnah Dihanyut Banjir

FarahBy Farah24/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


‘BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul’, mungkin inilah peribahasa sesuai untuk menggambarkan nasib menimpa semua mangsa banjir yang mengalami kerosakan harta benda, kehilangan rumah dan insan tersayang serta sebagainya.

Begitulah dugaan dialami mangsa banjir ini, Nuarjan Sulaiman dari Kampung Sungai Lui Batu 19, Hulu Ląngat, Selangor yang ‘kehilangan’ kereta pertama baru dibelinya, iaitu Perodua Bezza.

BACA >>> NADMA Lambat Sangat, Tentera Nekad Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Selepas lama berhajat dan akhirnya terlaksana tiga bulan lalu, tetapi keretanya musnah, atau dalam istilah teknikal disebut ‘total lost’ akibat dihanyutkan arus banjir.

Bercerita kepada Selangor TV, wanita kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia baru sebulan membayar kereta tersebut yang dibeli menggunakan hasilkan tabungannya bersama suami, termasuk duit daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA >>> Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Jenama Itu yang Jadi Mangsa Banjir

Baru tiga bulan pakai, sebulan bayar. Sedihlah.. Sedih nak dapat bukannya senangkan. Kita pun anak kecil-kecil, usaha nak dapatkan keretakan. Entahlah tiada rezeki.

“Iyelah, itulah satu-satu kereta yang ada. Sebelum ini tak pernah ada kereta, pergi mana-mana pun pinjam kereta orang.

“Makan tahun juga, dapat keluarkan kereta ini pun sebab KWSP punya hal. Daripada kahwin pun tak pernah beli kereta.”

Walaupun masih mampu tersenyum, jelas kelihatan riak hiba dan sedih pada wajah mangsa. Luah Nuarjan, anak-anaknya sangat gembira dengan kereta itu kerana mereka sekeluarga sebelum ini hanya menaiki motosikal jika hendak ke mana-mana, termasuk membeli barangan dapur.

Beritahu Nuarjan lagi, kawasan rumahnya memang kerap banjir, tetapi tidak seteruk seperti Sabtu lalu (18 Disember). Malah, suaminya cuba menyelamatkan kereta mereka ke kawalan jalan lebih tinggi dan tidak pernah dinaiki banjir sebelum ini. Namun, air naik dengan cepat hingga membuatkan kawasan jalan itu turut ditenggelami banjir.

Semoga Nuarjan sekeluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini. Mari sama-sama kita doakan supaya mereka keluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 🤲🏼

BACA >>> Kali Pertama Terowong SMART Lencong 5 Juta Meter Padu Air, Boleh Buat KL Tenggelam!
BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID

SUMBER: SelangorTV

Auto Terkini banjir banjir selangor hulu langat kereta rosak sebab banjir kereta total lost
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.