• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Senarai 17 Pengeluar Automotif Ternama yang Hentikan Operasi Kerana Covid-19

Senarai 17 Pengeluar Automotif Ternama yang Hentikan Operasi Kerana Covid-19

March 22, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RANTAIAN bekalan komponen kenderaan global mula terjejas ketika China berdepan penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan operasi kilang-kilang pengeluaran dihentikan sementara.

Ketiadaan komponen dari gergasi Asia itu memberi tamparan langsung kepada banyak pengeluar kenderaan dunia di Eropah atau Amerika Syarikat (AS). Covid-19 nyata melumpuhkan rantaian industri automotif China yang menyaksikan penyusutan jualan kenderaan hampir 80 peratus pada Februari lalu.

Ketika China semakin pulih, Eropah pula dilanda teruk Covid-19 hingga dianggap rantau paling berbahaya dengan jumlah peningkatan kes jangkitan dan kematian lebih tinggi berbanding China sendiri. Berikut senarai pengeluar dan pengilang automotif dunia yang terpaksa menutup operasi akibat kesan Covid-19.

BACA >>> Covid-19: Pengedar Mula Buka Bilik Pameran Kereta di China

1. FORD

kilang ford 2
kilang ford
  • Gantung semua operasi pengeluaran di Amerika Utara bermula 19 Mac lalu.
  • Ada satu kes jangkitan virus Covid-19 di kilang Michigan, dan kilang itu sudah ditutup.
  • Ford akan menghentikan operasi kilang seluruh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico bermula Khamis ini hingga 30 Mac ini.
  • Ford juga sudah menutup semua operasi kilang di Eropah berkuat kuasa 19 Mac lalu, dijangka berlangsung beberapa minggu.

2. GENERAL MOTORS (GM)

kilang GM
kilang GM 1
  • GM umum pengantungan sepenuhnya semua operasi pengeluaran di Amerika Utara bermula 19 Mac lalu.
  • Setiap kilang akan menerima arahan khusus dan penutupan berkuat kuasa hingga 30 Mac ini.
  • Keputusan sambung semula pengeluaran akan dibuat berdasarkan penilaian mingguan.

3. FIAT CHRYSLER AUTOMOBILES (FCA)

FCA jeep 3
FCA
  • FCA menutup semua operasi pengeluaran di Amerika Utara sebagai langkah mencegah Covid-19.
  • FCA akan membuat penilaian situasi ini pada hujung bulan sebelum menentukan status operasi pengeluaran kilang.
  • FCA juga menggantung semua operasi di kilang Eropah selama seminggu.

4. HONDA

Civic_Type_R_Limited_Edition
kilanh honda
  • Pengeluar Jepun pertama di AS memutuskan menggantung operasi kilang secara besar-besaran.
  • Bermula 18 Mac lalu, semua kilang Honda di Amerika Utara termasuk AS ditutup selama enam hari.
  • Tindakan itu menyebabkan penurunan kapasiti pengeluaran kereta Honda sebanyak 40,000 unit.
  • Langkah penggantungan juga membabitkan kilang pengeluaran enjin dan transmisi.
  • Sepanjang tempoh enam hari penutupan, Honda akan lakukan prosedur pembersihan di semua lokasi kilang dan membayar gaji penuh kepada pekerja.

5. TOYOTA

kilang toyota kanada rav4
kilang toyota kanada
  • Toyota menggantung semua operasi di Amerika Utara pada 19 Mac lalu.
  • Semua kilang di AS, Kanada dan Mexico akan ditutup bermula 23 Mac ini.
  • Kilang Toyota akan kembali beroperasi semula pada 25 Mac ini.
  • Sepanjang penutupan dua hari, Toyota akan membersihkan dan menyah-infeksikan semua kilang.
  • Toyota minta pekerja meluangkan masa di rumah bersama anak sepanjang penutupan sekolah.
  • Di Portugal, Toyota menghentikan operasi kilang, Isnin lalu.
  • Kilang pengeluaran kenderaan di Perancis dihentikan pada 18 Mac lalu dan dijangka beroperasi semula hujung bulan ini.
  • Di Filipina, sebuah kilang Toyota ditutup hingga ke satu tarikh pada April ini.

6. HYUNDAI

  • Hyundai menutup sementara operasi pengeluaran kilang pada 18 Mac lalu selepas seorang pekerja disahkan positif Covid-19 di kilang Alabama, AS.
  • Hyundai mendakwa pekerja terbabit tidak ke tempat kerja sejak didapati positif dan semua petugas lain dimaklumkan mengenai situasi berkenaan.
  • Kilang itu akan menjalani proses pembersihan dan proses sanitasi.
  • Hyundai tidak menyatakan tarikh operasi kilang disambung kembali.

7. NISSAN

kilang nissan
kilang nissan mexico
  • Nissan pada 18 Mac lalu menggantungkan semua pengeluaran kilang di AS bermula 20 Mac lalu.
  • Bagaimanapun, langkah ini tidak berkuat kuasa di Mexio dan Kanada.
  • Kilang Nissan di AS akan ditutup bagi tempoh lebih lama, iaitu hingga 6 April walaupun tiada pekerja positif Covid-19.

8. VOLKSWAGEN (VW)

  • Bermula 21 Mac lalu, VW menutup sementara semua operasi pengeluaran di kilang Chattanooga, Tennessee, AS
  • Semua pekerja akan menerima bayaran gaji penuh sepanjang tempoh penutupan operasi. VW akan menjalankan kerja-kerja pembersihan kuman di kawasan kilang.
  • Pada 17 Mac lalu, Volkswagen Group juga mengumumkan menggantung beberapa kilang pengeluaran di Eropah termasuk Slovakia, Portugal dan Sepanyol.
  • Operasi kilang VW di Puebla, Mexico kekal aktif.
  • VW berharap penutupan dibuat hingga dua minggu. Langkah penutupan turut membabitkan kilang pengeluar komponen Volkswagen Group.

9. SUBARU

  • Subaru cuma ada satu kilang di AS dan akan ditutup selama seminggu bermula 23 Mac ini.
  • Kilang itu terletak di Lafayette di Indiana, Amerika Utara untuk menjamin kesihatan dan keselamatan kira-kira 6,000 pekerja.
  • Subaru akan membayar gaji penuh pekerja sepanjang tempoh penutupan operasi.
  • Kilang itu menghasilkan 52 peratus kenderaan untuk pasaran AS, tahun lalu.

10. PORSCHE

kilang pors 1
kilang pors
  • Porsche mengumumkan langkah menghentikan sementara pengeluaran kenderaan di kilang Jerman pada 18 Mac lalu.
  • Langkah penutupan berkuat kuasa dua minggu ini akibat kesukaran memperoleh komponen dari bekalan rantaian global untuk output normal, selain menjaga kesihatan pekerja.
  • Porsche bersedia berdepan penurunan permintaan dan akan memastikan soal kewangan syarikat tidak terjejas berikutan langkah penutupan operasi.

11. DAIMLER

kilang merc 2
kilang merc
  • Daimler mengambil langkah menghentikan pengeluaran Mercedes-Benz di benua Eropah bagi tempoh sekurang-kurangnya dua minggu.
  • Kilang ditutup kerana masalah bekalan rantaian dunia menyebabkan kegagalan operasi dalam kapasiti penuh dan juga sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19.

12. PSA GROUP

  • PSA Group, yang mengawal selia jenama Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vauxhall, memutuskan menutup kilang di Eropah.
  • Penutupan kilang dibuat secara berperingkat dengan dua kilang (Itali dan Sepanyol) ditutup terlebih dahulu.
  • Selepas itu, lapan kilang lagi ditutup pada 17 Mac lalu, tiga kilang (18 Mac)  dan dua kilang (19 Mac).
  • Kilang ditutup itu terletak di Perancis, Sepanyol, Britain, Poland, Jerman dan beberapa lokasi lain.
  • PSA Group memaklumkan kilang-kilang berkenaan akan dibuka semula 27 Mac nanti.

13. ROLLS-ROYCE

Rolls-Royce-Home-Goodwood
Rolls-Royce-Home-Goodwood 1
  • Rolls-Royce mengumumkan pada 18 Mac lalu, menggantung operasi kilang selama dua minggu bermula 23 Mac ini.
  • Langkah penutupan akan dilanjutkan kepada penutupan dua minggu lagi sempena sambutan Hari Easter, bagi memastikan pekerja kekal sihat dan patuh arahan Kerajaan Britain.

14. RENAULT

  • Renault di Perancis menggantung semua pengeluaran kilang hingga dimaklumkan kelak.
  • Penutupan ini membabitkan 12 kilang seluruh negara.
  • Renault antara pengeluar yang melaksanakan langkah paling drastik di Eropah setakat ini.

15. FERRARI

ferrari
ferrari (1)
  • Ferrari pada Isnin lalu mengesahkan dua kilang di Maranello dan Modena di Itali ditutup hingga 27 Mac ini.

16. LAMBORGHINI

  • Lamborghini pada Jumaat lalu mengesahkan menghentikan operasi pengeluaran di kilang Sant'Agata Bolognese di Itali.
  • Proses pengeluaran kilang akan kembali beroperasi seawal-awalnya 25 Mac ini.

17. DUCATI

  • Ducati ialah pengeluar motosikal pertama memutuskan menghentikan pengeluaran di Itali pada 13 Mac lalu. Pada Isnin lalu, pengeluar itu melanjutkan pembekuan operasi hingga 25 Mac ini.

SUMBER: CNET|AutomotiveNews|BMWBlog|AssemblyMag

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Kilang Automotif Tutup, Koronavirus, Senarai Pengeluar Automotif Tutup Operasi, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev