Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Semua Orang Kini Boleh Perbaharui Lesen Memandu hingga 10 Tahun
Auto Terkini

Semua Orang Kini Boleh Perbaharui Lesen Memandu hingga 10 Tahun

Han OthmanBy Han Othman04/05/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan dua inisiatif Kementerian Pengangkutan kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang mahu memperbaharui lesen memandu masing-masing.

Inisiftif ditawarkan itu akan dimulakan minggu depan pada 8 Mei ini.

1. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) 10 Tahun

Inisiatif ini ditawarkan dengan kadar fi pembaharuan istimewa, ditambah baik daripada had maksimum sebelum ini, iaitu lima tahun sahaja. Jika LMM diperbaharui 10 tahun, pemegang lesen hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja.

2. Kebenaran Khas Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Tamat Tempoh

Selepas mengambil kira tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik Covid-19 dan kekangan dihadapi rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memperbaharui LMM kerana tidak berpeluang pulang ke tanah air, Kementerian memberikan kebenaran khas kepada pemegang LMM tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui lesen masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.

Namun, kebenaran khas itu hanya terhad kepada LMM yang tempoh sah laku tamat bermula 1 Januari 2018 dan ke atas sahaja.

Tempoh kebenaran khas tersebut berkuat kuasa hingga 31 Disember 2023 sahaja, dan peraturan sedia ada akan berkuat kuasa semula 1 Januari 2024.

Orang ramai boleh mula menikmati inisiatif berkenaan bermula 8 Mei nanti dengan berurusan di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.

Pelaksanaan urus niaga melalui platform disediakan rakan niaga JPJ seperti Pos Malaysia adalah tertakluk kepada kesediaan perubahan sistem pihak berkenaan.

SUMBER: FBAnthonyLoke

Anthony Loke Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Kementerian Pengangkutan Kementerian Pengangkutan (MOT) lesen memandu Malaysia (LMM) LMM Perbaharui LLM 10 Tahun
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026

1 Comment

  1. John on 05/05/2023 17:27

    Adakah JPJ akan menyeragamkan lesen moto B dan B Full kerana lesen B1 (251cc – 500cc) nampaknya telah tidak wujud lagi.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.