Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Proton Bukan Kisah Dongeng
Sembang Deras

#SembangDeras: Proton Bukan Kisah Dongeng

Han OthmanBy Han Othman11/06/20188 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENGUTUK dan mencerca memang mudah, tetapi tidak ramai yang mampu berfikiran rasional, waras, fokus dan ada jati diri keMalaysiaan apabila berhujah tentang masa depan Proton. Lebih menjengkelkan, apa saja tentang Proton dikaitkan dengan sentimen peribadi yang bercampur hal politik kepartian sempit dan pengetahuan automotif sifar.

Ada saja tidak kena. Harga mahal, tiada kualiti, lebih baik tutup saja dan banyak lagi kritikan-kritikan dilemparkan ke atas Proton. Dalam dunia terbuka hari ini, sesiapa saja boleh memberikan kritikan, tetapi isu paling besar adalah adilkah kita dalam mengkritik? Lebih teruk, ada pula kalangan kita boleh pula bergembira apabila melihat sesuatu usaha cipta yang dibangunkan anak watan bumi ini melingkup begitu saja. Padan muka, kata mereka.

Tamu kita dalam siri #SembangDeras kali ini ialah jurutera Wan Amir menerusi status Facebooknya yang mengkritik sikap sesetengah rakyat Malaysia yang hanya tahu sembang berdegar-degar, tetapi tong kosong.  

PROTON BUKAN KISAH DONGENG

Pernah ada rakan saya cakap,
“Kenapalah Proton buat desain Inspira sama macam Lancer?”

Saya cakap kat dia, itu bukan tiru tapi rebadge. Proton cuma pasang Lancer atas nama Inspira dan buat sikit perubahan dengan masukkan kandungan lokal. Jadi, dapat jual harga lebih murah. Sama juga macam model-model Perodua.

Baru-baru ini, ada sekumpulan ‘orang kaya’ buat lawak pasal Ertiga. Masing-masing ingat Ertiga tu Proton hasilkan 100 peratus, dan tak teringin nak beli pun. Iyalah orang kayakan? Mujur ada yang sedikit cerdik di kalangan mereka beritahu, Proton cuma rebadge saja model Suzuki.

Bagi golongan ‘orang kaya’ ini, walaupun BMW 5 series diletakkan logo Proton mereka tetap tidak akan beli. Sebab apa? Berlagak! Mereka jenis manusia yang minum kopi secawan di Starbucks, berborak 5 jam, lepas tu bayar guna kad kredit. Minum tiga orang, bil pula asing-asing.

Tapi bila PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) minta duit yuran sekolah, mulalah bising memaki guru dan sekolah. Golongan macam ni harap meninggal! Walhal kalau kereta mewah mereka rosak, pening kepala juga nak cari spare parts murah.

Tak lupa pula ada satu golongan lagi, walaupun kereta Proton ada macam-macam ciri moden dan keselamatan terkini dengan harga berpatutan, tetapi bagi mereka, kereta Flintstones tetap terbaik.

Bila kita beritahu kereta Proton ada HPF (besi tegangan tinggi), ABS (Sistem Brek Anti-Kunci), EBD (Agihan Brek Elektronik), HHA (Bantuan Daki Bukit) dan BA (Bantuan Brek), sangat selamat. Tapi, dia boleh pula balas, “Aku beli kereta bukan nak bagi kemalangan.”

Tak tahulah apa jenis susu dia minum sampai jadi macam tu.

Dan paling teruk, jenis koya (berangan). Sentiasa salahkan Proton dan doakan Proton tutup kerana berangan dengan ketiadaan Proton, harga kereta import seperti BMW, Audi, Volkswagen dan lain-lain jadi murah. Marahkan Proton, konon harga kereta Proton di Australia cuma AUD8,000 (RM26,775), tapi di Malaysia pula jual mahal.

Entah siapa yang bagi maklumat macam tu? Konon nak pakai kereta mewah, tapi duit PTPTN pun terlepas bayar.

Kesimpulannya, ramai golongan macam ini tidak jelas tentang situasi dan perjalanan industri automotif. Cuma bersembang sambil ngeteh kat kedai mamak. Tapi mereka lupa, dan ramai tak sedar pasal impak buruk jika Proton jatuh.

Kesannya sangat besar, merangkumi keseluruhan rangkaian industri automotif daripada pekerja Proton, vendor tier-1, vendor tier-2, vendor tier-3, pembekal material, logistik, pembuat alatan, pempakejan dan industri-industri lain yang berkaitan. Malah, kesan terhadap negara itu sendiri, iaitu tiada kutipan hasil.

Ketiadaan Proton bakal menyebabkan puluhan ribu rakyat kehilangan kerja secara keseluruhan. Sekarang pun sudah kedengaran beberapa vendor tier-1 Proton tidak mampu bertahan, termasuk beberapa vendor tier-2 yang sudah menutup operasi.

Inilah yang mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad risaukan. Kesan domino!

Berbeza OEM lain. Kebanyakan komponen kereta mereka diimport dari luar negara seperti Thailand, Jepun, India, dan China. Kehadiran mereka tidak banyak membantu dan memberi kesan kepada keseluruhan kitaran pembekalan (supply chain) kerana kebergantungan kepada import. Hanya syarikat tertentu saja yang dapat peluang dan manfaat daripada OEM sebegitu.

Teringat kata-kata Rosli Aziz, salah seorang bekas orang kuat Perodua.

“…to be number 1, the company should have number 2. And to be number 2, the company should have number 3…”

Proton sembang deras Wan Amir
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Proton S70 2026 rasmi dilancarkan
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

13/02/2026
Proton e.MAS 7 PHEV 2026 rasmi lancar di Malaysia
PHEV

Proton e.MAS 7 PHEV 2026 Rasmi Lancar, Harga Mula RM109,800

09/02/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

13/01/2026
Proton X70 2026 facelift rasmi lancar
Roda4

Proton X70 2026 Versi Dipertingkat Rasmi Lancar, Harga Mula RM99,800

08/01/2026

8 Comments

  1. fasgen on 07/04/2017 10:26

    sebab tu dulu DSZ kata sukar nak saingi media sosial utk buktikan proton bagus.

    Reply
  2. shah on 07/04/2017 20:54

    Its simple.. kalau kereta proton ni teruk.. takkan ada sampai 25 tahun atas jalan.. saga orion still bole speed ats highway, iswara still digunakan sampai skrg, wira masih digilai anak muda dll… yes, mmg ada kelemahan dlm kualiti. But still, its just a matter of getting from A to B.. #thumbsup4Proton

    Reply
  3. Kecewa on 07/04/2017 21:07

    Kelebihan:

    Teknologi PROTON memang bagus.. Dengan chassis yang kukuh.. Sahabat saya buat MASTER in Mech. Eng. kaji material properties chassis tersebut, memang terbukti ketahanan chassis yang dihasilkan melalui proses HPF..

    Handling yang mantap.. Sharp pada setiap corner jalan.. Stabil bila hi speed.. VIOS dan MYVI mmg kelaut bila corner.. Bekas jurutera PROTON bahagian suspension mengeluarkan produk adjustable coilover dengan jenama FTUNED, mmg mantap produk beliau, lebih baik dari jenama lain, siap boleh custom.. Jadi mmg terbukti PROTON mempunya kakitangan teknikal yang hebat..

    Interior design dah semakin menarik dari model iriz dan persona 2016, preve dan suprima boleh tahan la..

    Kekurangan:

    Model lama seperti PERSONA elegance dan ke bawah banyak problem.. Bunyi rattling pada bahagian penyambungan.. IAFM problem.. Getah pintu bocor, masuk air dlm kereta.. Yang auto tetiba enjin terberhenti dan rpm naik 8kRPM disebabkan sensor rosak.. Lepastu sales after servis SC mmg mengecewakan.. Sbb mereka adalah SC kereta nasional sepatutnya lebih baik dari SC jenama luar..

    Proton SAGA 2016, boleh tahan gak problem dia, enjin tak boleh start dll.. Kadang2 ini yang menyebabkan orang takut nak beli PROTON..

    PROTON tidak mahu keluarkan model2 performance, sbg cth, 2 liter enjin, turbo, 6 speed manual.. Jika kita lihat HONDA dan MITSU byk mengeluarkan model2 performance.. Model2 performance ini yang menjadi psycho kepada pembeli2 yang merasakan dengan membeli civic sedan, mereka merasakan sudah seperti DNA TYPE R.. Walaubagaimanapun, civic sedan dikeluarkan dgn 1.5 liter turbo 190hp tu..
    Paling tidak pun PROTON keluarkanla 1.6 liter turbo bore 82mm 6 speed manual..
    HONDA menduduki tangga ke2 dlm ranking sales selepas PERODUA.. Whaattt!!!

    Kereta Persona elegance dan kebawah tak boleh endorse enjin 2 liter evo7.. Ini juga menjadi masalah besar bagi peminat performance.. Enjin campro bore hanya 76mm maximum boleh rebore 79mm je.. Adui kecik enjin undersquare.. Bagila sikit muka pada kereta nasional, ini salah satu polisi yang mengekang penjualan kereta nasional, bagila kelonggaran pada kereta nasional.. At least civic FD dan FB boleh masuk K20A Type R.. Civic 1.7 pun boleh sarong K20A.. Sbb tu model HONDA laku keras.. MYVI boleh sarong YRV turbo, mencanak kedepan.. PROTON paling tinggi masuk mivec 1.6, 1.8, terpaksa guna dashboard ala2 wira lama.. Adoi..

    Walaupun MYVI tu bangang, tapi ia kurang problem.. Sekali lagi dpt menarik pengguna perempuan..

    Dalam HONDA layan NA enjin, tetiba masuk TURBO.. Hambik kat nurburging, terpantas dlm kelasnya.. Itu baru betul pengeluar kereta, secara langsung dapat psycho kepada pemilik HONDA city ivtec bahawa HONDA city pun power.. Haha

    Banyak kekurangan enjin boxer SUBARU.. Manufacturing cost tinggi dan maintenance pun tinggi.. Tapi disebabkan POWER 300hp, ianya menjadi legenda kepada penggemar kereta performance.. Bunyi seketul2 keluar dari ekzos yang garang bunyinya, walhal bunyi panjang header ekzos yg tak sekata menyumbang kepada kurangnya performance.. Psycho semua tu bang..

    PROTON dah keluar suprima turbo, tapi lembik, gearbox auto.. Tepuk dahi aku.. Bagila gearbox 6 speed manual.. Adoilaaaa..

    Tetiba HONDA keluar CIVIC coupe 1.5 liter turbo 205hp 260torque dengan 6 speed manual.. Kau nampak tak tu.. Kau nampak tak..

    Lebih 30% harga kereta dimalaysia ni adalah cukai, termasuk kereta buatan tanah air tercinta PROTON.. Bekas jurutera proton projek kereta WAJA.. Kos terakhir kereta WAJA bernadikan Campro CPS adalah RM17K sahaja la.. Termasuk untung jualan dll, kereta WAJA tersebut boleh dijual pada harga RM30K je bro.. Tapi dijual pada harga RM60K pada rakyat tercinta.. Berapa percent cukai diambil oleh kerajaan tercinta???

    Akhir Kata:

    Aku sayang PROTON..

    PROTON hanya perlukan pengurusan yang mempunyai enthusiasm yang tinggi terhadap dunia automotif.. Seperti CEO Subaru, sila baca sejarah Subaru enjin boxer.. CEO PROTON pun tak tahu relation between horse power n torque agaknya.. Seperti jurutera HONDA yang mengeluarkan enjin terbaik semenjak B16A NA sehingga K20 vtec turbo.. Gilaaa..
    Toyota quality.. Mitsubishi dengan evo nya, rekaan yang garang enjin yang mantap..

    Haila PROTON.. Keluarkan 2 liter turbo 6 speed manual la.. Kalau takut nak keluar 2 liter, bagila 1.6 liter oversquare enjin bore 83mm terusss 6 speed manual close ratio..

    Legend proton 1.8 wira, gti, putera dah lama sgt..

    Keluarkan legend baru la ngokkk..

    Reply
  4. Silthice on 08/04/2017 12:39

    Sebab itu lah pernah terlintas kalau proton ni produk Indonesia mesti die orang support kaw2 punyer…

    Reply
    • AO on 12/04/2017 20:56

      Indonesia memang pernah buat kereta nasional, usahasama dengan Hyundai. Tapi gagal. Antara sebab, tak banyak sokongan Kerajaan.

      Reply
  5. Afiq on 08/04/2017 18:24

    Apa yg d imaksudkan dari 1 to 2 dan dari 2 mst ade 3? Blh sesiapa terang kan?

    Reply
    • Vyseus on 09/04/2017 12:23

      Vendor tier 1 mesti ade vendor tier 2,tier 2 mesti ade tier 3.

      3 supply raw produk, tier 2 lak minor assembly ngn pakaging, tier 1 packag bg protong tngl nkpasang.

      Reply
  6. Azhar othman on 09/04/2017 03:57

    Terima kasih……PROTON

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.