Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 – Psstt… Kau Jangan Percaya Sangat!
Sembang Deras

#SembangDeras: Projek Kereta Nasional 3.0 – Psstt… Kau Jangan Percaya Sangat!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/08/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA terbaru semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof cakap, Malaysia bersedia melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 seperti dibayangkan Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad. Kenyataan itu pula dibuat pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC dan boleh dibaca daripada banyak media arus perdana (BACA >>> AstroAwani, SinarHarian).

Kata Mohd Redzuan, projek itu akan mencergaskan lagi industri automotif negara dengan melihat potensi pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri pembuatan komponen kenderaan. Ok cukup.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah Sebab Kenapa Kita Tidak Perlu Lagi Kereta Nasional Baharu!

Sebenarnya abang pernah mengkritik idea pasal projek kereta nasional 3.0 itu yang disebut PM masa melawat Jepun beberapa bulan lepas. Diamlah sekejap macam-macam bising dalam Facebook tu, dan sekarang muncul balik dan kali ini diulangi  seorang menteri, serta siap dengan jangkaan pelancaran projek, iaitu menjelang 2020. Maknanya, pejam celik pejam celik lebih kurang dua tahun saja lagi.

Tetapi selepas mengambil kira banyak kenyataan menteri Kerajaan yang u-turn, tak jadi dan mahu buat kajian holistik, jadi abang taklah marah sangat. Macam banyak kali abang cakap, bila seorang menteri buka mulut, kita sebagai rakyat mesti dalam posisi 50:50 antara percaya dan tak percaya. Ingat, buat kereta bukan macam buat karipap inti sardin sebelah bus stop yang resepinya boleh di-Google di Internet.

Pasaran berubah, cita rasa berubah dan ekonomi pun berubah. Tambahan lagi bila si menteri sebut dua tahun lagi akan lancar projek kereta nasional 3.0 tu. Nampak benor tak munasabahnya. Sekarang tau kan sebab apa abang tak jadi marah?

KENDERAAN EV – IDEA MENARIK

Macam mana pun, abang tertarik dengan idea Prof Jomo Kwame Sundaram tentang pembangunan projek kenderaan elektrik (EV), iaitu antara cabang automotif yang belum lagi disentuh Malaysia, termasuk negara Asean. Kita kena ingat, rantau lain seperti Eropah, Amerika dan negara besar Asia seperti China, India dan Jepun sudah galak memulakan projek kenderaan elektrik (EV). Ada banyak artikel kami tulis tentang berita-berita EV di PanduLaju.

BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Dan kalau betul projek kereta nasional 3.0 itu ialah EV, jawapan abang, kenapa tidak? Lebih elok permulaan projek itu ditumpukan kepada kenderaan pengangkutan awam seperti bas EV yang pastinya dapat mengurangkan beban subsidi bahan api dan mengurangkan kos tambang.

Kos permulaan memang besar sebab kena sediakan fasiliti mengecas dan trek khas bebas trafik, tetapi jika mengambil kira impak masa depan dan jangka panjang, projek macam ni cukup bagus. Bayangkan selain tren ETS sepanjang Semenanjung, kita juga ada bas EV seluruh Sememenanjung, termasuk Sabah Sarawak. Malah kos, pembinaan stesen mengecas dan trek khas nanti sudah tentu lebih murah berbanding menyediakan landasan untuk tren berkelajuan tinggi macam ETS. Siapa pernah naik BRT? Lebih kurang macam tu la, tapi itu trek untuk pengangkutan dalam bandar.

Apabila projek bas ini dilihat bagus, orang ramai akan mula nampak sebenarnya tak ada masalah pun untuk kita pakat beli kereta dan motosikal letrik ni. Fasiliti pun sudah ada, pengalaman naik EV pun sudah biasa. Kalau dah bas EV boleh buat, apa sangatlah nak risau motor dan kereta letrik. Mesti lagi power ye dok? Hah, jadi tak adalah ralat sangat nak beli EV ni.

Apapun, abang harap pembaca semua dapat bertenang dan tak mengamuk tak tentu hala. Kenyataan itu pun baru cakap-cakap menteri. Kalau betul pun Kerajaan nak sangat buat projek kereta nasional 3.0 jenis petrol, itu pun tak perlulah kita risau juga. Dalam ekonomi pasaran terbuka macam Malaysia ini, pasaran jugalah yang akan menentukan. Hang suka hang beli. Tak ada siapa boleh paksa kita beli apa yang kita suka.

Kalau macam kena paksa juga, itu nanti kita mengamuk le lagi. Macam tak biasa pula hal-hal rage ni kennn…

– Bang Nin –

bas elektrik Bas EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Kereta Nasional Kereta Nasional 3.0 Mohd Redzuan Yusof Perotiga sembang deras Tun Mahathir Mohamad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Lepas L6 2026 Euro
    Elektrifikasi

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    20/04/2026
    Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

    20/04/2026

    1 Comment

    1. Michelin on 07/08/2018 07:29

      Mana pulak button like ni? Terbaik konen abg nin..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.