Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?
Sembang Deras

#SembangDeras: Mir Lebih Layak Cabar Kejuaraan MotoGP 2020, Bukan Quartararo?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENANGAN Fabio Quartararo dalam tiga aksi Grand Prix (GP) musim ini nyata memberikan kesan positif dalam karier pelumba asal Perancis itu.

Faktanya, selepas bergelar juara dua GP berturut-turut seawal pusingan pertama dan kedua lalu, Quartararo bergelut dengan prestasi dan gagal beraksi cemerlang seperti diharapkan. Malah gagal meraih podium sebelum kembali menjadi juara GP Catalunya selepas lima pusingan berlalu.

Di tengah kemerosotan prestasi pelumba Petronas Yamaha SRT itu, tiba-tiba muncul juara Moto3 2017, Joan Mir memberikan saingan sengit yang di luar jangkaan. Dia kini dianggap sebagai calon pencabar juara tulen berbanding apa diramalkan pemerhati musim lalu.

BACA >>> #MotoGP: Juara Moto3, Joan Mir Ganti Iannone untuk Suzuki Ecstar

Joan Mir dan Suzuki GSX-RR 2019.

Mungkin ramai tidak perasan, Mir sebenarnya ialah rookie MotoGP musim lalu, sama seperti Quartararo. Kedua-duanya direkrut naik dari kelas Moto2 2018, yang mana Quartararo menamatkan saingan di kedudukan ke-10, manakala Mir ke-6.

Ini bermakna Mir lebih baik daripada Quartararo. Bagaimanapun, aksi Mir sebagai rookie tidaklah menonjol dengan hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-12 musim lalu, tanpa meraih sebarang podium. Aksinya itu ditenggelamkan kehebatan Quartararo bersama pasukan satelit Yamaha dengan memijak podium tujuh kali sepanjang 2019.

Kemunculan Mir awal musim ini juga agak mendatar, sebelum karakter dan keyakinannya mula naik sedikit demi sedikit bermula pusingan kedua di GP Andalusia, Sepanyol.

JOAN MIR+GSX-RR, KOMBINASI MOTOGP DIGERUNI!

Ketika Quartararo menjadi tajuk utama seluruh dunia pada 2019, Mir bergelut mendapatkan rentak di MotoGP. Prestasinya tidaklah teruk, cuma biasa-biasa. Peminat dan media lebih memperkatakan tentang kehebatan rakan pasukannya, Alex Rins yang semakin serasi dengan jentera Suzuki.

Kelibat Mir sepanjang ujian pra-musim juga kurang disebut-sebut sebagai rakan gandingan Rins. Masing-masing menumpukan perhatian kepada Rins yang dianggap mampu mencabar kejuaraan.

Namun, apabila perlumbaan bermula, Rins pula bergelut dengan GSX-RR, sebaliknya Mir mula bergerak pantas memijak podium di GP Austria, diikuti tempat keempat di GP Styria, juga perlumbaan yang seharusnya dimenangi tetapi diganggu bendera merah.

Mir kemudian bangkit dengan tiga kali podium berturut-turut di GP San Marino, GP Emilia Romagna dan GP Catalunya. Malah aksi paling diingati ialah detik dia memintas legenda Valentino Rossi di selekoh akhir untuk meraih podium ketiga yang boleh dikatakan kejayaan terbaik musim ini.

Dengan kedudukan lima terbaik, termasuk empat kali podium daripada enam perlumbaan setakat ini, jelas sekali Mir satu-satunya pelumba yang memiliki konsistensi seorang juara!

Pada awal, Mir sama seperti Rins, bermasalah dengan tayar yang cepat haus pada awal saingan. Namun, pusingan demi pusingan berlalu, tayar Suzuki semakin baik berbanding pesaing lain dan inilah sebab duo pelumba itu dilihat semakin menyengat sejak akhir-akhir ini.

Nasib nyata lebih menyebelahi Mir atas kemampuannya mengasak GSX-RR memecut pada lewat perlumbaan untuk memintas lawan. Ini bukan kebetulan kerana diakui sendiri Quartararo dan pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso yang mendakwa GSX-RR ialah jentera paling kuat di grid MotoGP 2020, sekurang-kurangnya dalam perlumbaan.

MIR MAMPU KALAHKAN QUARTARARO?

Quartararo mungkin kurang dikenali pada 2019, tetapi Mir tiba di kelas premier dengan sedikit pengalaman. Sebenarnya, ini musim kelima Mir dalam kancah perlumbaan profesional dunia, iaitu dua musim di Moto3 dan semusim di Moto2. Apapun, kredit patut diberikan kepada Suzuki yang mampu mengesan potensi pelumba Sepanyol itu.

Ada enam lagi pusingan MotoGP 2020 perlu ditempuhi. Saingan kali ini sudah tentu bertumpu kepada Quartararo yang sudah membuktikan kewibawaannya sejak musim lalu, dan Mir pula semakin konsisten. Atau ada pelumba lain lagi yang akan menyerlah?

MotoGP 2020 memang saspen!

BACA >>> Quartararo Kembali Menyinar, Duo Suzuki Rampas Podium Yamaha di Catalunya!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Jentera Kelas Premier MotoGP Guna Brek Karbon?
BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP

Auto Terkini Fabio Quartararo Joan Mir MotoGP 2020 Petronas Yamaha SRT sukan permotoran Suzuki Ecstar
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    F1 2026 | GP Hungary
    Formula Satu

    #F12026: Norris Raih Kemenangan Sulung Musim 2026 di GP Hungary

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.