Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Kisah Motor Brader Foodpanda Kena Sita dan Netizen Lebih Sudu dari Kuah
Sembang Deras

#SembangDeras: Kisah Motor Brader Foodpanda Kena Sita dan Netizen Lebih Sudu dari Kuah

AryonBy Aryon14/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TULAR semalam kisah brader Foodpanda terpaksa berjalan kaki selepas motosikalnya disita penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menunggang motosikal yang sudah tamat tempoh cukai jalan (road tax atau Lesen Kenderaan Motor, LKM) sejak Februari tahun ini (sudah tujuh bulan!).

Malah dia juga menunggang tanpa insurans kenderaan yang jelas bukan saja satu kesalahan undang-undang, tapi juga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Simpati terhadap brader Foodpanda dan kecaman kepada penguat kuasa JPJ tidak boleh dijadikan justifikasi untuk ‘menghalalkan’ kesalahan dilakukan. Apatah lagi mencampur adukkan sikap segelintir pihak berkuasa Kerajaan yang melakukan penyalahgunaan kuasa dan korupsi, dengan kesalahan dilakukan suspek.

Bergelut untuk hidup bukan alasan untuk mengabaikan undang-undang. Tapi jika itu pilihannya, kenalah bersiap sedia dengan risiko.

Pak Yon tau je sesetengah orang bergelut hidup dengan terpaksa memilih jalan hitam seperti mencuri dan buat kerja jahat lain. Tetapi risikonya semua tau. Tak ke penjara, silap haribulan parah dibalun orang awam atau hilang nyawa. Sebabnya, kita tau undang-undang digubal adalah untuk keadilan.

Harga cukai jalan motosikal mengikut cc enjin di Malaysia.

Kalau kita pergi lebih spesifik. Kos memperbaharui roadtax motor tidaklah mahal sangat. Cuma RM2 untuk motosikal bawah 150cc tidak kira di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak untuk tempoh setahun. Di ibu kota, harga tersebut lebih kurang sama seperti segelas teh tarik atau sekeping roti canai. Murah sangat.

Kalau keras pun bab insurans. Cecah ratus-ratus, tapi sekarang pun dah ada agensi tawarkan pembeli insurans secara ansurans. Ini perlukan disiplin dalam pengurusan kewangan. Perlu ada simpanan bulanan sebagai kos sara hidup, tambahan lagi kalau kerja kita ada sangkut paut dengan kenderaan.

Sama jugalah macam buka kedai berniaga. Ada bayar sewa tapak, sewa kedai dan bil itu ini. Rumah kita duduk sekarang pun ada kos sara perlu ditanggung. Kalau tak loan bank, kena bayar sewa rumah. Cer tak bayar sebulan tengok apa jadi? Tak orang bank call serupa setan, tuan rumah pula dah start WhatsApp tanya. Itulah komitmen yang kita perlu hadap.

Jadi Pak Yon rasa tiada kompromi kepada mereka yang mengabaikan undang-undang. Pak Yon rasa brader Foodpanda tu pun tak minta viral macam sekarang. Dia pun relaks saja bagitau serah sendiri kunci dan motor ke JPJ. Maknanya dia faham dan maklum dengan risiko dan kesalahan dilakukan. Kita sebagai netizen janganlah lebih sudu daripada kuah.

Semua orang pun bergelut cari rezeki. Bukan saja brader Foodpanda tu dan kita semua, tapi abang-abang JPJ itu pun bergelut juga dengan hidup makan gaji dan kos sara hidup meningkat sekarang ni. Entah-entah diorang pun buat part time Foodpanda.

Tapi abang rasa, cer kalau brader Foodpanda tu ride Ducati ke, mesti situasi jadi terbalik. Mau bertalu-talu dia yang kena kecam. Motor je besar tapi road tax tak reti bayar. Padahal naik Ducati tu bukan road tax je mahal, insurans pun tahap menangis. Abang Ducati pula tengah struggle sebab baru kena buang kerja. Ada netizen kisah? Hehehe…

Btw, Pak Yon tak ride Ducati ye. Kita pun layan kapcai je. Huhuhu… Ahhh, rasis semua ni…

– Pak Yon

Abang Foodpanda Jalan Kaki Auto Terkini Foodpanda Motor Abang Foodpanda Kena Sita sembang deras tular
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI)
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Lulus MV15 Puspakom Belum Tentu Selamat? Anda Mungkin Kena Buat Pemeriksaan Khas B2

    08/06/2026
    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.