Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Selepas XSR 155, Yamaha Siapkan Pula Versi 250cc, Guna Platform, Enjin R25?
Roda2

Selepas XSR 155, Yamaha Siapkan Pula Versi 250cc, Guna Platform, Enjin R25?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/08/20197 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA XSR 155 baru dilancarkan di Thailand, tetapi potensi model itu akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia hampir mustahil kerana MT-15 pun masih tiada bayang. Terbaharu, muncul pula desas-desus menyatakan Yamaha sedang membangunkan XSR versi suku liter yang akan dibangunkan berasaskan trenkuasa YZF-R25.

Berita ini dipetik daripada majalah motosikal popular Jepun Young Machine. Katanya, asas enjin yang akan digunakan XSR 250/300 itu nanti ialah daripada R25 baharu, termasuk frem dan komponen suspensi. Nampaknya persaingan kelas 250 akan jadi semakin meriah.

BACA >>> Yamaha XSR 155 Khas Buat Peminat Retro Klasik Lancar di Thailand, Harga RM12k

Banyak pengeluar kini mula sedar tentang trend retro moden yang mula mendapat perhatian dan semakin berkembang. Ini dikukuhkan lagi dengan respon orang ramai mengenai pelancaran XSR 155 di Thailand. Cuma apa yang mengejutkan, berita tentang versi suku liter ini tersebar selepas sehari XSR 155 dilancarkan.

Sebenarnya spekulasi tentang XSR 250/300 sudah pernah disebut Young Machine pada Januari lalu. Kini ia muncul kembali selepas salah satu media Thailand mendakwa model retro moden itu dalam versi 250cc kini sedang dalam pembikinan.

BACA >>> Yamaha Siapkan XSR 250 Gaya RZ Klasik, dan MT-25 dengan Lampu Mata?

Yamaha Vixion R
Yamaha R15

Rekabentuk itu dijangka mirip versi 155cc yang dibangunkan daripada sportbike sedia ada, iaitu YZF-R15. Bezanya, XSR 155 menggunakan frem deltabox yang turut digunakan model lain seperti Vixion dan MT15. Calon XSR 250/300 pula akan menggunakan asas enjin dan frem MT-25 ,iaitu tubular, dan berpotensi menggunakan fork terbalik (USD).

Jika benar XSR 250/300 bakal dipacukan enjin 2-silinder DOHC 4-injap, itu memang menarik. Bilakah agaknya ia akan dilancarkan? Tidak mungkin dalam masa terdekat ini kerana calon naked bike retro moden itu  perlu menunggu dulu kedatangan MT-25/MT-03, juga dibina berasaskan platform R25.

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) naked bike retro retro-moden roda2 sportbike Yamaha Yamaha XSR 155 Yamaha XSR 250 Yamaha YZF-R15 Yamaha YZF-R25 young machine
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    7 Comments

    1. chow bun wei on 06/11/2019 17:02

      mana boleh dapat test drive, saya duduk di Kedah.
      tq.

      Reply
    2. Muhammad azharry azis on 06/12/2019 19:40

      When will, yamaha xsr 155 coming to malaysia market..

      Reply
    3. Kamal on 15/12/2019 11:25

      adoiii…. dah le kawasaki W175 tak masuk malaysia….. Yamaha XSR155 pun tak masuk. Aku naik Yamaha RXS aku aje lah…

      Reply
    4. Joe on 18/08/2020 14:40

      Ketingalan zaman betul Malaysia. Aku nak motor buruk jee gp100 tahun 1980 .terpaksa jual malu. teringin nak naik xsr250

      Reply
    5. Vishnu on 03/10/2020 16:28

      Hi..sir..
      I want to know, is that xsr 250 will enter to Malaysia and when is the date..

      Reply
    6. Mohamad on 26/05/2021 07:34

      masih mengharap xsr masuk….

      Reply
    7. Yamaha Fans on 12/09/2023 11:06

      Hong Leong Yamaha, any update for XSR..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.