Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas X70, Tiga Lagi Model Proton Tembus Pasaran Brunei
Auto Terkini

Selepas X70, Tiga Lagi Model Proton Tembus Pasaran Brunei

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd (Proton) sedang giat memburu matlamat jangka panjang mereka sebagai jenama paling laris di Malaysia dan nombor tiga di Asean menjelang 2027. Selepas kejayaan X70, tiga lagi model Proton dilancarkan di Brunei.

Pad Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama Proton di Brunei melancarkan model Iriz, Exora dan Persona baharu versi dipertingkat (facelift), baru-baru ini.

BACA >>> Proton Eksport 225 Unit Saga, Exora dan Preve ke Mesir

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dipetik HMetro berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada pertumbuhan jualan eksport pada 2020 selepas mencatatkan peningkatan jualan cemerlang tahun lalu, iaitu sebanyak 55.7 peratus.

“Pasaran eksport akan memainkan peranan penting dalam kenaikan jualan tahunan Proton. Ketika kami menaik taraf model Iriz, Persona, Exora dan Saga tahun lalu, kami melakukannya dengan turut mengambil kira keperluan pasaran di luar negara selain Malaysia dan hari ini, tiga daripada model berkenaan berada di pasaran Brunei,”

“Malah, Proton juga berjaya menamatkan tahun 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan dan akan terus berusaha meningkatkan prestasi jualan tahun ini termasuk melalui eksport.”

Model baru Proton dijual pada bayaran ansuran serendah B$282 (RM854) sebulan untuk model Persona dan Iriz.

Proton menamatkan 2019 di kedudukan kedua dalam jadual jualan di Malaysia yang menyaksikan kerjasama strategik antara pengeluar nasional itu dan Zhejiang Gelly Holding Group (Geely) pada 2017 nyata membuahkan hasil dengan meraih keuntungan berganda. Proton akan terus meluaskan lagi pasaran jualan X70 menerusi pengeluaran versi pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

BACA >>> Proton Lepasi Angka Jualan 100,000 Unit Kenderaan, Terbaik Sejak 2015!

GALERI

SUMBER: HMetro | PadMotorsProtonBrunei

Auto Terkini Dr. Li Chunrong Eksport Proton Geely Auto PAD Motors Sdn Bhd Proton eksport kereta ke Brunei PROTON Holdings Berhad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.