Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Wanita Saudi Dibenarkan Memandu, Pengeluar Automotif Berlumba Lancar Kempen
Auto Terkini

Selepas Wanita Saudi Dibenarkan Memandu, Pengeluar Automotif Berlumba Lancar Kempen

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKANNYA mudah bagi sesebuah syarikat itu mendapat potensi pelanggan sebanyak 9 juta orang dalam masa sehari. Tetapi itulah yang berlaku berikutan pengumuman Kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan kaum wanita negara itu memandu bermula Jun 2018.

Serentak pengumuman tersebut, banyak pengeluar automotif saling berlumba-lumba menyatakan sokongan masing-masing (sokong ada makna) di media sosial yang secara tidak langsung cuba menarik perhatian kira-kira 9 juta warga wanita Saudi supaya membeli kenderaan jenama masing-masing pada tahun hadapan.

BACA >>> Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

Welcome to the driver’s seat. #SaudiWomenMove #SaudiWomenCanDrive pic.twitter.com/oksRbFvLWa

— Ford Middle East (@FordMiddleEast) 27 September 2017

Ford adalah antara pengeluar pertama yang cuba menarik perhatian dengan menyiarkan mesej Twitter bertulis, ‘Welcome to the driver’s seat’ (Selamat Datang ke Kerusi Pemandu) dengan imej mata wanita di dalam cermin pandang belakang. Lebih mengejutkan, Ford turut mengumumkan akan menghadiahkan sebuah Ford Mustang kepada aktivis hak asasi wanita, Sahar Nassif yang lantang melancarkan kempen hak memandu untuk wanita Saudi.

Adventure awaits you. #SaudiWomenCanDrive pic.twitter.com/H1CZKenJEB

— Land Rover MENA (@LandRoverMENA) 27 September 2017

Bloomberg melaporkan, pengeluar lain juga tidak terkecuali melancarkan kempen masing-masing. Contohnya, Land Rover menyiarkan imej bergerak GIF yang menunjukkan kunci kereta dicampakkan bersama longgokan aksesori wanita yang biasa disimpan dalam beg tangan.

It’s your turn, take over the driver’s seat.#SaudiWomenDriving #SaudiWomenCanDrive pic.twitter.com/Hlw3Gnc7fW

— Volkswagen ME (@VWMiddleEast) 27 September 2017

Volkswagen pula memaparkan imej dua penumpuk berhias inai yang sekali imbas nampak seperti mahu bergaduh, tetapi sebenarnya menggambarkan pemandu wanita sedang memegang stereng. Di tengah genggaman penumbuk itu pula tertulis perkataan ‘My Turn’ (Giliran Saya) dengan status penuh berbunyi, ‘It’s your turn, take over the driver’s seat’ (Ini giliran anda, ambil alih kerusi pemandu).

Antara pengeluar lain yang turut tidak mahu ketinggalan berkempen meraikan penarikan balik larangan memandu ke atas wanita Arab Saudi ialah Toyota, Nissan, dan Lexus.

Menurut pemerhati, antara sebab utama di sebalik keputusan Raja Salman Abdulaziz membenarkan wanita Saudi memandu adalah untuk mempelbagaikan ekonomi negara Timur Tengah itu selain mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak.

نُبارك للمرأة السعودية السماح لها بالقيادة 🚗
#لسماح_للمراه_بالقياده pic.twitter.com/vMeObp96qB

— Nissan Saudi Arabia (@nissansaudi) 26 September 2017

لمسة ..لرحلة فخامة
شاركينا اختياركhttps://t.co/FqpExni0Hd#قيادة_المراة_السعودية #الملك_ينتصر_لقياده_المراه#السماح_للمرأه_بقيادة_السيارة pic.twitter.com/seNkq8MB9n

— لكزس السعودية (@LexusKSA) 29 September 2017

#شكراً_للقيادة للسماح بـ #قيادة_المرأة_السعودية_للسيارة 😊 pic.twitter.com/YLLN1rvmcu

— Toyota Saudi Arabia (@ToyotaALJ) 28 September 2017

هل أنتِ مستعدة للانطلاق على الطريق؟#SaudiWomenCanDrive#MINIKSA pic.twitter.com/Ezq2vPE7B2

— MINI Saudi Arabia (@SaudiArabiaMINI) 28 September 2017

Arab Saudi Auto Terkini Roda4 wanita Arab Saudi wanita Saudi boleh memandu Woman4Drive
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.