Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat
Auto Terkini

Selepas Puas Kompelin Macam-Macam Pasal SYM VF3i, Inilah yang Rider Ini Dapat

AryonBy Aryon10/02/20197 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI artikel susulan daripada status Azlan Zainol Abidin pada 1 Februari lalu, yang tular mengenai pengalamannya menunggang super moped paling berkuasa di planet Bumi, SYM VF3i. Kecoh seketika dunia moped sampai dia di-ban daripada grup kapcai itu. Pak Yon ingat Yamaha je jenis ban-ban orang ni.

Menariknya, pihak MForce Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi motosikal SYM, mengambil respon positif dengan pantas menghubungi jejaka Pulau Pinang itu dan diajak bersembang tentang apa yang tidak kena. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Kalau tidak pernah bersembang, manakan dapat bercinta. Pehhh…

BACA >>> #TunggangUji: Ini Mungkin Reviu Paling Jujur daripada Pemilik SYM VF3i

Pendirian kami pula kekal tidak berubah. Asalkan kritik dan komplen itu bukan berbaur serangan peribadi, mesti fokus tajuk dan tidak meroyan tidak tentu hala, insya-Allah pasti kami akan siarkan untuk tatapan pembaca semua.

Bahasa boleh saja rempit, kalau mencarut kami padamkan, tetapi mesti berasas. Contohnya seat tak sedap. Kalau orang tu jenis sopan gitu, dia cakap seat keras. Kalau orang tu jenis rempit sikit, dia cakap keras serupa tongkoi kayu.

Kalau Pak Yon mungkin tulis seat terasa seperti duduk di atas belakang kerbau yang sedang berkubang di bendang. Persamaannya, seat keras. Kenapa nak emosi sangat? Relakkssss….

Banyak pula Pak Yon berlabun ni. Kau orang bacalah dulu apa duta SYM ni tulis selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan MForce.

Perhatian: Tulisan ini ialah pandangan, cerita dan buah fikir penulis, dan mungkin tidak mewakili  pendapat kami dan pembaca. Tulisan juga sudah disunting supaya mudah dan mesra dibaca. Status penuh bolehlah klik ke pautan Facebook tuan punya motor di akhir artikel. Harap maklum.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para penunggang super moped made in Cherok To’ Kun 😎

Mai nak habaq kat hangpa sikit apa yang aku sembang dengan MForce, pagi 8 Februari untuk jadi semakin elok lagi motor VF3i. Rajin hangpa baca, tak rajin hangpa rebus handphone buat penawar penyakit malas.

1. Isu enjin ‘parkinson’ bila enjin low RPM walaupun dalam gear 2 

MForce diagnose, setting, checking dan clear data motor aku, termasuk adjust klac supaya duk dalam keadaan sepatutnya (aku tak adjust apa-apa sebelum ni), dan result-nya cantik macam bungaaa… Aku agaklah dalam 5 peratus macam tu saja lagi nak perfect terus bak hang.

So, benda ni bukan sebab hang tak pandai main klac, atau hang tak uli sebati dengan motor, tapi hang kena hantar kat MForce untuk depa checking. Harap clear la kot tang ni. So, hangpa tak payah risau walaupun ni isu paling aku menyumpah dulu. 😅

2. Isu sproket depan 420 tak sama tebal dengan longkang rantai 428 😅

Benda ni base on drawing dan cara depa (mat motor) kat Taiwan sana bawa motor serupa kura-kura, tak sama dengan kita kat Malaysia yang ramai Superman tak bertauliah.

Motor yang depa (MForce) test ride, mileage dah cecah 74,000km tapi tak dak lagi kebabom bab sproket, TAPI benda ni MForce dah fight, dan betul MForce kata 428 kena dengan 428, bukan 420. Cuma tunggu sikit masa lagi untuk tukar sproket depan kepada saiz yang betul.

Cuma nasihat aku, tak payah la tunggu MForce buat replacement, owner boleh kot tukar sendiri. Benda ni tak berapa det (sen) pun. Paling mahal RM6, mahal dari tu hangpa kalih buang kedai yang jual.

3. Hendal ketat tiba-tiba serupa pakai damper elektronik Öhlins, tapi cuma jadi bila bergegar 😂

Ok, motor aku MForce depa dah perbetulkan bagi elok, dan masalah ni disebabkan susunan kabel kat sebelah dalam dada dengan kepala yang tak berapa comey. Setakat aku bawak sekarang lepas langgar segala bonggol, dah tak mai balik rasa ketat tu.

Ke depan, wallahualam. Tapi aku confirm depa dah try adjust sebaik mungkin.

BACA >>> Pasang Khemah Kenduri Halang Jalan Boleh Kena Denda Sampai RM1,000

4. Lampu depan dengan signal berwap atau masuk ayaq 😅

Ramai yang kena belah signal jadi kolam renang, dan ada satu atau dua ja kot kes lampu depan. Tapi tak kisah lampu depan atau signal, tetap cover waranti selagi hangpa tak kopek sendiri.

MForce ada SOP (standard of procedure) dalam waranti yang mana repot submit dan penukaran dibuat dalam masa 72 jam. Walaupun barang tu tak dak, depa ada ikhtiar lain supaya ada.

Cuma sesetengah parts terpaksa lalu kerenah bukan di pihak MForce, memang tak boleh buat apa. Kena melenggong jugak la ataupun dealer tu sendiri yang buat lengai tak hantar repot. So tak boleh claim maa…

5. Monoshock dan fork keras macam tongkol kayu 😂

Ni pon dalam pemerhatian, dan MForce nanti akan tukar monoshock kayu ni dengan KYB serupa Benelli. Cuma buat masa sekarang, KYB tak sempat nak supply. Lepas ni, habis ride boleh la se-round dua malam sebab dah tak sakit pinggang.
Bab fork pula cuma aku sorang komplen yang sampai kat depa. So, susah sikit la depa nak take action. 😅

6. Seat kematu juboq (punggung) 😂

Benda ni orang kata subjektif, sebab ada kata selesa tak dak masalah ride sampai Kemboja dan China nuuuuu… Ada pula yang ulang-alik kerja pun dah kematu serupa aku. So, benda ni mungkin depa akan R&D semula, tukar material dan buat cutting lain supaya hangpa naik lagi selesa serupa duduk atas sofa.

7. Braket ekzos patah 😭

Hat ni kesian sebab human error, depa patut ikat nat belakang tu sebelah belakang, tapi ikat kat depan. Jadi vibration tak dapat serap elok. So, praappppp…

Kalau owner yang kena kesilapan ni ada kat Penang, boleh bawak terus pi HQ, dan M Force akan welding semula supaya elok.


Ini serba sikit yang aku dapat share dengan hangpa, dan beberapa isu yang MForce akan tambah baik kat jentera ni buat masa sekarang dan akan datang.

Aku bukan macai jenama dan jentera, tapi bagi aku NILAI motor ni cukup berbaloi dengan KEPUASAN menunggang yang aku dapat. Kena pulak respon MForce yang aku nampak depa ada usaha nak bagi jentera ni makin elok dengan call aku mintak turun HQ untuk bincang apa yang boleh ditambah baik lagi. Hangpa rasa pengeluar lain boleh buat ka?

Apa lagi hangpa mau? 😎

Azlan Zainol Abidin Kapcai Kompelin roda2 Super Kapcai super moped SYM SYM VF3i tular Tunggang Uji Viral
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    29/05/2026
    Auto Terkini

    BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

    29/05/2026

    7 Comments

    1. ujang on 10/02/2019 16:15

      yang gear 2 parkinson tuh saya rasa ecu sym vf3i nih boleh di write atau edit dengan tool yang betul..

      Reply
    2. Vf3i supporter on 11/02/2019 06:22

      Tahniah, teguran anda membina, kemungkinan admin atau moderator page facebook vf3i tersebut bangang tak bertempat atau mabuk kuasa atau perasan dia bagus, yang penting idea kita positif.

      Reply
    3. Mohd kamal bin Din on 31/07/2019 14:32

      Cc besar napa kelajuan tak sampai 150 pun minta penjelasan…

      Reply
    4. ainnor86 on 13/04/2020 22:10

      Saya pakai sudah 1 tahun, tapi electronic dh 2 kali buat hal, boleh tolong saya mcamana, bateri yg saya pakai belum 1thun pun

      Reply
    5. mow on 15/08/2020 18:01

      lepas jalan seketika, berhenti di tricf Light, takboleh nak tukar gear 1 ke N,
      mcmn nak seter?

      Reply
    6. Din on 17/08/2021 00:27

      Saya nak bertanya ,patut ke sym 185 v1 berharga 9800 ? lokasi kedai wee maju sandakan sabah batu 7½

      Reply
    7. fadhil on 05/01/2023 12:27

      aku bwk 133km hendal aku kejap gegar kejap rilek pastu geagar balik. kuat begongcang mcm mono rosak klu bwk laju.. apehal eh”

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.