Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Sedan EV Sederhana Besar Nissan N7 2025 Diperkenal di China, Masuk Pasaran Tahun Depan!
Roda4

Sedan EV Sederhana Besar Nissan N7 2025 Diperkenal di China, Masuk Pasaran Tahun Depan!

Abang HirataBy Abang Hirata18/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA tidak enak datang daripada Nissan beberapa minggu lalu, pengeluar itu mahu mengurangkan 9,000 daripada lebih 130,000 pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nissan, Makoto Uchida secara sukarela mengurangkan pendapatan bulanan 50 peratus dan ahli jawatankuasa eksekutif juga bakal mengambil potongan gaji. Keputusan itu diambil selepas syarikat mengalami penurunan jualan.

Harus diakui walaupun jauh ke depan dengan melancarkan kenderaan elektrik (EV) LEAF pada 2010, Nissan masih ketinggalan dan tidak seagresif pengeluar lain, terutama dari China.

Sebagai makluman, Nissan Sylphy begitu popular di China dengan menduduki ranking keempat terlaris pada 2023, dan kedua terlaris pada 2022, manakala tahun sebelum itu Sylphy menduduki tempat pertama kereta terlaris di China.

Ini langkah tepat apabila Dongfeng Nissan memperkenalkan sedan elektrik Nissan N7 2025 di China yang bakal dijual pada penggal pertama 2025. Dongfeng Nissan adalah usahasama 50:50 antara Dongfeng Motor Group dan Nissan Motors.

Nissan N7 2025 ialah model pertama dibangunkan berasaskan platform modular baharu Dongfeng Nissan yang direka khusus untuk kenderaan elektrifikasi. Model ini terlebih dahulu ditayangkan sebagai Nissan Epoch Concept di Pameran Motor Beijing (BMS), April tahun ini.

Berikut perincian Nissan N7 2025:

Luaran

  • Nissan N7 2025 dibuat dalam saiz sederhana-besar dengan rekabentuk mengikut trend EV masa kini. Dengan bertali-arus model baharu dari China, rekabentuk dari negara itu sudah menjadi piawaian EV hari ini.
  • Rupa depan tampil kemas dan identiti V-Motion menonjol pada model lain digayakan pada garis dan lekuk bampar depan, manakala rekabentuk sisi juga kemas dan menarik dengan cermin tanpa bingkai.
  • Sedan EV ini memiliki dimensi panjang 4,930mm, lebar 1,895mm, dan tinggi 1,487mm, manakala jarak roda 2,915mm. Saiz model ini adalah setara Honda Accord generasi ke-11.

Dalaman

  • Unit infotainment dikuasakan unit pemproses Qualcomm Snapdragon 8295P.
  • Melalui kerjasama dengan peneraju dalam teknologi pemanduan autonomi di China, Momenta, model ini dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih, dipanggil Navigate on Autopilot.
  • N7 juga menjadi pengenalan pertama model elektrik baharu di China dan sebahagian The Arc, iaitu perancangan jangka masa sederhana Nissan.

Melalui perancangan ini juga, Nissan mahu mempercepat pembangunan dan eksport kenderaan tenaga baharu dari China.

Selain Epoch Concept pada April lalu, Nissan turut memperkenalkan tiga lagi model konsep, iaitu Epic (SUV EV), Era (SUV hibrid plug-in) dan Evo (sedan hibrid plug-in).

Pada Oktober 2023 di Jepun, Nissan memperkenalkan empat model konsep, iaitu Hyper Punk, Hyper Tourer, Hyper Force, Hyper Adventur dan Hyper Urban. Maklumat lanjut mengenai Nissan N7 akan dimaklumkan menjelang jualan rasmi pada 2025 nanti.

Dongfeng Dongfeng Nissan Dongfeng Nissan N7 EV Nissan Nissan N7 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

    10/06/2026
    Roda4

    Ferrari 849 Testarossa Kini Di Malaysia โ€“ Pengganti SF90 Stradale, Dari RM2.18 Juta

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.