Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Sedan 740Le xDrive M Sport, SUV X7 xDrive40i Pure Excellence di Malaysia! Harga Mula RM591k
Roda4

Sedan 740Le xDrive M Sport, SUV X7 xDrive40i Pure Excellence di Malaysia! Harga Mula RM591k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia
memperkenalkan dua model baharu, iaitu sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV) versi pemasangan tempatan (CKD) tanpa mengetepikan ciri premium dan teknologi kejuruteraan Jerman ke pasaran tempatan pada harga jualan atas jalan tanpa insurans seperti berikut:

  • BMW 740Le xDrive M Sport – RM591,503.05
  • BMW X7 xDrive40i Pure Excellence – RM673,323.61

BMW 740LE XDRIVE M SPORT

1. Trenkuasa
  • Enjin petrol 6-silinder 3.0L berkuasa 286hp @ 5,000 hingga 6,000rpm dan tork 450Nm @ 1,550-3,500rpm, serta dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic.
  • Ada motor elektrik dan pek bateri litium-ion yang menjana kuasa 113hp dan tork 265Nm. Kombinasi enjin dan motor elektrik menghasilkan kuasa 394hp dan tork 600Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.1 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj. Kereta ini cuma menggunakan 2.8 liter petrol bagi jarak pemanduan 100km.
2. Warna
  • Ada empat warna klasik iaitu Mineral White (putih), Carbon Black Metallic (hitam), Donington Grey (kelabu) dan Bernina Grey (kelabu) dengan efek Amber.
  • Ruang dalaman menggunakan upholsteri kulit Nappa dengan sulaman benang Black (hitam) atau Cognac (merah kekuningan)
3. Rekabentuk Luaran
  • Rupa depan menerima sentuhan lebih kemas dengan gril dan ambilan udara lebih besar. Gril ginjal (kidney) masih menjadi tarikan utama.
  • Lampu utama BMW Laser Light dilenkapkan fungsi Bantuan Suluhan Tinggi (HBA).
  • Ada pakej M Sport Aerodynamic dengan kemasan Shadow Line, dan rim aloi dwi jejari ringan M bersaiz 19 inci 647 M dwi-tona yang dibalut tayar campuran dan tayar run-flat, serta kaliper brek M Sport. Tambahan lain ialah bumbung kaca panorama Sky Lounge.
4. Kabin
  • Kabin menerima kemasan trim kayu Fineline hitam dengan efek logam kilat dan material bumbung BMW Individual Alcantara Anthracite.
  • Kerusi pemandu jenis boleh laras elektrik dan stereng M Sport. Ada pencahayaan ambien dan 4-zon penyaman udara automatik.
  • Pintu kini disediakan fungsi soft-close, manakala but belakang dilengkapi sistem Comfort Access supaya mudah dibuka.
  • Unit infotainment jenis skrin sentuh digital 12.3 inci dengan paparan navigasi menerusi BMW Live Cockpit Professional. Juga ada Paparan Kawalan 10.25 inci untuk BMW Navigation System Professional. Penumpang belakang disediakan skrin sentuh 10 inci.
  • Antara ciri bantuan digital ditawarkan ialah bantuan pemanduan Driving Assistant Professional, bantuan parkir Parking Assistant Plus dan pakej konektiviti Connected Package Professional.

BMW X7 XDRIVE40i PURE EXCELLENCE

1. Trenkuasa 
  • Dipacu enjin petrol 6-silinder sebaris yang mampu menghasilkan kusa maksimum 340hp dan tork 450Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport. Pecutan 0-100kmj ialah 6.1 saat, manakala penggunaan bahan api 9.5 liter per 100km.
  • Kuasa disalurkan ke semua roda melalui bantuan sistem pintar XDrive yang membantu memaksimumkan kadar traksi, kawalan dan kestabilan pengendalian. 
2. Warna

Ada lima pilihan warna dengan kombinasi tona kabin iaitu:

  • Black Sapphire (hitam) dan Sophisto Grey (kelabu) dengan upholsteri kulit Vernasca warna Cognac dan hitam.
  • Phytonic Blue (biru) dan Manhattan Metallic (hijau kelabu) dengan upholsteri kulit Vernasca.
  • Mineral White dengan kombinasi uphislteri kulit Vernasca warna coklat dan hitam. 
3. Rekabentuk Luaran
  • Mengekalkan imej tegap dengan gril besar dan lampu depan BMW Laserlight untuk tahap kecerahan sejauh 600 meter. Ada tambahan lampu kabus LED.
  • Memiliki saiz cermin tingkap agak besar dengan bumbung kereta hampir 100 peratus landai, rim aloi 21 inci corak Y dwi-tona dan dibalut tayar run-flat.
  • Tambahan lain ialah pintu but belakang elektrik dengan ciri Comfort Access dan dwi ekzos besar pada sudut bampar belakang.
4. Kabin
  • Mendapat trim Crafted Clarity, iaitu kemasan buatan tangan berbentuk berlian, dilengkapi stereng sport kulit dan kerusi Comfort boleh laras elektrik.
  • Dilengkapi unit infotainmen 12.3 inci dengan fungsi BMW Live Cockpit Professional dengan Sistem Operasi BMW 7.0 dan tetapan boleh ubah menerusi Paparan Kawalan.
  • Paparan Dongak BMW (BMW Head-Up Display) diletakkan dalam ruang sudut pandang pemandu lebih jelas. 
  • Ada fungsi Pembantu Peribadi Pintar BMW (BMW Intelligent Personal Assistant) yang memanfaatkan arahan suara dan Kawalan Gestur BMW (BMW Gesture Control).
  • Tambahan lain ialah Karpet Cahaya Aluan (Welcome Light Carpet), penyaman udara lima zon, sistem bunyi keliling 16 pembesar suara Harman Kardon dan bumbung panoramik besar.
  • Juga ada ciri penutup pintu soft-close. Kapasiti ruang kargo boleh diluaskan hingga 2,120 liter dengan merebahkan kerusi belakang.

TEMPAHAN DAN PEMBIAYAAN

  • BMW 740Le xDrive M Sport dan X7 xDrive40i Pure Excellence siap sedia ditempah di semua pusat pameran bermula 8 Mei 2021.
  • Tempahan awal boleh dibuat dengan bayaran deposit serendah RM5,000 menerusi platform BMW Shop Online di Shop BMW  bermula 11 Mei 2021.
  • Berikut ansuran yang perlu dibayar:
    • BMW 740Le xDrive M Sport – RM6,558/bulan
    • BMW X7 xDrive40i Pure Excellence – RM7,468/bulan
  • Bagaimanapun, ansuran tersebut hanya boleh diperoleh melalui program pembiayaan dinamik ‘Balloon Financing Plan’ dalam BMW Group Financial Services Malaysia.
  • Pengiraan ansuran adalag berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh pinjaman lima tahun. Waranti diberikan ialah lima tahun tanpa had perbatuan.

BACA >>> BMW F 900 R Force Limited Edition (2021), Cuma 300 Unit untuk Perancis, Harga RM48k!
BACA >>> Inilah Ciri Menarik BMW 330Li M Sport CKD Serba Baharu, Harga RM300k!

BMW 740Le xDrive M Sport BMW Malaysia BMW X7 xDrive40i Pure Excellence Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.